Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.lum.ba.an] | ڤرلومباءن

Definisi : 1. perlawanan kecepatan (ber­lari, berperahu, dll), lumba: ~ lari 100 meter; ~ perahu; 2. tempat berlumba; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.lum.ba.an] | ڤرلومباءن

Definisi : 1 perbuatan atau hal berlumba: ~ jalan kaki. 2 tempat (gelanggang) berlumba. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lumba (kata nama)
Bersinonim dengan perlawanan, peraduan, pertandingan;,
Kata Terbitan : berlumba-lumba, berlumba-lumbaan, memperlumbakan, perlumbaan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
maksud pertandinganPertandingan membawa maksud; perihal bertanding, perlawanan (bola dll), perlumbaan (berlari, berenang, dll), peraduan: satu ~ menembak dgn menggunakan pistol akan diadakan di Jalan Padang Tembak; 2. perihal bersaing, perlumbaan (utk mencapai kejayaan dll), persaingan; 3. perbandingan.Makna24.04.2009
1. Saya ingin mengetahui perbezaan makna rangkai kata ' pada peringkat' dengan ' di peringkat'. 2.Yang manakah ayat yang betul (a)Saya berjaya mencatat kemenangan dalam perlumbaan itu. ATAU (b) Saya berjaya mencatatkan kemenangan dalam perlumbaan itu.

Kata di digunakan untuk tempat sahaja. Kata pada digunakan untuk masa, orang, binatang, benda abstrak, dan benda konkrit tertentu.

Contoh:
     a. Di musim durian, Zainal mendapat banyak wang. (salah)
     ~  Pada musim durian, Zainal mendapat banyak wang. (betul)

     b. Ayu berkebun pada belakang rumah. (salah)
     ~  Ayu berkebun di belakang rumah (betul)

Untuk yang manakah ayat yang betul, ayat (b) ialah ayat yang betul untuk digunakan.

Tatabahasa07.10.2017
1.bagaimanakah cara mengeja perkataan yang mempunyai awalan peR-...peN-? contohnya : Pelaksanaan or perlaksanaan / perlancongan or perlancongan /perlumbaan or pelumbaan? 2.ejaan pelibatan / penglibatan?

1. Kedua-dua perkataan pelaksanaan dan perlaksanaan adalah betul. Menurut Kamus Dewan,  pelaksanaan bermaksud perihal, perbuatan atau proses melaksanakan (menjalankan, mengusahakan) rancangan (tugas dsb). Perlaksanaan bermaksud hasil daripada melaksanakan (mengerjakan, menyelesaikan) sesuatu rancangan (tugas dsb).

2. Ejaan yang betul ialah pelancongan dan perlumbaan.

3. Kedua-dua perkataan pelibatan dan penglibatan  mempunyai maksud yang sama dan boleh digunakan.

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (muka surat 108 - 133) untuk mengetahui lebih lanjut tentang awalan peR- dan peN-.

Tatabahasa24.05.2011
Salam Tuan, Pada balapan perlumbaan bagi acara pecut atau larian, terdapat dua bahagian balapan lurus yang dikenal sebagai "home straight" dan "back straight". Saya ingin tahu apakah padanan bahasa Melayu bagi dua istilah tersebut? Sekian, terima kasih.Dalam data kami, tiada padanan bahasa Melayu bagi perkataan back straight dan home straight. Kami akan mengemukakan istilah ini ke jawatankuasa istilah untuk mencari padanan bahasa Melayu yang tepat.Istilah18.10.2013
Apakah maksud perkataan Sayembara?Sayembara ialah pertandingan (perlumbaan, peraduan, dll) untuk mendapat hadiah. Sila manfaatkan kemudahan yang disediakan www.prpm.dbp.gov.my untuk mendapatkan pelbagai maklumat, dan untuk penerangan lanjut tentang sayembara layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=sayembara.Makna06.01.2014
Selamat petang. Mohon pencerahan. 1. Bangsa Arab terkenal dalam sejarah sebagai pengembara yang hebat. Kata terkenal dalam ayat 1 ialah kata kerja atau kata adjektif? 2.Pelumba yang memenangi perlumbaan itu sangat terkenal. Kata terkenal dalam ayat 2 ialah kata kerja atau kata adjektif? Terima kasih.1. Bangsa Arab terkenal dalam sejarah sebagai pengembara yang hebat. Terkenal - kata kerja tak transitif
2. Pelumba yang memenangi perlumbaan itu sangat terkenal. Terkenal - kata adjektif 
Tatabahasa25.07.2021
Selamat pagi Tuan/Puan, Saya ingin tanya apakah perbezaan kejuaraan pertandingan perlawanan Bolehkah tuan/puan menjelaskannya bersertakan contoh penggunaan? Terima kasih :)Pertandingan, perlawanan dan kejuaraan mempunyai maksud yang sama, iaitu perihal bertanding, perlumbaan, peraduan, kejohanan. Contoh ayat: 1. Pasukan Selangor telah memenangi kejuaraan/perlawanan bola sepak Malaysia. 2. Pemenang Pertandingan Teka Silang Kata telah diumumkan semalam.Tatabahasa13.08.2021
Penggunaan istilah 'samseng jalanan' yang rasmi? Istilah ini merujuk kepada golongan mana dan adakah 'mat rempit' termasuk dalam istilah ini atau istilah ini sememangnya dirujuk kepada 'mat rempit'?Istilah samseng jalanan digunakan bagi menggantikan istilah mat rempit yang diberikan kepada penunggang motosikal yang terlibat dalam perlumbaan haram.Istilah22.03.2010
Salam, Saya ingin menanyakan apakah perkataan yang sesuai untuk sukan kereta drift? Saya pernah terbaca drift yang diterjemahkan sebagai hanyut, melayang dan lain-lain. Oleh itu, saya ingin mendapat pendapat dari pihak DBP apakah istilah yang sesuai untuk perkataan drift ini? Terima kasih.Kami mencadangkan sukan drift sebagai padanan dalam bahasa Melayu untuk sukan perlumbaan kereta yang dimaksudkan.Istilah22.05.2019
definisi untuk; 1. Pertanyaan : 2. Aduan : 'Dalam konteks umum dan juga konteks KPM'

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, pertanyaan ditakrifkan sebagai 1. perihal bertanya, permintaan keterangan; 2. apa yg ditanyakan, soalan: Cikgu baru menerangkan ~ Engku Tahir yg kedua; 3. ki persoalan, masalah: maka timbullah ~-~ kpd seluruh bangsa Melayu; ~ keliling berbagai-bagai pertanyaan yg dihantarkan selepas sesuatu agenda mesyuarat dll; manakala aduan pula ialah 1. pertandingan, perlumbaan: ~ kuda; 2. yg diadu, sabungan: ayam ~; 3. hal atau perkara yg diadukan (diberitahukan): segala ~ itu sedang disiasat oleh polis.

Istilah13.11.2009
12

Kembali ke atas