Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.jan.jian] | ڤرجنجين

Definisi : 1. persetujuan yg dibuat antara dua pihak atau lebih, permuafakatan: Malaysia telah menandatangani satu ~ per­da­gangan dgn Korea Selatan; ~ jual beli; ~ program persetujuan bertulis antara dua pihak (biasanya pihak pelaksana aktiviti dsb dgn pihak yg mempunyai kuasa utk meluluskan kewangan) bagi melaksanakan sesuatu aktiviti (program dsb) mengikut jumlah peruntukan yg diluluskan; 2. Id wasiat (kitab suci); Kitab P~ Lama Kitab Taurat; Kitab P~ Baru Kitab Injil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.jan.jian] | ڤرجنجين

Definisi : 1 hal atau perbuatan berjanji (bersetuju) ttg sesuatu; permuafakatan; persetujuan: ~ perdagangan antara Malaysia dgn Negeri China telah ditandatangani. 2 kontrak; syarat: dgn tiada ~ dgn tidak bersyarat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
janji (kata nama)
1. Bersinonim dengan waad: waadat, komitmen, iltizam, ikrar, sumpah, pengakuan, jaminan,

2. Bersinonim dengan ajal: had, waktu, tempoh, waad,

Kata Terbitan : berjanji, menjanjikan, perjanjian,

Peribahasa

Digantungkan tinggi,
     digalikan dalam.

Bermaksud :

Perjanjian yang diperbuat dengan syarat-syarat yang teguh.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERJANJIAN-PERJANJIAN LONDON

Perjanjian-perjanjian London. Sepanjang

sejarah, kebanyakan perjanjian antarabangsa telah

ditandatangani di London. Sesetengah

daripadanya dihuraikan dalam rencana ini.

UMUM 
PERJANJIAN VERDUN

Perjanjian Verdun ialah perjanjian yang

membahagikan empayar Charlemagne kepada

tiga bahagian. Cucu Charlemagne bertelagah

untuk memerintah empayar ini selepas kematian

bapa mereka pada tahun 840 dan akhirnya

menandatangani perjanjian pada tahun 843.

Dengan perjanjian ini, Charles the Bald menerima

bahagian yang kini dikenali sebagai Perancis.

Louis the Jerman menerima tanah di hampir

semua kawasan di timur Rhine, yang akhirnya

menjadi Jerman moden. Lothair pula mengekalkan

takhta maharaja dan memerintah sejalur kawasan

di bahagian tengah, dari Laut Utara hingga

bahagian tengah Itali.

UMUM 
PERJANJIAN CLAYTON-BULWER

Perjanjian Clayton-Bulwer perjanjian yang

ditandatangani oleh Amerika Syarikat dan Great

Britain pada tahun 1850, yang memberikan kedua-

dua buah negara hak yang sama bagi melindungi

suatu terusan yang akan dibina melalui Amerika

Tengah. Kedua-dua negara bersetuju untuk

mengekalkan keberkecualian terusan itu dan

kawasan di kedua-dua belah tebingnya. Perjanjian

tersebut mengambil sempena nama John M.

Clayton, setiausaha negara Amerika, dan Sir Henry

Bulwer (1801–1872), duta British ke Amerika Syarikat.

Perjanjian tersebut tidak mendapat sambutan di

Amerika Syarikat. Pada tahun 1901, Perjanjian Hay-

Pauncefote menggantikan Perjanjian Clayton-

Bulwer. Perjanjian tersebut memberikan hak kepada

Amerika Syarikat untuk membina dan menguruskan

terusan tersebut.

UMUM 
PERJANJIAN WASHINGTON

Perjanjian Washington ialah perjanjian yang

ditandatangani pada tahun 1871 oleh Amerika

Syarikat dengan Great Britain di Washington D.C.

Perjanjian tersebut menyelesaikan sebilangan

pertikaian antara kedua-dua negara berkenaan.

UMUM 
PERJANJIAN WAITANGI

Perjanjian Waitangi ialah perjanjian yang

dibuat di antara orang Maori New Zealand

dengan kerajaan British pada tahun 1840.

Menurut perjanjian ini, New Zealand menjadi

jajahan British. Orang Maori menyerahkan semua

hak dan kuasa kedaulatan tanah mereka kepada

Ratu Victoria. Mereka juga bersetuju untuk

menjual tanah hanya kepada ratu, melalui wakil-

wakil baginda. Sebaliknya, kerajaan British

mengesahkan dan memberi jaminan kepada

orang Maori tentang pemilikan sepenuhnya

terhadap keseluruhan tanah, kampung, hutan dan

kawasan perikanan selagi mereka ingin

menjadikannya sebagai pemilikan mereka.

Jaminan itu meliputi semua pemilikan, sama ada

secara berkumpulan atau individu. Ratu

bertanggungjawab untuk melindungi orang

Maori dan memberikan hak sebagai rakyat British

kepada mereka.

UMUM 
PERJANJIAN PERSEKUTUAN (1948)

Perjanjian Persekutuan (1948), perjanjian

bagi menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu pada

1 Februari 1948 untuk menggantikan Malayan

Union . Perjanjian ini melaksanakan bentuk kerajaan

Persekutuan dengan menggabungkan semua

negeri-negeri Melayu, iaitu Perlis, Kedah, Pulau

Pinang , Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka,

Johor, Terengganu dan Kelantan ke dalam satu

unit. Dengan itu terhapuslah konsep Negeri-negeri

Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak

Bersekutu dan Negeri-negeri Selat, yang wujud

sejak tahun 1796 di Semenanjung Tanah Melayu.

Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu adalah

asas pembentukan negara Tanah Melayu yang

merdeka (1957) dan pembentukan Malaysia (1963).

UMUM 
PERJANJIAN ADAMS-ONIS

Perjanjian Adams-Onis atau Perjanjian Rentas

Benua , merupakan perjanjian antara Amerika

Syarikat dan Sepanyol. Mengikut perjanjian yang

ditandatangani pada tahun 1819, kawasan yang kini

Florida diserahkan kepada Amerika Syarikat.

Amerika Syarikat juga mendapat sejalur kawasan

yang kini termasuk dalam negeri Alabama dan

Mississippi .

UMUM 
PERJANJIAN DAMAI

Perjanjian damai ialah satu perjanjian antara

dua atau lebih negara yang bersetuju untuk

membincangkan perselisihan secara damai dan

bukan bertujuan menyerang antara satu dengan

lain. Antara Perang Dunia I (1914–1918) dan Perang

Dunia II (1939–1945), banyak negara telah

menandatangani perjanjian damai kerana tidak

ada kuasa antarabangsa yang cukup kuat untuk

mengelakkan peperangan.

UMUM 
PERJANJIAN LIMERICK

Perjanjian Limerick ialah perjanjian yang

menamatkan peperangan antara raja-raja England,

William III dengan James II. Orang Inggeris telah

menggulingkan James, yang bermazhab Roman

Katolik pada tahun 1688 dan telah melantik William

yang bermazhab Protestan sebagai raja. Penyokong

James yang dikenali sebagai Jacobites , mula

memberontak di Ireland pada tahun 1689. William III

telah mengalahkan pihak Jacobites berulang kali

sehingga pada tahun 1691, mereka hanya

menguasai Limerick. Angkatan Jacobites membuat

keputusan untuk menyerah diri dan kedua-dua

pihak menandatangani Perjanjian Limerick pada 3

Oktober.

UMUM 
PERJANJIAN MAYFLOWER

Perjanjian Mayflower ialah perjanjian pertama

bagi pemerintahan sendiri yang dikuatkuasakan di

Amerika. Pada 21 November 1620 (tarikh pada masa

itu 11 November), kapal Mayflower berlabuh di

Cape Cod , Massachusetts .

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas