Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.mai.da.ni] | ڤرمايداني

Definisi : hamparan drpd bulu domba dll (berwarna-warna), ambal: di lantai terhampar ~ yg luas, tebal dan berbunga-bunga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.mai.da.ni] | ڤرمايداني

Definisi : tikar baldu yg dibuat drpd bulu kambing biri-biri dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
permaidani (kata nama)
Bersinonim dengan hamparan, ambal, sejadah, tikar, guderi, kain katifah, babut.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kedai Permaidani Fatimah CarpetUntuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukan Khidmat Nasihat DBP.Lain-lain06.01.2015
Apakah penjodoh bilangan bagi permaidani/karpet? Adakah bidang, helai, hampar atau gulung? Terima kasih

Tidak semua benda perlu diberikan penjodoh bilangan kerana penjodoh bilangan lazimnya mengikut bentuk atau konsep sesuatu benda, konteks penggunaan dan kesesuaian dalam ayat.  Contohnya, jika permaidani tersebut dalam bentuk gulungan, penjodoh bilangannya ialah segulung permaidani.

Tatabahasa09.06.2021
Chee Wei [meletakkan ] sebidang permaidani di ruang tamu rumahnya.Mengapakah kita tidak menggunakan menghamparkan atau menguruskan?Perkataan menghamparkan juga boleh digunakan dalam ayat tersebut. Manakala untuk perkataan menguruskan, tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut. Lain-lain21.08.2021
Kulit kacang Dan kuaci serta plastik pembungkus makanan ( )di atad meja Dan permaidani itu. Berserakan /Bersepahan Kedua-Dua jawapan Ini boleh terima ? Terima kasihKedua-duanya boleh digunakan.Tatabahasa27.07.2016
Asalamualaikum Saya ingin dapatkan terjemahan bagi perkataan-perkataan di bawah. Ia dalam konteks produk kelengkapan rumah dan perabot. 1. floor standing (attached to the wall) 2. floor standing (under washbasin) 3. free standing (pada perabot) 4. wash stand (sangga sink - adakah ini tepat? Ia kaki untuk menompang sink) 5. stand (seperti cake stand, clothes stand, mirror stand) 6. open wash stand 7. side mounted 8. top-mounted 9. wall-mounted (lekap dinding) 10. under mounted 11. washbasin mounted 12. surface mounted 13. self-cleaning (pembersihan sendiri untuk ketuhar) 14. table stand (sangga meja) 14. over-the-door 15. manual clean 16. hand-woven (untuk pemaidani/ambal) 17. hand-knotted (untuk permaidani/ambal) 1 18. hand-tufted (untuk permaidani/ambal) Terima kasihTerjemahan yang sesuai bagi perkataan berikut ialah:
1. floor standing (attached to the wall) - Barangan boleh berdiri
2. floor standing (under washbasin)  - Sinki boleh berdiri
3. free standing (pada perabot) - Perabot boleh berdiri
4. wash stand - Penyokong Sinki
5. stand (seperti cake stand, clothes stand, mirror stand) - Penyokong Barang atau Penyokong Perabot
6. open wash stand - Penyokong Sinki Terbuka
7. side mounted - Sisi Bingkai
8. top-mounted - Permukaan Bingkai
9. wall-mounted (lekap dinding) - Perabot lekap
10. under mounted -  Bawah Dinding
11. washbasin mounted - Sinki lekap
12. surface mounted - barangan siling 
13. self-cleaning - Penyucian Sendiri
14. table stand - Penyokong Meja
14. over-the-door - Sila berikan contoh dalam ayat 
15. manual clean - Penyucian Secara Manual
16. hand-woven (untuk pemaidani/ambal) - Permaidani Tenunan Tangan
17. hand-knotted (untuk permaidani/ambal) - Permaidani  Simpul Tangan
18. hand-tufted (untuk permaidani/ambal) - Permaidani Tuf Tangan
Terima kasih
Makna01.09.2020
salam . apa beza menghamparkan dan membentangkan. saya rujuk kamus makna sama . apakah jawapan yang tepat bagi soalan berikut Pak Hamid _________ permaidani yang baru dibelinya dari Iran. A membentangkan B menghamparkan C memasang.Merujuk Kamus Dewan membentangkan sama makna dengan menghamparkan, iaitu membuka sesuatu daripada gulungan atau lipatan luas-luas. Oleh itu perkataan membentangkan (A) dan Menghamparkan (B) boleh menjadi jawapan kepada soalan tersebut.Tatabahasa10.03.2010
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan dapat memberikan terjemahan yang sesuai bagi istilah-istilah berikut: 1. Laboratory Dounce Homogenizer 2. Festooning Machine 3. Tobacco Kiln 4. Vertical Carpet Underlay Cutting Machine 5. Tape Layering Machine 6. Rebond Carpet Underlay Form Machine 7. Rubber Carpet Underlay Extruding Machine Sekian, terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:

1. Laboratory Dounce Homogenizer – Penghomogen Dounce Makmal

2. Festooning Machine – Mesin Pemfestunan

 3. Tobacco Kiln – Tanur Tembakau

4. Vertical Carpet Underlay Cutting Machine – Mesin Pemotong Alas Permaidani Tegak

 5. Tape Layering Machine – Mesin Pelapisan Pita

6. Rebond Carpet Underlay Form Machine- Mesin Bentuk Alas Permaidani Ikat Semula

 7. Rubber Carpet Underlay Extruding Machine – Mesin Penyemperitan Alas Permaidani Getah

Istilah27.05.2016
Asalamualaikum Apakah istilah dalam bahasa melayu yang sesuai dengan perkataan-perkataan berikut: 1. floor standing (attached to the wall) 2. floor standing (under washbasin 3. free standing (pada perabot) 3. wash stand (sangga sink - adakah ini tepat? Ia kaki untuk menompang sink) 4. stand (seperti cake stand, clothes stand, mirror stand) 5. open wash stand 6. side mounted 7. top-mounted 8. wall-mounted (lekap dinding) 9. under mounted 10. washbasin mounted 11. surface mounted 12. self-cleaning (pembersihan sendiri untuk ketuhar) 13. table stand (sangga meja) 14. over-the-door 15. manual clean 16. hand-woven (untuk pemaidani/ambal) 16. hand-knotted (untuk permaidani/ambal) 17. hand-tufted (untuk permaidani/ambal) Terima kasihWaalaikumussalam...
Mohon berikan perkataaan yang hendak diterjemahkan bersama-sama contoh ayat supaya kami dapat memberikan terjemahan yang sesuai mengikut konteks ayat yang diberikan.
Sekian terima kasih 
Makna27.08.2020
Bagaimanakah hendak membezakan penjuru dan tepi?Untuk membezakan kata penjuru dan kata tepi, anda perlu tahu makna yang terkandung dalam kata tersebut. Sila fahami takrif kedua-dua kata ini seperti yang terakam dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) di bawah:

penjuru 1 kata nama
1 tempat bertemunya dua garisan, sisi atau permukaan; sudut.
Contoh penggunaan:
Dia mengambil talam yang terletak di penjuru meja.
Kertas itu dicampakkannya ke dalam bakul sampah yang terletak di penjuru bilik.

2
tempat yang paling hujung dan terpencil di sesebuah kampung, negeri dan sebagainya; ceruk.
Contoh penggunaan:
Bangunan pencakar langit dan hutan batu memenuhi setiap penjuru bandar raya.

3
bahasa kiasan
ruang dalam fikiran, hati dan sebagainya:
Contoh penggunaan:
Kemelut yang berlegar-legar di penjuru fikirannya membuatkan dia gelisah.
Kata-kata itu tertancap terus ke penjuru hatinya.

tepi kata nama
1 bahagian bidang, permukaan dan sebagainya yang di luar sekali.
Contoh penggunaan:
Bahagian tepi kain dikemas dan dikelepet bertindih.
Salutkan permukaan dan tepi kek dengan krim mentega.

2
bahagian yang terletak di kiri atau di kanan seseorang atau sesuatu:
Contoh penggunaan:
Hanya bunyi kiut gerakan dayung dan tamparan ombak memukul tepi perahu.

3 tempat atau kawasan berhampiran dengan dinding, sawah, air laut dan lain-lain.
Contoh penggunaan:
Ramai juga yang membuat khemah dan unggun api di tepi pantai.
Mereka berehat melepaskan lelah di tepi sawah.

4 sempadan di antara satu dengan yang lain:
Contoh penggunaan:
tepi hutan; tepi kota; tepi langit;

5 sesuatu yang dipasang pada pinggir baju, kain dan lain-lain supaya tidak retas:
Contoh penggunaan:
Tiba-­tiba kakinya tersadung tepi permaidani.
tepi langsir;

6 Matematik garisan yang menyambungkan satu poligon atau yang menemukan dua muka dalam pepejal tiga dimensi, misalnya kuboid mempunyai 12 tepi dan piramid bertapak sisi empat mempunyai 8 tepi.

Setiap kata mempunyai makna yang tertentu mengikut konteks dan penggunaannya.

Untuk carian pantas berkaitan kata dalam bahasa Melayu, sila layari prpm.dbp.gov.my.

Makna19.09.2023

Kembali ke atas