Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.kah.wi.nan] | ڤرکهوينن

Definisi : 1. perihal berkahwin, perni­kahan: ~ itu berlangsung dgn selamat; 2. pergabungan (perpaduan dsb) antara dua unsur dll yg berlainan: gaya penulisan kewartawanan baru yg merupakan semacam ~ antara dunia fiksyen dgn bukan fiksyen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.kah.wi.nan] | ڤرکهوينن

Definisi : perihal berkahwin atau bernikah; pernikahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perkahwinan

Peribahasa

Menghubung hendak panjang,
     menyebar hendak lebar.

Bermaksud :

Perkahwinan yang akan menambahkan keluarga di kedua belah pihak.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
pegi panggel[p«.gi pAN.gel] pergi ke majlis perkahwinan; makan kuah kunengKau nak ikot mak pegi panggel tak?[kAw nA/ i.kot mA/ p«.gi pAN.gel tA/]Engkau hendak ikut emak pergi ke majlis perkahwinan tak?
matikan ae[mA.ti.kAn Ae] tidak pergi ke majlis kenduri atau sesuatu tempat.Keje kawen rumah die, aku matikan ae aje.[k«.dZ« kA.wen Äu.mAh di.j« A.ku mA.ti.kAn Ae A.dZ«]Majlis perkahwinan di rumah dia, aku tidak pergi.
makan kuah kuneng[mA.kAn ku.wAh ku.neN] pergi ke majlis perkahwinan; pegi panggel.Wah, esok makan kuah kuneng le kite![wAh e.so/ mA.kAn ku.wAh ku.neN l« ki.t«]Wah, esok ke majlis perkahwinanlah kita!
orang pangkal[o.ÄAN pAN.kAl] keluarga terdekat yang bertungkus lumus membuat persiapan untuk majlis perkahwinan seperti mendirikan khemah, dan lain-lain.Aku ni orang pangkal memang le sebok.[A.ku ni o.ÄAN pAN.kAl m«.mAN l« se.bo/]Aku ini keluarga terdekat, memanglah sibuk.
selasau[s«.lA.sAw]kata namatempat meletakkan hidangan di luar rumah yang diperbuat daripada buluh atau kayu khususnya sewaktu majlis perkahwinan dan lain-lain; penanggah.Pasangle selasau nanti laok kena panas.[pA.sAN.l« s«.lA.sAw nAn.ti lAo/ k«.nA pA.nAs]Pasanglah selasar nanti lauk terkena panas.
   2. tempat meletakkan hidangan di luar rumah yang diperbuat daripada buluh atau kayu khususnya sewaktu majlis perkahwinan dan lain-lain; selasau.Eh, penanggah kau tak siap lagi ke, mana nak letak makanan.[eh p«.nAN.gAh kAw tA/ si.jAp lA.gi k« mA.nA nA/ l«.tA/ mA.kA.nAn]Eh, penanggah engkau tidak siap lagikah? Di mana hendak letak makanan.
majeles gantong-gantong[mA.dZ«.les gAn.toN.gAn.toN] majlis membuat persiapan di dalam rumah (seperti memasang langsir dan lain-lain, serta majlis doa selamat) sebelum hari perkahwinan oleh keluarga terdekat pengantin.Rumah aku petang ni majeles gantong-gantong datang le![Äu.mAh A.ku p«.tAN ni mA.dZ«.les gAn.toN.gAn.toN dA.tAN l«]Di rumah aku petang ini ada majlis gantung-gantung, datanglah!
culek arang[tSu.le/ A.ÄAN] amalan menyimbah air serta melumurkan arang periuk, kuali dan sebagainya pada bahagian muka seseorang termasuk pasangan pengantin setelah majlis perkahwinan selesai.Terok penganten perempuan kene culek arang dengan laki die.[t«.Äo/ p«.NAn.ten p«.Ä«m.pu.wAn k«.n« tSu.le/ A.ÄAN d«.NAn lA.ki di.j«]Teruk pengantin perempuan kena culik arang oleh suaminya.
beranggau[b«.ÄAN.gAw]kata kerjakerja-kerja persiapan yang dilakukan kira-kira tiga atau empat hari sebelum majlis perkahwinan dilangsungkan. Antaranya ialah membuat balai, selasar, menyediakan makanan seperti tapai, kuih-muih, sambal serunding dan lain-lain.Kau dok rumah, mak nak pegi beranggau rumah Mak Itam.[kAw do/ Äu.mAh mA/ nA/ p«.gi b«.ÄAN.gAw Äu.mAh mA/ i.tAm]Engkau duduk di rumah, emak hendak pergi beranggau di rumah Mak Itam.
beranggau[b«.ÄAN.gAw]kata kerjakerja-kerja persiapan yang dilakukan kira-kira tiga atau empat hari sebelum majlis perkahwinan dilangsungkan. Antaranya ialah membuat balai, selasar, menyediakan makanan seperti tapai, kuih-muih, sambal serunding dan lain-lain.Kau dok rumah, mak nak pegi beranggau rumah Mak Itam.[kAw do/ Äu.mAh mA/ nA/ p«.gi b«.ÄAN.gAw Äu.mAh mA/ i.tAm]Engkau duduk di rumah, emak hendak pergi beranggau di rumah Mak Itam.

Kembali ke atas