Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.jan.jian] | ڤرجنجين

Definisi : 1. persetujuan yg dibuat antara dua pihak atau lebih, permuafakatan: Malaysia telah menandatangani satu ~ per­da­gangan dgn Korea Selatan; ~ jual beli; ~ program persetujuan bertulis antara dua pihak (biasanya pihak pelaksana aktiviti dsb dgn pihak yg mempunyai kuasa utk meluluskan kewangan) bagi melaksanakan sesuatu aktiviti (program dsb) mengikut jumlah peruntukan yg diluluskan; 2. Id wasiat (kitab suci); Kitab P~ Lama Kitab Taurat; Kitab P~ Baru Kitab Injil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.jan.jian] | ڤرجنجين

Definisi : 1 hal atau perbuatan berjanji (bersetuju) ttg sesuatu; permuafakatan; persetujuan: ~ perdagangan antara Malaysia dgn Negeri China telah ditandatangani. 2 kontrak; syarat: dgn tiada ~ dgn tidak bersyarat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
janji (kata nama)
1. Bersinonim dengan waad: waadat, komitmen, iltizam, ikrar, sumpah, pengakuan, jaminan,

2. Bersinonim dengan ajal: had, waktu, tempoh, waad,

Kata Terbitan : berjanji, menjanjikan, perjanjian,

Peribahasa

Digantungkan tinggi,
     digalikan dalam.

Bermaksud :

Perjanjian yang diperbuat dengan syarat-syarat yang teguh.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Apakah tejemahan yang sesuai bagi "Business Partner Engagement & Re-engagement Procedure"? 1. Prosedur Perjanjian & Perjanjian Semula Rakan Perniagaan 2. Prosedur Pengelibatan & Pengelibatan Semula Rakan Perniagaan 3. Perjanjian Rakan Perniagaan & Prosedur Perjanjian Semula 4. Lain-lain (sila berikan pendapat anda). Mohon bantuan tuan/puan. Terima kasih sekali lagi.Business Partner Engagement & Re-engagement Procedure boleh diterjemahkan kepada Prosedur Perjanjian dan Perjanjian Semula Rakan Perniagaan, atau Prosedur Pengelibatan dan Pengelibatan Semula Rakan Perniagaan, bergantung kepada konteks sebenar penggunaan dan maksud keseluruhan teks. Penterjemah lebih memahami konsep sebenar yang dibincangkan dalam wacana tersebut.Penyemakan dan penterjemahan04.07.2015
Saya ingin mengeluarkan surat untuk sambungan perjanjian. Di antara 'Lanjutan Tempoh Perjanjian' dan 'Tempoh Lanjutan Perjanjian', yang manakah sesuai untuk menerangkan maksud surat tersebut? Adakah lanjutan + tempoh adalah penggunaan yang betul? Jikalau betul, boleh terangkan maksudnya?Kedua-dua cadangan jawapan yang diberikan betul. Lanjutan bermaksud sambungan manakala tempoh pula bermaksud masa atau waktu.Tatabahasa04.06.2021
Pohon penjelasan perbezaan antara perkataan kontrak dengan perjanjian.Kontrak bermaksud perjanjian formal dengan syarat-syarat tertentu antara dua pihak atau lebih. Manakala,
perjanjian bermaksud pernyataan kesediaan untuk berbuat atau memberi sesuatu.
Makna08.12.2015
Adakah ayat di bawah ini betul: Perjanjian baru di antara Brunei dengan Malaysia ... atau, Perjanjian baru antara Brunei dengan Malaysia ... Terima kasih.Perjanjian baru antara Brunei dengan Malaysia.Tatabahasa22.06.2014
Bagaimana menulis nama perjanjian. Perlukah diitalikkan atau bagaimana? Contoh: Penulis ingin menegaskan, Injil khususnya perjanjian baru iaitu Gospel of Matthew, Gospel of Mark, Gospel of Luke, dan Gospel of John, hanya kata-kata Jesus.Nama perjanjian tidak perlu ditulis dengan huruf condong.Ejaan26.03.2012
Yang manakah penggunaan yang betul - 1. Perjanjian ini ditandatangani antara A dan B; atau 2. Perjanjian ini ditandatangani antara A dengan B. Apakah justifikasi penggunaan perkataan yang sesuai tersebut. terima kasihCadangan penggunaan yang betul ialah "Perjanjian ini ditandatangani antara A dan B".Tatabahasa04.03.2022
Salam, saya ingin bertanya bagaimana boleh saya mendapatkan contoh perjanjian antara penulis dengan penerbit.Dokumen perjanjian adalah satu dokumen kontrak bertaraf sulit antara penerbit dengan penulis. Oleh itu ia tidak boleh diedarkan untuk tatapan/rujukan awam. Waima contohnya sekalipun. Sekiranya saudara ingin mendapatkan maklumat umum tentang isi dokumen perjanjian ini, sila rujuk buku Penulis dan Undang-Undang yang ditulis oleh Kamal Halili Hasan.Lain-lain30.06.2010
Selamat sejahtera, Bagaimanakah cara penulisan bagi nama perjanjian atau sebagainya yang menggunakan istilah Arab atau Inggeris? Misalnya, Perjanjian Hilfu al-Fudhul. Patutkah Hilfu al-Fudhul itu diitalikkan atau dibiarkan seperti biasa kerana ia merupakan nama khas? Terima kasih.
Perkataan yang berasal daripada bahasa Arab dieja mengikut sistem bahasa asalnya, kecuali yang telah diterima sebagai kata umum. Oleh itu, penggunaan huruf besar bagi perkataan Arab hanya digunakan pada permulaan setiap kata nama khas termasuk nama tempat, nama orang, nama institusi, nama perjanjian dan sebagainya. Berdasarkan pertanyaan tersebut, cadangan jawapan ialah "Perjanjian Hifu al-Fudhul" (tidak perlu italik).
Ejaan16.07.2021
yang mana satu betul, Perjanjian di antara Raja Ahmad dan Sultan Ali atau antara Raja Ahmad dengan Sultan AliPenggunaan yang betul ialah perjanjian antara Raja Ahmad dengan Sultan Ali.Tatabahasa01.09.2015
Berkenaan istilah "janji temu" dan "temu janji", benarkah pemahaman kami seperti berikut: 1. Janji temu: sudah ada perjanjian untuk bertemu 2. Temu janji: proses permohonan untuk menetapkan perjanjian untuk bertemu (contoh dalam kes untuk bertemu dengan pegawai tinggi kerajaan, belum ada tarikh untuk bertemu)1. Benar untuk makna "janji temu", iaitu janji untuk bertemu.
2. Tidak benar untuk makna "temu janji". Masih belum terakam kata dan makna untuk "temu janji" dalam kamus terbitan DBP.
3. Proses permohonan untuk menetapkan perjanjian untuk bertemu juga bermaksud proses "janji temu".
4. "Bertemu" dan kemudiannya "berjanji" juga bukan "temu janji".
Makna04.04.2023
12345678910

Kembali ke atas