Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.jan.jian] | ڤرجنجين

Definisi : 1. persetujuan yg dibuat antara dua pihak atau lebih, permuafakatan: Malaysia telah menandatangani satu ~ per­da­gangan dgn Korea Selatan; ~ jual beli; ~ program persetujuan bertulis antara dua pihak (biasanya pihak pelaksana aktiviti dsb dgn pihak yg mempunyai kuasa utk meluluskan kewangan) bagi melaksanakan sesuatu aktiviti (program dsb) mengikut jumlah peruntukan yg diluluskan; 2. Id wasiat (kitab suci); Kitab P~ Lama Kitab Taurat; Kitab P~ Baru Kitab Injil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.jan.jian] | ڤرجنجين

Definisi : 1 hal atau perbuatan berjanji (bersetuju) ttg sesuatu; permuafakatan; persetujuan: ~ perdagangan antara Malaysia dgn Negeri China telah ditandatangani. 2 kontrak; syarat: dgn tiada ~ dgn tidak bersyarat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
janji (kata nama)
1. Bersinonim dengan waad: waadat, komitmen, iltizam, ikrar, sumpah, pengakuan, jaminan,

2. Bersinonim dengan ajal: had, waktu, tempoh, waad,

Kata Terbitan : berjanji, menjanjikan, perjanjian,

Peribahasa

Digantungkan tinggi,
     digalikan dalam.

Bermaksud :

Perjanjian yang diperbuat dengan syarat-syarat yang teguh.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dispute settlement understandingpersefahaman penyelesaian pertikaianUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPerjanjian yang menjadi sumber peraturan bagi proses penyelesaian pertikaian yang terhasil daripada pemakaian perjanjian-perjanjian WTO oleh negara anggota. Perjanjian ini menuntut badan adjudikatif WTO (Panel dan Badan Rayuan) agar tidak menambah dan mengurangkan hak serta tanggungjawab yang telah dinyatakan dalam perjanjianWTO.
antidumping agreementperjanjian antilambakanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPerjanjian dalam sistem Perjanjian Umum Tarif dan Perdagangan (GATT) dan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) yang mendisiplinkan langkah antilambakan. Perjanjian ini memperuntukkan peraturan substantif dan tatacara yang perlu dipatuhi oleh negara anggota WTO jika mahu mengambil langkah antilambakan terhadap import. Perjanjian antilambakan melaksanakan Perkara VI GATT yang mencela aktiviti lambakan sekiranya lambakan memudaratkan pengeluar tempatan di negara pengimport. Perjanjian antilambakan membenarkan negara pengimport mengenakan duti lambakan terhadap import pada kadar yang sama dengan margin lambakan. Perjanjian antilambakan pada asalnya dikenali sebagai kod antilambakan, dirundingkan buat kali pertama dalam Rundingan Pusingan Kennedy dan dimuktamadkan pada tahun 1967. Pada tahun 1980, kod antilambakan ditukar nama kepada perjanjian antilambakan. Perjanjian antilambakan dilampirkan kepada GATT dan menjadi sebahagian daripada sistem WTO. Lihat juga langkah antilambakan.
bilateral agreementperjanjian dua hala; perjanjian dwipihakPentadbiran PerniagaanTiadaPerjanjian yang ditandatangani antara dua pihak. Contohnya perjanjian di antara dua negara di dalam perdagangan antarabangsa.
agreement on textiles and clothingperjanjian tekstil dan pakaianUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPerjanjian yang menghapuskan secara berperingkat-peringkat kuota import terutamanya oleh negara maju terhadap import tekstil dan pakaian dari negara membangun. Perjanjian ini mengintegrasikan sistem kuota import tekstil dan pakaian dalam Perjanjian Multigentian (MFA) ke dalam Perjanjian Umum Tarif dan Perdagangan (GATT). Perjanjian tekstil dan pakaian berakhir secara automatik pada tahun 2005 apabila kuota import diganti dengan tarif dan sekatan bukan tarif berpandukan peraturan GATT. Perjanjian ini dilampirkan kepada Perjanjian Umum Tarif dan Perdagangan (GATT) dan menjadi sebahagian daripada sistem Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).
agreement on technical barriers to tradeperjanjian sekatan teknikal perdaganganUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPerjanjian yang mengawasi peraturan untuk mengawal kaedah pemprosesan produk barangan. Contohnya, pelabelan, pembungkusan dan pemasaran. Perjanjian ini mengawal selia penggubalan dan pematuhan sesuatu piawaian. Menurut perjanjian ini, sekatan teknikal perdagangan tidak boleh membatasi perdagangan antarabangsa. Walau bagaimanapun, perjanjian ini membenarkan sekatan dibuat untuk melindungi keselamatan dan kesihatan manusia, haiwan dan tumbuhan atau alam sekitar. Perjanjian ini dilampirkan kepada Perjanjian Umum Tarif dan Perdagangan (GATT) dan menjadi sebahagian daripada sistem Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).
regional agreementperjanjian serantauUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPerjanjian yang dibuat oleh negara-negara berdaulat dalam sesuatu rantau bagi kepentingan dan tujuan bersama demi kebaikan rantau tersebut. Contoh perjanjian serantau ialah Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA).
international agreementperjanjian antarabangsaUndang-undangUndang-undang AntarabangsaLangkah atau instrumen yang dilakukan oleh negara atau entiti lain yang mempunyai personaliti perundangan di bawah undang-undang antarabangsa. Perjanjian antarabangsa juga boleh disamakan dengan triti yang merupakan sumber perundangan penting undang-undang antarabangsa. Perjanjian ini digunakan untuk mengikat pihak yang membuat perjanjian supaya setiap perkara yang dinyatakan dalam perjanjian dipatuhi. Perjanjian ini juga berguna bagi memastikan setiap hak dan tanggungjawab yang telah disepakati dilaksanakan seperti dalam perjanjian tersebut. Berdasarkan prinsip pacta sunt servanda, perjanjian antarabangsa bersifat mengikat.
hold-harmless agreementperjanjian pegang-lepasinsuransTiadaPerjanjian berkontrak yang memerlukan satu pihak mengambil alih tanggungjawab ke atas liabiliti dalam satu keadaan tertentu. Perjanjian ini biasanya terdapat di dalam kontrak pajakan, perjanjian sampingan dan perolehan hak.
agreement of sanitary and phytosanitaryperjanjian sanitari dan fitosanitariUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPerjanjian yang mengawal langkah sanitari dan fitosanitari negara anggota Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dalam memastikan sesuatu produk dagangan tidak memudaratkan manusia, haiwan dan tumbuhan. Perjanjian ini menegah negara anggota supaya tidak mengenakan langkah yang berbeza dengan produk tempatan dan import. Perjanjian ini juga memerlukan negara anggota membuat penilaian secara objektif dan saintifik agar langkah sanitari dan fitosanitari tidak disalahgunakan untuk tujuan perlindungan. Perjanjian ini dilampirkan kepada Perjanjian Umum Tarif dan Perdagangan (GATT) dan menjadi sebahagian daripada sistem WTO.
hold-harmless agreementperjanjian pegang-lepasPentadbiran PerniagaanTiadaPerjanjian berkontrak yang memerlukan satu pihak mengambil alih tanggungjawab ke atas liabiliti dalam satu keadaan tertentu. Perjanjian ini biasanya terdapat di dalam kontrak pajakan, perjanjian sampingan dan perolehan hak.
12345678910...

Kembali ke atas