Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.lin.du.ngan] | ڤرليندوڠن

Definisi : 1. tempat yg melindungi, tempat berlindung: pd hari hujan, atap itu menjadi ~; 2. perihal (tindakan dsb) melindungi (mis dgn bantuan, pertolongan,dll): pemerintahan Ghassan sentiasa men­dapat ~ kerajaan Rom; industri kecil spt ikan bertin dan barang-barang plastik tidak mendapat ~ tarif; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.lin.du.ngan] | ڤرليندوڠن

Definisi : 1 perbuatan atau hal berlindung. 2 bantuan; pertolongan: Orang-orang kaya patut memberikan ~ kpd orang-orang susah. 3 tempat bersembunyi atau tempat berlindung: Apabila semboyan berbunyi, kami berlari mencari lubang ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Jangan bersandar di batang rengas.

Bermaksud :

Tidak usah mencari perlindungan pada orang besar yang jahat.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang mana satu adalah istilah yang lebih tepat “keselamatan perlindungan” atau “perlindungan keselamatan” dan kenapa?Kedua-dua frasa "keselamatan perlindungan" atau "perlindungan keselamatan" boleh digunakan mengikut konteks ayat atau maksud yang hendak disampaikan.Makna29.09.2019
Assalamua'alaikum/Salam Sejahtera, Saya mempunyai dua pilihan bagi menterjemah "Total Pandemic Protection" iaitu: a) Perlindungan Penuh Pandemik b) Perlindungan Pandemik Penuh Saya ingin memohon nasihat Tuan/Puan mana satu daripada pilihan di atas yang lebih sesuai atau betul. Terima kasih.Kami mencadangkan Total Pandemic Protection diterjemahkan sebagai "Perlindungan Pandemik Menyeluruh", "Perlindungan Pandemik Total" atau "Perlindungan Pandemik Lengkap". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Penyemakan dan penterjemahan21.01.2022
maksud perlindunganMakna perlindungan ialah tempat yg melindungi, tempat berlindung: pd hari hujan, atap itu menjadi ~; 2. perihal (tindakan dsb) melindungi (mis dgn bantuan, pertolongan, dll): pemerintahan Ghassan sentiasa mendapat ~ kerajaan Rom; industri kecil spt ikan bertin dan barang-barang plastik tidak mendapat ~ tarif;Makna08.11.2009
apakah beza diantara perkataan pelindungan dengan perlindungan? Frasa yang betul adalah 'pelindungan pengguna' atau 'perlindungan pengguna'?Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perlindungan ialah  1. tempat yg melindungi, tempat berlindung: pd hari hujan, atap itu menjadi ~; 2. perihal (tindakan dsb) melindungi (mis dgn bantuan, pertolongan, dll) : pemerintahan Ghassan sentiasa mendapat ~ kerajaan Rom; industri kecil spt ikan bertin dan barang-barang plastik tidak mendapat ~ tarif; manakala istilah pelindungan pula merujuk istilah lama, iaitu bilik air, jamban, tandas: maka pd sekali persetua, kuda kenaikan baginda jatuh ke dlm ~. Oleh itu, berdasarkan takrifan di atas, frasa yang betul ialah perlindungan pengguna. Istilah29.06.2009
Ayat yang mana satukah menepati kehendak tatabahasa Melayu? Adakah ketiga-tiga ayat boleh diterima? Pohon penjelasan untuk jawapan tuan. 1) Perlindungan akan diberikan kepada orang yang membuat laporan daripada tindakan undang-undang. 2) Perlindungan daripada tindakan undang-undang akan diberikan kepada orang yang membuat laporan. 3) Perlindungan kepada orang yang membuat laporan daripada tindakan undang-undang akan diberikan.Ayat yang gramatis ialah ayat kedua, Perlindungan daripada tindakan undang-undang akan diberikan kepada orang yang membuat laporan.Tatabahasa19.06.2012
tatacara atau tata cara perlindungan atau pelindungan saguhati atau sagu hati kakitangan atau kaki tanganTatacara, perlindungan, sagu hati, kakitangan.Tatabahasa06.10.2009
Salam Sejahtera. Mohon pengesahan, yang mana betul : "Perlindungan Hak Harta Intelek" atau "Pelindungan Hak Harta Intelek". Terima kasih.Salam Sejahtera. Yang betul ialah Perlindungan Hak Harta Intelek. Sekian. Terima kasih.Tatabahasa10.08.2017
Tentukan kata berikut sama ada kata nama tunggal atau kata nama majmuk: 1) UKM 2) Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara 3) Kugiran 4) Pusat Perlindungan Hidupan Liar 5) Profesor Emeritus 6) Profesor Ir. Dr. Mohd Ali bin Hashim 7) Kuala Lumpur 8) Anugerah Hari Kemerdekaan NegaraKata Nama dibahagikan kepada (i) kata nama tunggal, (ii) kata nam aterbitan, (iii) kata nama majmuk, dan (iv) kata nama ganda. Kata Nama Tunggal ialah perkataan yang terdiri daripada satu morfem bebas sahaja, dan perkataan yang demikian boleh masuk ke dalam ayat sebagai perkataan yang lengkap dan menjadi inti pada frasa nama. Contoh kata nama tunggal ialah yu, wanita, ADUN, Proton, Bernama, dan jentolak.

Kata Nama Majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata nama majmuk dieja terpisah, contohnya guru besar, Leftenan Jeneral, temu duga, dan anak emas.

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tatabahasa26.03.2018
Salam. Adakah ayat di bawah ini betul? Menurut Jabatan Perlindungan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), spesies Harimau Malaya dan seladang serta penyu spesies terancam.Ayat yang betul ialah: Menurut Jabatan Perlindungan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), spesies harimau Malaya, seladang dan penyu merupakan spesies yang terancam.Tatabahasa15.01.2022
Salam sejahtera tuan, saya ada beberapa soalan. 1. Adakah para penduduk betul? 2. Berpuluh-puluh ribu orang telah datang dari mana-mana untuk menyaksikan konsert itu. Adakah mana-mana betul? 3. i) Ya, Allah, aku memohon perlindungan-Mu. ii) Ya, Allah, aku memohon perlindungan-Kau. Ayat manakah yang lebih tepat? Terima kasih.

1. Frasa “para penduduk” adalah betul.
2. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan “mana-mana” bermaksud 1. mana pun, barang apa pun, setiap 2. siapa-­siapa, barang siapa. Oleh itu, perkataan “mana-mana” tidak boleh digunakan dalam contoh ayat yang diberikan. Ayat yang lebih tepat ialah “Berpuluh-puluh ribu orang datang dari pelbagai tempat untuk menyaksikan konsert itu”.

3. Ayat yang lebih tepat ialah “Ya Allah, kami memohon perlindungan-Mu”.

Tatabahasa25.01.2022
123456

Kembali ke atas