Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.ke.bu.nan] | ڤرکبونن

Definisi : 1. perihal tanam-menanam di kebun; 2. perusahaan atau urusan kebun; 3. tanah-tanah kebun; 4. Id ladang (besar): Gampo menceritakan ia sekarang bekerja sbg pengarah ~ kina; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ke.bu.nan] | ڤرکبونن

Definisi : 1 hal-hal mengenai kebun (perusahaan atau pengurusannya). 2 tanah tempat berkebun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kebun (kata nama)
Bersinonim dengan ladang, dusun, taman, huma, tegal, sawah, bendang, estet;,
Kata Terbitan : berkebun, memperkebuni, perkebunan, pekebun, pengebun,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin tahu apakah terjemahan terbaik untuk container gardening? Contoh: Container gardening is the new trend of urban gardeners who don't have any space in their home.Untuk makluman, tidak ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "container gardening" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, istilah bahasa Melayu untuk "gardening" ialah perkebunan dan istilah bahasa Melayu untuk "container" ialah bekas. Oleh itu, istilah yang dicadangkan ialah perkebunan bekas atau perkebunan dalam bekas.Istilah18.02.2013
Apakah terjemahan terbaik untuk square foot gardening? Adakah betul kalau diterjemah ke kebun kaki persegi?Untuk makluman, tidak terdapat istilah "square foot gardening" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah "gardening" yang padanan bahasa Melayunya ialah perkebunan. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah perkebunan kaki persegi.Istilah09.04.2013
Selamat Pagi Saya ingin bertanya mengenai frasa di dalam bahasa English iaitu 'potting soil' atau 'potting mix'. Istilah tersebut sering digunakan dalam bidang perkebunan mini bermaksud media yang digunakan untuk menanam sayuran dan herba di dalam pasu. Apakah terjemahan yang benar untuk kedua-dua istilah tersebut? terima kasih.Terjemahan bagi "potting soil" ialah tanah pasu.Penyemakan dan penterjemahan18.08.2015
Saya ingin tahu apakah terjemah terbaik untuk 'vertical garden' dan 'vertical gardening'?Untuk makluman, tidak ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk 'vertical garden' dan 'vertical gardening' dalam pangkalan data kami. Walau bagimanapun, terdapat istilah bahasa  Melayu untuk  'vertical landscape', iaitu landskap menegak. Istilah bahasa Melayu untuk 'garden' ialah taman dan untuk 'gardening' ialah perkebunan. Oleh itu , istilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah taman menegak dan perkebunan menegak.Istilah31.03.2012

Kembali ke atas