Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.kem.ba.ngan] | ڤرکمبڠن

Definisi : perihal (proses dsb) ber­kembang (menjadi maju atau tersebar, mem­biak, meluas, dsb), pertumbuhan, kemajuan: ~ bahasa dan kesusasteraan Melayu; dgn ~ perindustrian, banyaklah lagi hasil perusahaan yg dapat dikeluarkan; ~ politik; ~ ilmu pengetahuan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.kem.ba.ngan] | ڤرکمبڠن

Definisi : keadaan atau hal berkembang: ~ bahasa Melayu; ~ agama Islam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kembang (kata kerja)
1. Bersinonim dengan mekar: kekar, membengkar, mulur, terbuka,
Berantonim dengan kuncup

2. Dalam konteks masakan
bersinonim dengan muai, bangkit, naik,
Berantonim dengan batat

Kata Terbitan : berkembang, mengembangkan, memperkembangkan, perkembangan, pengembangan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
development of lessonperkembangan pengajaran; perkembangan pelajaranPendidikanTiadaTiada
incubationeraman; pengeramanPerubatanTiadaProses perkembangan seperti perkembangan penyakit berjangkit, kultur bakteria. Bermula daripada kehadiran patogen hingga terdapatnya gejala.
cognitive developmentperkembangan kognitifPsikologiPsikologi UmumBidang yang memberi tumpuan kepada perkembangan kanak-kanak dari segi pemprosesan maklumat, sumber konseptual, kemahiran persepsi, pembelajaran bahasa dan aspek lain daripada perkembangan minda. Antara pelopor bidang ini ialah Jean Piaget yang memperkenalkan teori perkembangan kognitif.
hemiectromeliahemiektromeliaPerubatanTiadaAnomali perkembangan yang dicirikan dengan perkembangan anggota yang tidak sempurna pada sebelah bahagian badan.
developmental approach to carependekatan penjagaan perkembanganKejururawatanTiadaKaedah menggalakkan perkembangan dan kemahiran individu berdasarkan tahap perkembangan semasa dan bukan mengikut umur sebenar.
malformationpencanggaan; malformasiPentadbiran PerniagaanTiadaKecacatan anggota tubuh akibat perkembangan tak normal semasa perkembangan fetus.
floweringpembungaanBotaniTiadaProses pengeluaran bunga yang terdiri daripada tiga fasa utama, iaitu fasa pengaruhan. Fasa permulaan dan fasa perkembangan bunga. Fasa pengaruhan melibatkan perubahan fisiologi pada bahagian meristem. Fasa permulaan pula melibatkan transformasi bunga yang diaruhkan, manakala fasa perkembangan melibatkan perkembangan tunas bunga menjadi struktur hingga yang matang.
preoperational stageperingkat praoperasiPerubatanPsikiatriPeringkat kedua daripada empat peringkat dalam perkembangan kognitif mengikut Teori Perkembangan Kognitif Piaget. Pada peringkat ini, kanak-kanak belajar mengenali sesuatu objek dengan menggunakan imej dan perkataan.
morphogenesismorfogenesisBotaniTiadaPerubahan kuantitatif dalam perkembangan tumbuhan bermula daripada peringkat zigot sehingga membentuk pokok dewasa. Perubahan ini meliputi pembahagian dan perkembangan sel, perbezaan sel dan organ, perubahan laluan metabolik antara tisu, pemanjangan batang bagi sesetengah pokok yang dilindungi cahaya, perkembangan ciri daun yang terdedah atau terlindung daripada cahaya, perkembangan ciri daun yang terdedah atau terlindung daripada cahaya serta pengaruhan pembungaan dan kedormanan.
determinatetak berterusanBotaniTiadaCiri penamatan perkembangan tumbuhan vegetatif dari segi morfologi atau fisiologi. Secara amnya, perkembangan tumbuhan vegetatif boleh ditamatkan melalui persaingan sink seperti perkembangan buah dan juga tegasan fisiologi, manakala secara khususnya pula adalah melalui proses pembungaan di bahagian pucuk.
12345678910...

Kembali ke atas