Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.la.kuan] | ڤرلاکوان

Definisi : apa yg dilakukan, perbuatan: kedua-dua orang tua itu sedikit pun tidak tercium akan ~ kedua-dua orang anak muda itu; tarian yg sering dianggap hiburan bagi sesetengah kaum adalah ~ ritual; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.la.kuan] | ڤرلاکوان

Definisi : perbuatan (hal dsb) berlaku atau berperangai: ~ pihak musuh yg sangat kejam itu tidak patut dibiarkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perlakuan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cruel treatmentperlakuan kejamUndang-undangUndang-undang AntarabangsaLayanan buruk yang tidak memenuhi kriteria penderaan, sama ada secara fizikal atau mental, perbuatan atau peninggalan. Berbeza dengan perlakuan merendahkan dan perlakuan tak berperikemanusiaan, ciri perlakuan kejam ini paling kurang tumpuan pada nilai kehormatan tetapi lebih tertumpu pada aspek kesakitan dan penderitaan. Contohnya, perbuatan pegawai polis yang menggunakan senjata secara kejam dan tidak mengikut prosedur terhadap seseorang sehingga mendatangkan kecederaan pada orang tersebut. Lihat juga peninggalan, perlakuan merendahkan, perlakuan tak berperikemanusiaan.
conductalir; kelakuan;perlakuanEkonomiTiada2. Perlakuan: Apa yang dilakukan sebagai strategi sesebuah firma dalam pasaran, yang sebahagian besarnya melibatkan strategi penentuan harga, pengeluaran, dan promosi untuk meningkatkan prestasinya.
disuse theoryteori tidak digunaPsikologiPsikologi UmumTeori yang mengutamakan amalan atau kegunaan. Mengikut teori ini, perlakuan yang tidak diamalkan akan menjadi lemah atau lenyap meskipun diberikan rangsangan. Sekiranya sesuatu hubungan rangsangan dengan perlakuan tidak diperkukuhkan dalam masa tertentu, lama-kelamaan perlakuan itu berkemungkinan besar tidak akan mengikut rangsangan yang diaplikasikan. Contohnya, dalam teori kognitif, ingatan terhadap sesuatu akan luntur sekiranya jarang atau tidak digunakan.
structure-conduct-performance paradigmparadigma struktur perlakuan prestasiEkonomiTiadaModel yang berasaskan idea bahawa struktur pasaran, iaitu bilangan firma dan penguasaan pasaran menentukan perlakuan pengurusan dan seterusnya mempengaruhi prestasi industri, terutamanya dari segi harga dan keuntungan.
hypothesis nullhipotesis nolSains ForensikTiadaHipotesis yang menerangkan perlakuan statistik satu set data yang dianggap sah sehingga perlakuan data sebenar bercanggah dengan anggapan ini. Hipotesis nol biasanya diutarakan oleh pihak pendakwa atau pihak plaintif. Simbol H0.
cyber crimejenayah siberKriminologiKeadilan JenayahPerlakuan jenayah yang menggunakan apa-apa jenis peranti elektronik melalui rangkaian perkhidmatan Internet yang membolehkan perlakuan jenayah terhadap seseorang individu atau sekumpulan orang atau organisasi. Jenayah ini mampu dilakukan dengan cepat, mudah dan dalam tempoh masa yang singkat dan boleh merentasi sempadan sesebuah negara. Contohnya, penggodaman sistem, penipuan dalam talian dan penyebaran virus komputer.
contextual interferenceinterferens berkonteksSains SukanBiomekanikGangguan dalam prestasi dan pembelajaran kemahiran, kesan daripada perbuatan mempelajari satu perlakuan yang mempunyai hubungan dengan perlakuan lain dalam kelas yang sama. Contohnya, gangguan semasa mempelajari teknik ayunan golf yang baharu, setelah teknik ayunan yang berbeza daripada sebelumnya dikuasai oleh seseorang pemain.
imitationimitasiKesenianDrama dan Teater1. Teori Aristotle yang merujuk lakonan sebagai peniruan kehidupan. 2. Perlakuan yang meniru tingkah laku dan peristiwa daripada kehidupan sebenar. Perlakuan ini terhasil melalui proses saringan dramatik.
affordancekebolehmampuanSains SukanBiomekanikKeterhadan terhadap perlakuan yang boleh dibenarkan dengan merujuk pertalian yang wujud antara persekitaran dengan lakuan motor. Contohnya, dalam terowong yang sempit, yang hanya membolehkan seseorang merangkak kerana keadaan persekitaran tersebut tidak membenarkan perlakuan lain, seperti berlari.
Heisenberg uncertainty principleprinsip ketakpastian HeinsenbergFarmasiTiadaPrinsip yang menyatakan bahawa momentum dan kedudukan zarah seperti elektron mustahil dapat diukur dengan tepat. Ketakpastian ini tidak mempunyai kaitan dengan ralat dalam alat pengukuran atau ralat yang dihasilkan oleh pencerap, tetapi timbul daripada kenyataan bahawa zarah juga mempunyai perlakuan seperti perlakuan gelombang dan mengganggu sistem dengan cara yang tidak dapat diramalkan.
12345678910...

Kembali ke atas