Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.la.kuan] | ڤرلاکوان

Definisi : apa yg dilakukan, perbuatan: kedua-dua orang tua itu sedikit pun tidak tercium akan ~ kedua-dua orang anak muda itu; tarian yg sering dianggap hiburan bagi sesetengah kaum adalah ~ ritual; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.la.kuan] | ڤرلاکوان

Definisi : perbuatan (hal dsb) berlaku atau berperangai: ~ pihak musuh yg sangat kejam itu tidak patut dibiarkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perlakuan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
gejala pembuangan bayi atau gejala membuang bayi atau gejala buang bayi ? perlakuan membuang bayi atau perlakuan buang bayi atau perlakuan pembuangan bayi?1. Gejala pembuangan bayi. 2. Perlakuan membuang bayi.Makna01.07.2014
pelakuan atau perlakuan ? petinju atau peninju ?Yang betul ialah perlakuan bermaksud apa yang dilakukan atau perbuatan. Petinju ialah orang yang berlawan tinju atau ahli tinju, manakala peninju ialah penumbuk atau tinju.Tatabahasa19.12.2009
Apakah perbezaan kelakuan dan perlakuan?Bezanya ialah:

Kelakuan =  tingkah laku, perangai
Perlakuan = perbuatan, berlaku atau berperangai
Makna07.10.2019
Terdapat atau tidak istilah tersendiri untuk perlakuan 'mengangkat dua jari (jari telunjuk dan hantu) ataupun dikenali sebagai peace' dalam Bahasa Melayu?Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk perlakuan mengangkat dua jari (jari telunjuk dan jari hantu).Istilah01.11.2015
Assalamualaikum/Salam sejahtera. Saya inginkan penjelasan tentang penggunaan TAHU dalam ayat berikut : Jika remaja TAHU bahawa perlakuan seks bebas itu ialah perbuatan yang salah dan akan mengundang banyak masalah, pasti mereka akan mengelakkan diri daripada terjerumus ke dalam kancah itu. Pengunaan TAHU atau MENGETAHUI yang lebih tepat? Sekian terima kasih.
Penggunaan kata mengetahui lebih tepat dalam konteks ayat ini.  Jika remaja mengetahui bahawa perlakuan seks bebas itu ialah perbuatan yang salah dan akan mengundang banyak masalah, pasti mereka akan mengelakkan diri daripada terjerumus ke dalam kancah itu.

Penerangan:
Kata dasar mengetahui ialah tahu. Kata mengetahui digunakan dalam ayat aktif. Contoh ayat lain untuk penggunaan kata mengetahui adalah seperti berikut:
Daripada peristiwa buruk yang menimpa rakyat Jepun di Hiroshima dan di Nagasaki itu, dapatlah kita mengetahui betapa kuatnya kuasa bom atom itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tatabahasa31.12.2017
Apakah maksud sumbang mahram?Sumbang mahram bermaksud perlakuan zina yang berlaku antara dua orang anggota ter­dekat daalm sesebuah keluarga, misalnya antara abang dengan adik perempuan atau ayah dengan anak perempuannya.Makna07.09.2016
apakah maksud diskriminasi?Kamus Dewan mendefinisikan diskriminasi sebagai perlakuan membeza-bezakan warna kulit, keturunan, dsb: ~ terhadap bangsa berkulit hitam telah mulai luput sekarang; perkara ~ yang dilakukan oleh pihak yang berkuasa itu tidaklah patut didiamkan sahaja; ~ harga pengenaan harga yang berbeza-beza bagi barang atau perkhidmatan yang sama kepada pembeli yang berlainan; ~ kaum layanan yang ber­beza-beza terhadap kaum yang berlainan kerana prasangka terhadap kemahiran, ke­bolehan, keistimewaan hak dsb; ~ ras diskri­minasi kaum; ~ sosial perihal membeza-bezakan seseorang dari segi kedudukannya dalam masyarakat; berdiskriminasi berbeza tindakan atau layan­­an terhadap sesama anggota masya­rakat kerana berlainan warna kulit, agama, dan lain-lain: para pengarang meramalkan bahawa pengguna media massa ~ dalam membuat pilihan tentang media; mendiskriminasikan membeza-bezakan (dari­ segi layanan): golongan ini telah di­diskriminasikan oleh golongan manusia yang lebih beruntung daripada mereka.Tatabahasa01.02.2013
Saya ingin mencadangkan perkataan komunikasi multi bagi perkataan "multicommunicating". "Multicommunicating" adalah satu perlakuan di mana individu terlibat dalam perbualan "nearly synchronize" melalui perantaraan teknologi komunikasi seperti facebook, emel, sistem perkhidmatan pesanan segera mudah alih, video conference dsb. Sebagai contoh, seorang pegawai sedang bermesyuarat tetapi dalam masa yang sama beliau juga sedang berkomunikasi melalui WhatApps dengan anak beliau di rumah.
Terima kasih atas maklumat tersebut. Untuk makluman, tuan boleh memasukkan maklumat tersebut dalam portal Gerbang Kata untuk berkongsi maklumat dengan Bhg. Perkamusan, DBP dan juga untuk tindakan kami selanjutnya. Tuan boleh melayari http://ekamus.dbp.gov.my/ untuk lebih lanjut mengenai gerbang kata DBP.
Lain-lain27.12.2013
disleksia, sadisme, kapitalisme sibernetikDisleksia tiada dalam rujukan kami. Sadisme ialah perlakuan memuaskan nafsu dgn menyakiti (menyeksa) orang lain. Kapitalisme pula ialah sistem ekonomi dan politik yg pemilikan harta benda, industri, dan perniagaannya lebih banyak tertumpu pd sektor swasta drpd kerajaan, dan syarikat-syarikat digalakkan bersaing antara satu dgn lain utk membuat keuntungan, manakala sibernetik ialah kajian yg berkaitan dgn kawalan dan komunikasi pd sistem elektronik yg kompleks, serta pd sistem saraf dan otak haiwan, khususnya manusia. Harap maklum.Makna28.09.2007
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. Saya ingin membuat pengesahan berkenaan perkataan berikut; 1) persepsi kebolehgunaan - perceived usefulness 2) perceived ease of use - persepsi kemudahgunaan 3) behavioral intention - hasrat perlakuan Terima kasihCadangan terjemehan bagi frasa yang diberikan ialah:
1) perceived usefulness - kebergunaan anggapan
2) perceived ease of use - kemudahan penggunaan yang diamati
3) behavioral intention - niat perlakuan
Makna16.02.2022
12345

Kembali ke atas