Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.riu/] | ڤريوق

Definisi : sj bekas drpd tanah (aluminium dll) tempat memasak nasi (gulai dll); ~ api sj bom yg ditanam dlm tanah (ditaruh di bawah permukaan air) dan meletup apabila dilanggar dll; ~ belanga berbagai-bagai bekas utk memasak (periuk, belanga, kuali, dll); ~ nasi a) periuk tempat menanak nasi; b) ki mata pencarian, rezeki; ~ tekanan sj periuk logam bertutup kedap yg boleh memasak (spt mengempukkan daging dsb) dgn cepat menggunakan wap bertekanan tinggi; ~ mengumpat belanga prb mengatakan kekurangan orang padahal keadaan sendiri begitu juga; barang di mana pun pantat ~ itu hitam juga prb barang di mana pun kehidupan orang yg miskin itu miskin juga; besar ~ besar kerak(nya) prb besar pendapatan besar pula perbelanjaan; di mana ~ pecah, di situlah tembikar tinggal prb perihal orang yg mengembara yg tidak menghiraukan di mana ia akan mati atau ditanam; jangan menumbuk di ~, bertanak di lesung prb jangan hendaknya sesuatu perbuatan itu melanggar adat kebiasaan; menumbuk di ~, bertanak di lesung prb mengerjakan sesuatu dgn cara yg ganjil (luar biasa). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.riu/] | ڤريوق

Definisi : ; ~ hantu sj tumbuhan (pokok renek), sembuku, Mymedocia tuberosa; ~ kera = ~ kerengga = ~ monyet sj tumbuhan (pakis), Nepenthis spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.riu/] | ڤريوق

Definisi : bekas bulat drpd aluminium dll tempat memasak nasi (gulai dsb). ~ api bom yg ditanam di dlm tanah dan mudah meletup apabila disentuh. ~ belanga berbagai-bagai jenis bekas utk memasak. ~ nasi a. bekas tempat memasak nasi. b. tempat mendapatkan (mencari) rezeki. ~ tekanan sj periuk logam yg bertutup dan kedap udara, di dlmnya makanan (spt daging) boleh dimasak atau dilembutkan dgn cepat, dgn menggunakan wap yg mempunyai tekanan tinggi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata periuk

Puisi
 

Bertanak periuk besar,
     Nasinya berulas-ulas;
Pantun sesama besar,
     Bunyinya berbalas-balas.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Besar periuk besar kerak.

Bermaksud :

Banyak penghasilan, banyak pula belanjanya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Besar kayu besar bahannya, b. Gedang kayu, gedang dahannya).

 

Lihat selanjutnya...(23)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pressure panperiuk tekananPentadbiran PerniagaanTiada2. Periuk tekanan: Periuk kedap udara untuk masak cepat atau mengawet makanan dengan cara pemanasan wap di bawah tekanan.
spigoted stock potperiuk kaldu bermuncungPentadbiran PerniagaanTiadaPeriuk kaldu dengan kepala paip yang membolehkan cecair keluar tanpa perlu mengangkat periuk atau mengasingkannya daripada bahan pepejal.
scoureralat gosok (periuk belanga)Pentadbiran PerniagaanTiada1. Kepingan nilon keras atau dawai digunakan untuk menyental periuk belanga.,2. Bahan serbuk yang digunakan untuk menyental periuk belanga, seperti serbuk sabun.
pot medicineubat periukHerbaTiadaSediaan campuran pelbagai bahan herba kering yang terdiri daripada berbagai-bagai akar dan daun kayu serta haiwan seperti gamat. Ubat periuk direneh dengan air (500 ml) sehingga berkurang menjadi setengah atau sepertiga daripada isi padu asal di dalam periuk tanah atau tembikar. Larutan herba kemudiannya ditapis dan airnya diminum. Bahan herba yang tertinggal boleh digunakan kembali dengan tambahan air. Contohnya, ubat periuk selepas bersalin.
trunnionperiuk wapPentadbiran PerniagaanTiadaPeriuk yang lebih kecil daripada kawah wap yang dipanaskan dengan wap dan boleh dicondongkan setelah selesai dimasak.
paint potperiuk catGeologiTiadaPeriuk lumpur yang mengandung lumpur berbilang warna.
sautoirperiuk tangkai jelukPentadbiran PerniagaanTiadaPeriuk untuk memasak dengan menggunakan cecair seperti merebus dan mencelur.
pressure cookerperiuk tekananSosiologiTiadaPeriuk yang memasak makanan dengan menggunakan tekanan yang tinggi.
sauteuseperiuk tangkai jeluk kecilPentadbiran PerniagaanTiadaPeriuk untuk membuat sos dan mensaute makanan.
sauce panperiuk bertangkaiPentadbiran PerniagaanTiadaPeriuk sederhana kecilnya yang bertangkai untuk membuat sos.
12345678910...

Kembali ke atas