Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : hal atau perbuatan berjumpa; pertemuan: ~ itu telah diadakan di Balai Budaya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jumpa
Kata Terbitan : berjumpa, menjumpai, memperjumpakan, terjumpa, perjumpaan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MOOT

Moot ialah istilah lama Inggeris untuk sesuatu

perjumpaan awam. Ahli-ahli pergerakan

pengakap kini kadangkala menggunakan istilah

tersebut untuk perjumpaan antarabangsa. Pelajar

undang-undang menggunakan istilah tersebut

untuk kes mahkamah olok-olok di mana pelajar

berhujah antara satu sama lain bagi pihak klien

rekaan mereka. ‘Hakim’ yang biasanya terdiri

daripada tutor undang-undang atau peguam

bertauliah, menghakimi dengan memberi komen

terhadap perkara undang-undang yang

dibangkitkan oleh para pelajar. Dalam percakapan

biasa, perkara moot bermakna perkara yang

boleh diragukan atau dipertikaikan.

UMUM 
PERSIDANGAN POTSDAM

Persidangan Potsdam ialah perjumpaan

terakhir di kalangan pemimpin Kesatuan Soviet,

United Kingdom dan Amerika Syarikat semasa

Perang Dunia II (1939–1945). Persidangan tersebut

diadakan di Potsdam, berhampiran Berlin, Jerman. Ia

bermula pada 17 Julai 1945, kira-kira dua bulan

selepas kekalahan pihak Jerman dalam peperangan

tersebut. Turut hadir di majlis pembukaan itu ialah

Presiden Amerika Syarikat, Harry S. Truman, Perdana

Menteri Britain, Winston Churchill, dan Perdana

Menteri Kesatuan Soviet, Joseph Stalin. Clement

Attlee menggantikan Winston Churchill sebagai

perdana menteri pada 26 Julai 1945, dan mewakili

United Kingdom dalam persidangan seterusnya yang

berakhir pada 2 Ogos 1945.

UMUM 
KUMPULAN BLOOMSBURY

Kumpulan Bloomsbury ialah persatuan

intelek Inggeris yang tidak rasmi yang sering

mengadakan perjumpaan dari tahun 1905 hingga

tahun 1930.

UMUM 
PERISYTIHARAN KEMERDEKAAN

Perisytiharan Kemerdekaan ialah dokumen

bersejarah bagi tanah jajahan British di Amerika

yang mengisytiharkan kebebasan daripada

pemerintahan British. Kongres Benua Kedua adalah

satu perjumpaan perwakilan dari setiap tanah

jajahan yang menetapkan hari perisytiharan itu

pada 4 Julai 1776. Tarikh ini diraikan sebagai tarikh

kelahiran Amerika Syarikat.

UMUM 
SUKAN TANAH TINGGI

Sukan tanah tinggi ialah pertandingan olah

raga, pertandingan meniup seruling dan tarian

diadakan setiap tahun di Scotland pada musim

bunga. Sukan ini juga dikenali sebagai Perjumpaan

Tanah Tinggi. Peserta-peserta datang dari semua

daerah di Scotland, berpakaian seperti orang Tartan

(lihat Tartan).

UMUM 
TAMU

Tamu, pekan sehari yang merupakan warisan

kebudayaan masyarakat Sabah. Perkataan tamu

berasal daripada perkataan ‘tamu’ yang didasari

daripada bahasa Melayu Sabah. Tamu merujuk

kepada pertemuan atau perjumpaan antara

seseorang atau sebuah pihak untuk bertukar

barangan dan perniagaan. Pengertian amnya ialah

tempat orang ramai bertemu, berkumpul dan

menjalankan aktiviti berjualan.

UMUM 
MUZIK ROCK

Muzik rock merupakan salah satu bentuk muzik

dunia yang paling popular dan yang paling mudah

disesuaikan. Muzik ini mula muncul di Amerika

Syarikat pada awal tahun 1950-an, dan dikenali

sebagai rock ’n’ roll (juga dieja rock and roll ). Pada

permulaannya, ia merupakan muzik untuk majlis

perjumpaan dan tarian yang menarik minat

pendengar daripada golongan muda. Muzik ini

sering dimainkan untuk berseronok di kalangan

remaja, dan kadangkala digunakan untuk

meluahkan kekecewaan mereka. Muzik ini

berkembang dengan cepat dan tidak lama

kemudian ia menjadi budaya ekspresi

antarabangsa bagi golongan remaja.

UMUM 
YAYASAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA (YADIM)

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia

(YADIM) ialah sebuah badan amanah atau

yayasan yang menjaga kebajikan masyarakat Islam

di Malaysia. YADIM adalah singkatan bagi Yayasan

Dakwah Islamiah Malaysia. Ia didaftarkan pada 25

Januari 1974 di bawah Trustee Incorporation

Ordinance Act 1952. Pengisytiharan penubuhannya

dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia yang

kedua, Tun Abdul Razak Hussein dalam

perjumpaan PERKIM Pahang dan memulakan

operasi di Wisma Batik, Jalan Tun Razak, Kuala

Lumpur pada tahun 1975

UMUM 
SABERKAS

SABERKAS, syarikat kerjasama.  SABERKAS ialah singkatan Syarikat Bekerjasama Am Saiburi.  Saibudri adalah nama lain bagi Kedah pada masa pemerintahan Siam.  SABERKAS mula bergerak secara sulit sejak akhir tahun 1945, di daerah Kota Setar dan Kubang Pasu.  Perjumpaan pertama untuk menubuhkannya diadakan secara sulit di sebuah rumah, di Jalan Raja, Alor Setar.  Tuanku Abdul Rahman Putra telah dipelawa untuk memimpin syarikat ini.  Siam dan Jepun meluluskan pendaftaran syarikat ini pada 21 Julai 1945.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas