Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.ka.ta.an] | ڤرکاتاءن

Definisi : 1. bunyi atau gabungan bunyi dlm sesuatu bahasa yg disebutkan atau dituliskan dsb dgn menggunakan huruf-huruf utk menyampaikan sesuatu maksud, kata: ~ bahasa Melayu dapat dieja dgn berpandukan bunyinya; ~ ‘syair’ berasal drpd bahasa Arab; 2. kumpulan kata (yg diucapkan dsb), kata(-kata): pengemis itu menolak segala ~ dan dugaan orang yg bermuka cengkung itu; dgn ~ lain dgn kata(-kata) lain; 3. sl cerita, kisah, hal: jikalau dihikayatkan semuanya, jemulah orang mendengar dia, sebab itulah maka kami pendekkan ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ka.ta.an] | ڤرکاتاءن

Definisi : 1 kumpulan kata; kata. 2 apa-apa yg dikatakan (diucapkan) orang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kata (kata nama)
Bersinonim dengan ucap, tutur, bicara, cakap, nyata, titah, sabda, firman, lafaz, sebut, ujar, syarah, bahas;,
Kata Terbitan : sekata, katakan, berkata, berkata-kata, mengata, mengatakan, memperkatakan, terkata, perkataan,

Peribahasa

Takkan lebih pucuk daripada pelepah rapat ke batang.

Bermaksud :

Perkataan orang besar-besar lebih dipercayai oleh orang atasan daripada perkataan rakyat biasa.

 

Lihat selanjutnya...(44)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya mempunyai beberapa pertanyaan dan cadangan. 1. Adakah perkataan-perkataan yang bertanda “id” seperti perkataan “bisa” yang membawa maksud “boleh” dikira sebagai kata pinjaman dari bahasa Indonesia dan boleh digunakan dalam bahasa Melayu? 2. Adakah perkataan “karna” yang bertanda bp merupakan kata serapan dari bahasa Indonesia? Atau ianya bahasa percakapan dalam kalangan penutur bahasa Melayu? 3. Adakah perkataan “apakah” dan “adakah” mempunyai makna yang sama? 3. Saya ingin mencadangkan kepada pihak DPB untuk menyerap dan merakamkan perkataan “ghibah” yang bermaksud mengumpat dalam bahasa Arab di dalam Kamus Dewan sebagai alternatif/sinonim bagi perkataan “umpat”.1. Bahasa Indonesia (yang berlabel Id dalam kamus DBP) dikategorikan sebagai bahasa serumpun dan mempunyai ciri-ciri yang sama dengan bahasa Melayu. Pengguna bahasa boleh menggunakan kata-kata daripada bahasa serumpun tersebut dalam berkomunikasi, yang sesuai dengan khalayak, makna dan konteksnya.

2. Kata karna dalam kamus terbitan DBP ialah penggunaan masyarakat dalam bahasa percakapan atau bahasa basahan dalam bahasa Melayu.

3. Kata apakah dan adakah tidak mempunyai makna yang sama. Sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020; 11 dan 124) dan Tatabahasa Dewan.

4. Kata ghibah telah pun terakam dalam kamus terkini terbitan DBP; Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020; 684) seperti yang berikut:

ghibah
kata nama
kata-kata yang dituturkan untuk memburuk-burukkan orang lain di belakangnya, biasanya boleh menimbulkan kemarahan, dendam dan sebagainya; umpat:
Islam mengharamkan ghibah kerana boleh mengakibatkan perbalahan dan menimbulkan permusuhan.
Makna27.05.2023
Bagaimana diterjemah perkataan-perkataan berikut yang merupakan satu set huruf fonetik dalam komunikasi tentera, polis dan sebagainya. Alpha, bravo, charlie, delta, echo, foxtrot, golf, hotel, india, juliett, kilo, lima, mike, november, oscar, papa, quebec, romeo, sierra, tango, uniform, victor, whiskey, xray, yankee, zulu.

Kumpulan perkataan yang dinyatakan merupakan perkataan yang terkandung dalam  NATO phonetic alphabet atau Radiotelephony Spelling Alphabet. Kumpulan perkataan ini tidak boleh diterjemahkan dan perlu digunakan dalam bentuk asal kerana telah diselaraskan penggunaannya di seluruh dunia.  

Lain-lain19.07.2022
Senaraikan dan bincangkan perkataan-perkataan yaang masih digunakan sekarang.Sila perincikan soalan puan. Bagi maklumat tentang ejaan dan maksud perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Perdana, manakala bagi persoalan tentang tatabahasa pula puan boleh merujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.Lain-lain29.08.2023
Sukaita sekiranya pihak DPK dapat menjelaskan bagaian perkataan-perkataan 'adalah' dan 'ialah' handak digunakan secara betul dalam ayat. Sia beri pelbagai contoh untuk terangkan parkara ini. Terima Kasih. Peter Johnson Durairaj

Kata "ialah" dan "adalah" merupakan kata pemeri iaitu perkataan yang digunakan untuk memerihalkan bahagian subjek dan predikat sesuatu ayat. Kata pemeri "ialah" digunakan dalam ayat yang berpola frasa nama + frasa nama. Oleh itu, kata pemeri "ialah" digunakan sebelum kata nama atau frasa nama. Contoh ayat:

a)   Samsuri ialah rakan karib saya. (FN + FN)

b)   Mata pelajaran yang paling saya minati ialah matematik. (FN + FN)

c)   Guru besar Sekolah Kebangsaan Bukit Mahkota ialah Tuan Haji Karim bin Haji Mustafa. (FN+FN)

 

Kata pemeri "adalah" digunakan dalam ayat yang berpola frasa nama + frasa adjektif dan frasa nama + frasa sendi nama. Kata pemeri "adalah" tidak boleh diikuti oleh frasa kerja dan frasa nama.

a)   Perlawanan pada malam ini adalah sangat penting. (FN+FA)

b)   Kehadiran mereka ke negara kita adalah sebagai pemerhati. (FN+FS)

c)   Teh herba yang sedang diminum oleh ibu adalah baik untuk kesihatan. (FN+FA)


Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 263. 

Tatabahasa08.08.2022
Assalamualaikum Tuan, Mohon bantuan tuan sama ada padanan istilah dalam Bahasa Melayu bagi perkataan-perkataan yang berikut adalah tepat dan bersesuaian dalam konteks ayat: (a) casual purchases “Casual purchases may be made by the Head of Division for an amount not exceeding $10,000 in respect of any item or class of related items.” Cadangan terjemahan bagi perkataan “casual purchases” ialah “belian sambilan” (b) Accepting Authority “The Quotations Committee shall receive, open and analyse all quotations and shall make recommendations in writing to the Accepting Authority. The Committee shall also submit to the Accepting Authority all quotations received.” Cadangan terjemahan bagi perkataan “Accepting Authority” ialah “ Pihak Berkuasa Penyetuju Terima” (c) Government Central Contact “Notwithstanding the provisions of these By-Laws, where it is deemed to be of benefit to the Authority, the Authority may participate in the Government Central Contract.” Cadangan terjemahan bagi perkataan “Accepting Authority” ialah “Kontrak Pusat Kerajaan” Mohon nasihat dan pandangan tuan.Kami mencadangkan padanan terjemahan seperti berikut:

1) Casual Purchases: Pembelian Sambilan/Pembelian Sesekali

2) Accepting Authority: Pihak Berkuasa Penerima

3) Government Central Contact: Kontrak Pusat Kerajaan

Padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. 
Istilah11.04.2022
Salam sejahtera tuan/puan. Saya di sini ingin mengajukan soalan tentang apakah perkataan-perkataan baharu bahasa Melayu yang diiktiraf oleh DBP? Sekian, terima kasih.Untuk mengetahui senarai perkataan bahasa Melayu baharu yang diiktiraf DBP, sila rujuk Kamus Dewan PerdanaMakna03.11.2022
Adakah setiap perkataan yang wujud dalam bahasa Melayu Klasik mempunyai sebutan fonetik yang sama sepenuhnya dengan perkataan-perkataan bahasa Melayu Moden dalam kamus-kamus terbitan DBP?Transkripsi fonetik hanya disediakan dalam kamus terkini terbitan DBP, iaitu Kamus Dewan Perdana (2020). Kamus ini memanfaatkan maklumat yang terkandung dalam Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu yang terakam dalam Daftar Kata Bahasa Melayu, Rumi-Sebutan-Jawi, Edisi Kedua (2008).

Hampir semua kata entri dan terbitannya menggunakan lambang fonetik antarabangsa (IPA) SIL Manuscript yang dieja dengan sebutan baku, termasuklah kata daripada bahasa Melayu klasik. Setakat hari ini, kamus terbitan DBP tidak membezakan sebutan bahasa Melayu klasik dan bahasa Melayu moden.
Lain-lain10.04.2023
Salam sejahtera. Mohon jelaskan makna awalan 'se-' dalam perkataan-perkataan berikut: sehingga, secara, seterusnya, setiap, setibanya dan sesetengah. Terima kasih.Awalan kata dasar akan berubah menjadi kata adjektif terbitan apabila ditambah awalan se-. Antara contoh lain ialah  sedalam, sepunya, sebulat, sesudah dan lain-lain.  Tatabahasa22.10.2022
Saya ingin membuat semakan ke atas dua perkataan yang sering digunakan dalam urusan kerja seharian. Saya telah membuat carian kata melalui kamus atas talian dbp dan didapati perkataan tidak wujud. Dua perkataan tersebut adalah "naziran" yang berasal daripada perkataan nazir dan "inspektorat" yang dipinjam daripada bahasa inggeris. Mohon pandangan DBP samada perkataan-perkataan ini sesuai digunakan. Sekiranya tidak, mohon cadangan perkataan yang sesuaiPadanan dalam bahasa Melayu untuk perkataan "inspectorate" ialah Jemaah Pemeriksa, Jemaah Merinyu dan Jemaah Nazir. Tiada perkataan dalam bahasa Melayu, inspektorat.

Naziran berasal daripada kata akar nazir. Naziran merupakan hasil daripada menazir.  Sila rujuk Kamus Dewan Perdana muka surat 1525. Perkataan naziran boleh digunakan.
Istilah21.10.2022
Salam Apakah padanan paling sesuai dalam Bahasa Melayu bagi perkataan-perkataan tersebut di bawah dalam konteks pembangunan sumber manusia: 1. Leading self 2. Unleash entrepreneur 3. Entrepreneurship of the many 4. Performance with a meaning 5. Co-create Terima kasih.Padanan bahasa Melayu bagi istilah yang dikemukakan adalah seperti yang berikut: self-leadership - kepimpinan kendiri dan cocreate - cipta bersama.Untuk makluman, leading self, unleash entrepreneur, entrepreneurship of the many dan performance with a meaning bukan suatu bentuk istilah dan pihak kami memerlukan ayat penuh yang lebih tepat untuk tujuan penterjemahan.Istilah28.07.2022
12345678910...

Kembali ke atas