Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj bom yg ditanam dlm tanah (ditaruh di bawah permukaan air) dan meletup apabila dilanggar dll; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bom yg ditanam di dlm tanah dan mudah meletup apabila disentuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata periuk api

Peribahasa

Di mana api padam,
     di situlah (= di sanalah) puntung tercampak;
di mana periuk pecah,
     di situlah tembikar tinggal.

Bermaksud :

Di mana mati di situlah dikuburkan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERIUK API

Periuk api ialah alat letupan yang digunakan

dalam peperangan untuk membunuh tentera

musuh dan memusnahkan kapal laut, kereta kebal,

dan peralatan lain kepunyaan pihak musuh.

Sesetengah periuk api meletup apabila seseorang

terpijaknya. Ada juga yang meletup apabila

dilanggar oleh kereta kebal atau jip. Periuk api

direka bentuk agar meletup apabila dialihkan dari

tempatnya atau disentuh. Periuk api yang

diletakkan di dalam air boleh meletup akibat

daripada kesan yang ditinggalkan oleh laluan

kapal. Ia juga boleh meletup dengan menggunakan

alat kawalan jauh.

UMUM 
PENYAPU PERIUK API UMUM 
SENJATA NUCLEAR

Senjata nuklear ialah sebarang senjata yang

memperoleh kuasa pemusnahnya daripada

perubahan jirim dalam atom menjadi tenaga.

Semua senjata nuklear ialah peranti letupan. Ini

termasuk misil berpandu, bom, peluru meriam,

periuk api, dan torpedo. Senjata nuklear yang

paling bertenaga lebih memusnahkan berbanding

sebarang senjata konvensional (bukan nuklear).

UMUM 
MAKANAN BAKAR DAN PANGGANG

MAKANAN BAKAR DAN PANGGANG, makanan yang dimasak di atas bara api atau didiangkan pada api yang sedang menyala. Membakar makanan boleh juga di dalam ketuhar, atau di dalam periuk dengan bara api di atas dan di bawah periuk tersebut.

BUDAYAMakanan

Kembali ke atas