Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.mai.da.ni] | ڤرمايداني

Definisi : hamparan drpd bulu domba dll (berwarna-warna), ambal: di lantai terhampar ~ yg luas, tebal dan berbunga-bunga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.mai.da.ni] | ڤرمايداني

Definisi : tikar baldu yg dibuat drpd bulu kambing biri-biri dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
permaidani (kata nama)
Bersinonim dengan hamparan, ambal, sejadah, tikar, guderi, kain katifah, babut.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Dutchmanpenyambung permaidani BelandaKesenianHiasan DalamanPenyambungan permaidani tambahan kepada permaidani utama. Kerja penyambungan ini dianggap sebagai suatu kecacatan. Oleh itu, perancangan awal yang teliti boleh mengurangkan berlakunya penyambungan tersebut, sekali gus mengelakkan pembaziran dan ketidakseragaman.
kelarai permaidanikelarai permaidaniKesenianTiadaCorak anyaman berunsur geometri yang mengambil sempena nama penciptanya iaitu Cik Kedah. Kelarai ini menggunakan anyaman gadas sebagai sempadan dan dikenali juga dengan nama kelarai Cik Kedah berakar.
Persian carpetpermaidani ParsiKesenianHiasan DalamanPermaidani yang dianggap penting dalam seni dan budaya Parsi kerana tenunannya merupakan suatu kemahiran terulung dalam seni dan budaya Parsi. Berdasarkan bukti yang ditemui oleh pengkaji, seni tenunan ini telah bermula sejak zaman Parsi purba. Permaidani Parsi terbahagi kepada tiga, iaitu: 1. Farsh/Qalii' (ukuran melebihi 6'0'x 4'0') 2. Qalicheh (ukuran tidak melebihi 6'0' x 4'0') 3. Kilim(permaidani nomad, termasuklah Zilu yang bermaksud permaidani kasar). Sinonim 'ambal parsi'.
Aubusson carpetpermaidani AubussonKesenianHiasan DalamanPermaidani atau dewangga yang ditenun tangan, tanpa jalur bebenang menegak. Permaidani ini dinamakan Aubusson sempena sebuah bandar di Perancis yang terkenal dengan kehalusan tenunan permaidaninya sejak kurun ke-15.
Axminster carpetpermaidani AxminsterKesenianHiasan DalamanPermaidani mewah dan bermutu tinggi, yang pembuatannya diasaskan sekitar tahun 1700 di Axminster, England. Pail diikat pada jerami yang keras atau gentian sintetik yang merentangi kelebaran permaidani. Pail terbentuk daripada yarn yang dipotong dan ditenun dengan gabungan warna corak flora atau geometri.
carpet sweeperpenyapu permaidaniSosiologiTiadaAlat yang digunakan untuk membersihkan permaidani, tikar atau hamparan.
carpet pagemuka surat permaidaniKesenianTiadaHalaman manuskrip yang berkilau dan bercorak seperti permaidani lama.
carpet fibers .fiber karpetKesenianHiasan DalamanSerat yang digunakan untuk membuat permaidani. Biasanya, serat seperti bulu kambing dipintal dalam bentuk panjang atau pendek, bercorak serta bergelombang untuk membentuk pail dan akan diwarnakan sebelum atau selepas dijadikan permaidani. Terdapat beberapa cara untuk mewarnakan permaidani, antaranya adalah dengan mencelup gegelung, mencelup pakej, mencelup permukaan dan mencetak rendaman.
carpetpermaidaniKesenianHiasan DalamanHamparan lembut yang diperbuat daripada bulu kambing atau bahan sintetik yang direka menjadi corak dan hiasan yang menarik dan diletakkan di lantai sesebuah ruang sebagai kemasan. Pemilihan permaidani sebagai kemasan lantai bertujuan menjadikan ruang lebih menarik, sesuai dengan konsep serta tema reka bentuk yang ingin diterapkan.
kelarai Cik Kedah berakarkelarai Cik Kedah berakarKesenianTiadaCorak anyaman berunsur geometri yang mengambil sempena nama penciptanya iaitu Cik Kedah. Kelarai ini menggunakan anyaman gadas sebagai sempadan dan dikenali juga dengan nama kelarai permaidani di Terengganu. kelarai permaidani
123456789

Kembali ke atas