Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.la.han] | ڤرلاهن

Definisi : 1. tidak terburu­buru (tergesa-gesa, cepat-cepat), lambat-lam­bat: ia berjalan sangat ~ spt tiada berdaya lakunya; setiap pelukis mestilah belajar melukis dan kemudian perlahan-lahan meningkat naik hingga menjadi pelukis yg terkemuka; 2. tidak kuat (percakapan, suara), lembut: cakaplah perlahan-lahan sedikit supaya tidak didengar orang; 3. tidak dgn tenaga yg banyak, tidak kuat-kuat, sedikit-­sedikit: meriam itu ditarik perlahan-lahan; memperlahankan 1. menjadikan perlahan, memperlambat: apabila menghampiri persimpangan jalan ia ~ kereta yg dipandunya; 2. mengecilkan suara atau bunyi: perlahankan sedikit radio itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.la.han] | ڤرلاهن

Definisi : 1 tidak tergesa-gesa; lambat-lambat: berjalan dgn ~. 2 tidak kuat atau tidak nyaring bunyinya; lembut: Bercakaplah ~ sedikit. 3 tidak dgn tenaga yg banyak; tidak kuat-kuat: Tekan pin itu dgn ~. memperlahankan 1 membuat jadi perlahan; melambatkan: Dia ~ keretanya. 2 merendahkan atau mengecilkan bunyi sesuatu: ~ radio. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perlahan
Kata Terbitan : perlahan-lahan, memperlahankan,

Puisi
 

Anak burung terbang perlahan,
     Hinggap mari ranting kayu;
Kalau nak beli buah setandan,
     Tentu bercampur masak layu.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Seperti gunting makan dihujung.

Bermaksud :

Membalas dendam ataupun berbuat sesuatu dengan diam-diam, dan perlahan-lahan tetapi berhasil.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
slow playerpemain perlahanpemain perlahanpemain perlahanSukan
slow infectioninfeksi perlahanjangkitan perlahanjangkitan/infeksi perlahanPerubatan
low speed stallanjlok perlahanpegun laju perlahanpegun perlahanKejuruteraan Kapal Terbang
slow release formulationformulasi lepas perlahanformulasi lepas perlahanformulasi lepas perlahanPertanian
easy to starboardperlahan ke kananTiadaperlahan ke kananSukan
easy to portperlahan ke kiriTiadaperlahan ke kiriSukan
dead slow asternmundur perlahan sekaliTiadaundur perlahan sekaliSukan
dead slow aheadmaju perlahan sekaliTiadamaju perlahan sekaliSukan
slow playmain pelanmain perlahanmain perlahanSukan
slow-releaselepas lambatlepas perlahanlepas perlahanPerubatan
12

Kembali ke atas