Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.mai.nan] | ڤرماءينن

Definisi : 1. sesuatu yg digunakan utk bermain, sesuatu utk bermain-main sahaja, mainan; 2. perihal bermain, perbuatan ber­main (bola sepak dll): ~ yg paling digemari ialah bola sepak; ~nya kasar; 3. perbuatan yg dilakukan tidak dgn bersungguh-sungguh (utk main-main sahaja); 4. pertunjukan (wayang, sandiwara, dll), pementasan (drama dll): dr bangku sekolah dahulu kau dah mulai cenderung dlm ~ pentas; 5. bp perempuan utk berseronok-seronok sahaja (bukan dijadi­kan isteri): sesudah ditalak oleh suaminya ia menjadi ~ orang sahaja; 6. Id sj barang perhiasan (spt loket yg digantungkan pd kalung dll); 7. sesuatu yg dipermainkan atau dipersendakan: janganlah kamu jadikan agama kamu sbg ejek-ejekan dan ~; ~ puteri Kl cara mengubati penyakit oleh bomoh (me­makai jampi, serapah, alat bunyi-bunyian, dll) dgn jalan bertutur dgn orang yg berada dlm keadaan tidak sedar; hujan panas ~ hari, senang susah ~ hidup prb telah menjadi perkara biasa bahawa hidup manusia itu ada ketikanya senang dan ada ketikanya susah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.mai.nan] | ڤرماءينن

Definisi : 1 apa-apa yg digunakan utk bermain; mainan. 2 perbuatan atau hal bermain; cara bermain: ~ catur patut digalakkan di kalangan anak-anak kita. ~nya sungguh baik. 3 sesuatu yg dilakukan dgn tidak sungguh-sungguh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Sayang serindit punai di Jawa,
     Permainan anak permaisuri;
Pelepah jatuh pucuk ketawa,
     Pangkal juga menahan diri.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Mengadu kucing dengan babi.

Bermaksud :

Bermain ceki dengan bertaruh wang. ceki = sejenis permainan judi Cina.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah maksud permainan tradisiPermainan tradisi bermaksud permainan  atau sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan (adat, kepercayaan, dll) yg kekal turun-temurun, sesuatu yg sudah menjadi amalan yg sudah sebati dgn sesuatu masyarakat (golongan, kumpulan, dsb)Istilah26.11.2009
PERATURAN-PERATURAN TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK Kawasan permainan ini di khaskan untuk kegunaan kanak-kanak yang berumur antara 3 -12 tahun. Pengawasan orang dewasa adalah perlu untuk kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah. PERMAINAN BERSEPADU Untuk mengelakkan daripada bertembung atau berlanggar dengan kanak-kanak lain, bermain secara bergilir-gilir dan berhati-hati. Jangan melompat keluar daripada satu-satu permainan ketika kanak-kanak lain sedang menggunakan satu-satu permainan. JONGKANG-JONGKIT Jangan melompat keluar dari jongkang-jongkit yang sedang bergerak tanpa memberi amaran kepada rakan anda. Jangan berdiri dan berlari di atas papan jongkang-jongkit. Duduk dan pegang kuat-kuat dengan kedua belah tangan. BUAIAN Duduk dan pegang dengan kedua-dua belah tangan, jangan berdiri di atas buaian dan tentukan setiap kali untuk seorang. Jangan berdiri rapat atau berjalan di sekeliling buaian yang sedang bergerak. Jangan melompat keluar dari buaian yang sedang bergerak. Tunggu hingga ia berhenti sepenuhnya.PERATURAN-PERATURAN TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK
Kawasan permainan ini dikhaskan untuk kegunaan kanak-kanak yang berumur antara 3 hingga 12 tahun. Pengawasan orang dewasa adalah perlu untuk kanak-kanak berumur 5 tahun dan ke bawah.

PERMAINAN BERSEPADU
Untuk mengelakkan daripada bertembung atau berlanggar antara satu dengan yang lain, anda dinasihati bermain secara bergilir-gilir dan berhati-hati. Jangan melompat keluar daripada satu-satu alat permainan ketika pengguna lain sedang menggunakan satu-satu permainan.

JONGKANG-JONGKET
Jangan bangun dari jongkang-jongket tanpa memberi amaran kepada rakan anda. Jangan berdiri dan berlari di atas papan jongkang-jongket. Duduk dan pegang kuat-kuat dengan kedua belah tangan.
 
BUAIAN
Duduk dan pegang dengan kedua-dua belah tangan.Jjangan berdiri di atas buaian dan tentukan penggunaan untuk setiap orang. Jangan berdiri rapat atau berjalan di sekeliling buaian yang sedang bergerak. Jangan melompat keluar dari buaian yang sedang bergerak. Tunggu sehingga buaian berhenti sepenuhnya.
Tatabahasa22.11.2013
Soalan yang pertama ingin diajukan adalah tentang Definisi sosiobudaya masyarakat melayu, cina, india dan lain-lain Soalan yang kedua adalah Definisi permainan dari segi permainan pada masa lapang, permainan sebagai hiburan serta kepentingan permainan
 

 

Berdasarkan kamus Dewan Edisi Keempat, sosiobudaya boleh ditakrifkan sebagai  hubungan masyarakat dgn budaya (spt cara hidup, adat istiadat, dll): Contoh ayat: Malaysia mengalami perkembangan pesat dlm ~, ekonomi, dsb. Permainan pula ditakrifkan sebagai  1. sesuatu yg digunakan utk bermain, sesuatu utk bermain-main sahaja, mainan; 2. perihal bermain, perbuatan bermain. Saudara boleh membuat rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau mengunjungi mana-mana perpustakaan/pusat sumber untuk membuat kajian kerana pertanyaan saudara memerlukan penyelidikan yang terperinci.

 
Lain-lain22.02.2009
1.bermain mainan , bermain permainan , bermain alat permainan, atau bermain alat mainan? 2. menonton televisyen atau menonton rancangan televisyen? 3. Kakak menonton rancangan televisyen di ruang tamu dengan khusyuk. ayat ini betul tak?

Mengikut data kami, frasa  1.bermain mainan , bermain permainan , bermain alat permainan, atau bermain alat mainan adalah betul dan penggunaanya  mengikut konteks ayat. Ayat yang gramatis ialah menonton rancangan televisyen. Frasa kakak menonton rancangan televisyen di ruang tamu dengan khusyuk adalah betul.
Lain-lain09.02.2017
alat mainan atau alat permainanMerujuk Kamus Dewan mainan dan permainan bermaksud sesuatu yang digunakan untuk bermain. Berdasarkan huraian tersebut kata mainan dan permainan telah membawa maksud alat tersebut, maka tidak perlu lagi kata alat hadir sebelum permainan. Walau bagaimanapun penggunaan frasa alat permainan telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat.Lain-lain04.05.2016
Tuan/Puan, Apakah terjemahan yang betul untuk "PlayStation Game Controllers"? 1. Alat Kawalan Permainan PlayStation. 2. Pengawal Permainan PlayStation atau kedua-duanya. Terima kasih kerana membantu.

Kami mencadangkan padanan “alat kawalan permainan video PlayStation”. Padanan  ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya.

Penyemakan dan penterjemahan19.05.2023
Permainan dart, adakah dalam Bahasa Melayu kita boleh menggunakan perkataan "dart'?Menurut data kami, padanan bagi dart ialah baling damak.Makna28.06.2019
permainan silang kata klu minyak untuk engin diesel ada 5 konsonen bermula dengan huruf d dan akhir dengan huruf v...Untuk makluman sdr perkhidmatan KNDBP tidak meliputi pertandingan teka silang kata atau apa-apa pertandingan, tugasan pelajar, dan sebagainya. walau bagaimanapun, sdr dinasihatkan menggunakan Kamus Dewan  dalam talian di laman web DBP.Lain-lain10.02.2009
Assalamualaikum, apakah maksud "gameplay" dan "render" dalam bahasa Melayu? Perkataan-perkataan ini berkaitan permainan video. Bagi perkataan "gameplay", ayatnya seperti "Minecraft gameplay" ataupun "gameplay" bagi sesuatu permainan video. "Minecraft" ialah sebuah permainan video. Bagi perkataan "render" pula, boleh dikaitkan dengan frasa "render distance" ataupun jarak permainan itu di'render' atau kelihatan. Sama juga dengan frasa "3D rendering". Harap huraian saya cukup jelas. Sekian, terima kasih. Saya ingin menterjemahkan sebuah permainan video kepada bahasa Melayu dan saya menggunakan laman web ini sebagai rujukan utama tetapi saya tidak menemui maksud "gameplay" dan "render". Harap tuan/puan boleh membantu.Kami mencadangkan padanan bahasa Melayu bagi "gameplay" ialah ciri-ciri permainan berdasarkan konteks penggunaan tuan.
 
Bagi perkataan "render", terdapat pelbagai istilah bahasa Melayu yang boleh dipadankan mengikut kesesuaian. Sila rujuk carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) berkaitan perkataan "render"
 http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=render&d=69812&#LIHATSINI 
Istilah10.10.2019
Salam sejahtera. Pelbagai permainan atau pelbagai jenis permainan? Pelbagai bunga atau pelbagai jenis bunga? Kata pelbagai perlu diikuti jenis? Terima kasih.Menurut Kamus Dewan, pelbagai bermaksud beberapa jenis. Oleh itu, perkataan 'jenis' tidak perlu kerana 'pelbagai' telah membawa maksud tersebut.Tatabahasa26.08.2013
12345678910...

Kembali ke atas