Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.lin.du.ngan] | ڤرليندوڠن

Definisi : 1. tempat yg melindungi, tempat berlindung: pd hari hujan, atap itu menjadi ~; 2. perihal (tindakan dsb) melindungi (mis dgn bantuan, pertolongan,dll): pemerintahan Ghassan sentiasa men­dapat ~ kerajaan Rom; industri kecil spt ikan bertin dan barang-barang plastik tidak mendapat ~ tarif; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.lin.du.ngan] | ڤرليندوڠن

Definisi : 1 perbuatan atau hal berlindung. 2 bantuan; pertolongan: Orang-orang kaya patut memberikan ~ kpd orang-orang susah. 3 tempat bersembunyi atau tempat berlindung: Apabila semboyan berbunyi, kami berlari mencari lubang ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Jangan bersandar di batang rengas.

Bermaksud :

Tidak usah mencari perlindungan pada orang besar yang jahat.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
perlindunganprotectionProses melindungi haiwan atau tumbuhan daripada kecederaan, jangkitan atau penyakit.Sekolah Rendah
tempat perlindunganshelterStruktur yang dapat melindungi manusia atau haiwan daripada bahaya. Contohnya, gua.Sekolah Rendah
pengimunanimmunisationProses mendapatkan perlindungan daripada penyakit melalui suntikan vaksin atau antiserum.Menengah Rendah
pemuliharaanconservationProses penjagaan dan perlindungan alam sekitar. Contohnya, menanam semula pokok.Sekolah Rendah
perumahhostOrganisma yang digunakan oleh parasit sebagai tempat tinggalnya, serta sebagai sumber makanan dan perlindungan.Menengah Rendah
rangkaskeletonStruktur yang menyokong badan dan melindungi organ-organ dalaman. Rangka menentukan bentuk badan, memberikan perlindungan kepada tisu lembut dan juga menyediakan permukaan untuk pelekatan otot.Menengah Rendah
habitathabitatTempat tinggal organisma. Ia mempunyai keperluan seperti makanan, ruang untuk membiak dan membesar, serta perlindungan.Menengah Atas

Kembali ke atas