Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.kah.wi.nan] | ڤرکهوينن

Definisi : 1. perihal berkahwin, perni­kahan: ~ itu berlangsung dgn selamat; 2. pergabungan (perpaduan dsb) antara dua unsur dll yg berlainan: gaya penulisan kewartawanan baru yg merupakan semacam ~ antara dunia fiksyen dgn bukan fiksyen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.kah.wi.nan] | ڤرکهوينن

Definisi : perihal berkahwin atau bernikah; pernikahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perkahwinan

Peribahasa

Menghubung hendak panjang,
     menyebar hendak lebar.

Bermaksud :

Perkahwinan yang akan menambahkan keluarga di kedua belah pihak.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Minyak habis sambal tak enak.Peralatan perkahwinan diadakan secara besar-besaran, tetapi perjodohannya tidak kekal.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menghubung hendak panjang, menyebar hendak lebar.Perkahwinan yang akan menambahkan keluarga di kedua belah pihak.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kuah tertunggang ke nasi, nasi akan dimakan juga.Perkahwinan antara kaum keluarga sendiri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Putus benang boleh dihubung, putus arang bercerai lalu.Persahabatan atau perkahwinan yang sudah putus sama sekali hingga tidak dapat diperbaiki lagi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berhubung kerana hendak panjang, berkampuh kerana hendak lebar.Perhubungan kekeluargaan melalui perkahwinan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Makan nasi suap-suapan, tetapi menyambut puan kosong.Kahwin menurut adat perkahwinan biasa tetapi kemudian ternyata perempuan itu sudah bukan anak perawan lagi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Putus tali boleh disambung, patah arang mudah (= putus) sekali.Persahabatan atau perkahwinan yang sudah putus sama sekali hingga tidak dapat diperbaiki lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: Putus benang boleh dihubung, putus arang bercerai lalu).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tali terentang tidak putus, sangkutan tergantung tidak rekah.Pertalian keluarga kerana perhubungan perkahwinan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas