Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.kah.wi.nan] | ڤرکهوينن

Definisi : 1. perihal berkahwin, perni­kahan: ~ itu berlangsung dgn selamat; 2. pergabungan (perpaduan dsb) antara dua unsur dll yg berlainan: gaya penulisan kewartawanan baru yg merupakan semacam ~ antara dunia fiksyen dgn bukan fiksyen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.kah.wi.nan] | ڤرکهوينن

Definisi : perihal berkahwin atau bernikah; pernikahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perkahwinan

Peribahasa

Menghubung hendak panjang,
     menyebar hendak lebar.

Bermaksud :

Perkahwinan yang akan menambahkan keluarga di kedua belah pihak.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah hari perkahwinan anda? Bilakah hari perkahwinan anda? Hari apakah mesyuarat diadakan? Hari bilakah mesyuarat diadakan? Mengapa penggunaan kata tanya berbeza anata dua perkara ini? Apakah waktu sekarang?

Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu atau menyoalkan sesuatu, contohnya mengapa, berapa, bila dan bagaimana. Kata tanya hadir dalam ayat sebagai sebahagian daripada predikat.  Sekiranya dikedepankan kehadirannya dalam bentuk tulisan hendaklah disertai partikel –kah.

Ayat tanya yang betul adalah seperti yang berikut:

(i)Hari perkahwinan anda bila ? atau Bilakah hari perkahwinan anda?

(ii)Mesyuarat diadakan bila? atau Bilakah mesyuarat diadakan?

 

Ada tiga bentuk kata ganti nama yang digunakan juga sebagai kata tanya, iaitu apa, siapa dan mana, contohnya:

        (i)Yang di dalam kotak itu apa? atau  Apakah yang di dalam kotak itu?

       (ii) Baju baharu saya mana? atau manakah baju baharu saya?

       (iii) yang datang semalam siapa? Atau Siapakah yang datang semalam?

       Jelasnya, kata tanya apa memerlukan jawapan nama benda, siapa memerlukan

        jawapan nama orang dan mana memerlukan jawapan nama tempat.

Tatabahasa24.02.2014
atas perkahwinanatas perkahwinanIstilah15.06.2007
Salam sejahtera. Sekadar ingin bertanya. Adakah 'perkahwinan wangsa' sesuai digunakan untuk merujuk kepada perkahwinan yang diadakan demi kepentingan lain, misalnya, kepentingan perniagaan untuk kedua-dua keluarga? Terima kasih.Mengikut Istilah dalam bidang Sejarah, Perkahwinan Wangsa (dynastic marriage) membawa maksud perkahwinan yang diatur antara dua orang dari dinasti yang berbeza untuk tujuan politik biasanya berlaku dalam sejarah untuk pengukuhan kuasa politik.Istilah20.08.2017
Pasifkan ayat berikut: Saya mengirimi Syafiqa kad undangan perkahwinan abang. Saya masih ragu2 untuk meletakkan kata yang sesuai selepas kerja pasif "kirimi". Adakah selepas kata itu perlu diletakkan objek (kad undangan perkahwinan abang) atau orang (Syafiqa).Ayat pasif yang betul bagi ayat, "Saya mengirimi Syafiqa kad undangan perkahwinan abang." ialah "Syafiqa saya kirimi kad undangan perkhawinan abang." Hal ini disebabkan ayat Pasif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Contohnya: Kucing dikejar oleh anjing (daripada: Anjing mengejar kucing). Bagi membantu saudara mendapatkan ciri-ciri ayat pasif, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Tatabahasa Dewan bermula muka surat 411.Tatabahasa04.08.2016
Terlebih dahulu ucapan terma kasih kerana menjawab soalan-soalan saya sebelum ini. Ini berkenaan kata ganti nama tanya. Apakah kata ganti nama tanya untuk masa? Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? Apakah hari perkahwinan anda? Bilakah hari perkahwinan anda? Apakah waktu sembahyang sekarang? Apakah waktu sekarang? Pukul berapakah sekarang? Hari apakah mesyuarat di adakan? Hari bilakah mesyuarat di adakan?Ayat yang betul adalah seperti yang berikut:
1. Bilakah hari perkahwinan anda?
2. Pukul berapakah sekarang?
3. Hari apakah mesyuarat diadakan?
Tatabahasa22.02.2014
Majlis perkahwinan di-Raja --ejaan yang betul ialah ?Ejaan yang tepat ialah Majlis Perkahwinan Diraja.Ejaan25.08.2010
Salam..mohon pandangan tuan mengenai penggunaan bahasa untuk papan iklan. Adakah perkataan "BUTIK PERKAHWINAN' boleh diguna pakai?Keterangan aktiviti "Butik Perkahwinan" boleh digunakan.Tatabahasa29.05.2012
Salaam. Saya ingin tahu istilah dalam bahasa Melayu bagi 'flower girl' (dalam majlis perkahwinan). Terima kasih.

'Flower girl' ialah gadis yang membawa bunga dalam perarakan perkahwinan. Mereka digelar gadis bunga.

Makna18.06.2008
Boleh saya tahu apakah definisi operasi untuk 'Status Perkahwinan'? Kerana saya sedang menulis tesis PHD dalam Bahasa Melayu dan tidak dapat mencari makna yang tepat mengenai perkataan iniMenurut Kamus Dewan Perdana, “status perkahwinan” bermaksud taraf ikatan yang sah di sisi agama atau undang-undang antara lelaki dan perempuan yang menjadikan mereka suami isteri.Makna29.08.2022
dipertemui: dua orang sahabat yang lama tidak jumpa itu telah dipertemui dalam satu majlis perkahwinan. betul ayat ini?Jawapan yang betul ialah Dua sahabat yang telah lama tidak berjumpa bertemu dalam satu majlis perkahwinan.Lain-lain29.03.2007
1234567

Kembali ke atas