Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.mai.nan] | ڤرماءينن

Definisi : 1. sesuatu yg digunakan utk bermain, sesuatu utk bermain-main sahaja, mainan; 2. perihal bermain, perbuatan ber­main (bola sepak dll): ~ yg paling digemari ialah bola sepak; ~nya kasar; 3. perbuatan yg dilakukan tidak dgn bersungguh-sungguh (utk main-main sahaja); 4. pertunjukan (wayang, sandiwara, dll), pementasan (drama dll): dr bangku sekolah dahulu kau dah mulai cenderung dlm ~ pentas; 5. bp perempuan utk berseronok-seronok sahaja (bukan dijadi­kan isteri): sesudah ditalak oleh suaminya ia menjadi ~ orang sahaja; 6. Id sj barang perhiasan (spt loket yg digantungkan pd kalung dll); 7. sesuatu yg dipermainkan atau dipersendakan: janganlah kamu jadikan agama kamu sbg ejek-ejekan dan ~; ~ puteri Kl cara mengubati penyakit oleh bomoh (me­makai jampi, serapah, alat bunyi-bunyian, dll) dgn jalan bertutur dgn orang yg berada dlm keadaan tidak sedar; hujan panas ~ hari, senang susah ~ hidup prb telah menjadi perkara biasa bahawa hidup manusia itu ada ketikanya senang dan ada ketikanya susah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.mai.nan] | ڤرماءينن

Definisi : 1 apa-apa yg digunakan utk bermain; mainan. 2 perbuatan atau hal bermain; cara bermain: ~ catur patut digalakkan di kalangan anak-anak kita. ~nya sungguh baik. 3 sesuatu yg dilakukan dgn tidak sungguh-sungguh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Sayang serindit punai di Jawa,
     Permainan anak permaisuri;
Pelepah jatuh pucuk ketawa,
     Pangkal juga menahan diri.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Mengadu kucing dengan babi.

Bermaksud :

Bermain ceki dengan bertaruh wang. ceki = sejenis permainan judi Cina.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERMAINAN DAUN TERUP

Permainan daun terup ialah permainan yang

melibatkan nasib atau kemahiran menggunakan

kepingan kadbod yang nipis dan bujur. Setiap kad

atau daun terup ini mempunyai gambar atau tanda

yang tertentu. Beratus-ratus jenis permainan boleh

dimainkan menggunakan daun terup. Beberapa

orang pemain boleh mengambil bahagian, tertakluk

kepada jenis permainan. Permainan patience, atau

solitaire, dimainkan oleh seorang pemain sahaja.

Permainan casino biasanya dimainkan oleh dua

orang pemain. Cribbage atau pinochle boleh

dimainkan oleh dua, tiga atau empat orang.

Permainan bridge atau whist memerlukan empat

orang pemain, manakala permainan canasta

memerlukan dua hingga enam orang pemain . Poker

pula boleh dimainkan oleh seramai sepuluh orang

pada satu-satu masa.

UMUM 
PERMAINAN ELEKTRONIK

Permainan elektronik ialah bentuk permainan

yang dikawal oleh sebuah komputer yang sangat

kecil, dikenali sebagai mikropemproses. Semua

permainan elektronik mempunyai atur cara (program

iaitu set suruhan untuk komputer ). Kebanyakan alat

permainan elektronik disambungkan ke skrin video.

Oleh sebab itu, permainan ini sering juga dipanggil

permainan video .

UMUM 
PERMAINAN GULI

Permainan guli ialah permainan kanak-kanak

yang dimainkan dengan bebola kecil, yang biasanya

dibuat daripada kaca. Setiap biji bebola ini dikenali

sebagai guli. Kebanyakan permainan guli dimainkan

di atas permukaan yang rata di luar rumah.

Permainan guli boleh dimainkan sebagai sukan yang

terancang, tetapi ia lebih popular sebagai rekreasi.

Para pemain menyasarkan guli-guli dengan

mengimbangkan sebiji guli besar yang disebut

gundu di antara ibu jari dan jari telunjuk. Dengan

menggunakan ibu jari, pemain menjentik gundu ke

arah sebiji atau lebih guli kecil yang disebut guli

objek. Biasanya, para pemain dikehendaki melutut

apabila menyasar, iaitu satu lutut diletakkan di atas

tanah semasa menyasar.

UMUM 
TAMAN PERMAINAN

Taman permainan ialah kawasan luar rumah

yang digunakan untuk bermain. Kebanyakan taman

permainan direka khas untuk kanak-kanak, tetapi di

sesetengah negara seperti di Amerika Syarikat,

taman permainan juga menyediakan kemudahan

bersukan untuk orang dewasa. Di negara tertentu

seperti di United Kingdom, kawasan permainan

yang mempunyai kemudahan bersukan dikenali

sebagai padang permainan. Istilah taman permainan

biasanya bermaksud kawasan untuk kanak-kanak

bermain buaian, memanjat kerangka besi dan

kelengkapan permainan yang lain. Rencana ini

hanya mengenai taman permainan jenis yang kedua

ini.

UMUM 
RINGETTE

Ringette ialah sejenis sukan berpasukan untuk

gadis dan wanita muda. Permainan ini seakan

serupa dengan permainan hoki ais. Permainan ini

dicipta di Ontario, Kanada pada tahun 1963. Kini,

permainan ini dimainkan di bahagian utara

Amerika Syarikat dan beberapa buah negara

Eropah serta Kanada.

UMUM 
SHINTY,

Shinty sejenis permainan yang dimainkan di

Scotland. Shinty juga dikenali sebagai camanachd.

Terdapat 12 orang pemain bagi satu-satu pasukan.

Permainan ini serupa dengan permainan hoki,

tetapi pemainnya menggunakan kayu yang lebih

pendek yang dinamakan caman. Setiap pasukan

cuba membuat jaringan dengan memasukkan bola

ke dalam hail (gol) yang berukuran 4 meter lebar

dan 3 meter tinggi. Permainan ini terbahagi kepada

dua bahagian, setiap satu diberi masa 45 minit.

Pemain boleh memukul bola dengan mana-mana

bahagian caman, sama ada bola itu berada di udara

atau di tanah. Permainan ini lebih pantas dan lebih

ganas daripada hoki. Pertandingan utama adalah

untuk merebut Piala Pusingan Persatuan

Camanachd.

UMUM 
TEORI PERMAINAN

Teori permainan ialah satu kaedah mengkaji

pelbagai situasi dalam membuat keputusan, apabila

pilihan dua atau lebih individu atau kumpulan

mempengaruhi satu sama lain. Ahli teori permainan

mengandaikan situasi-situasi ini sebagai permainan

dan pembuat keputusan sebagai pemain.

UMUM 
PERMAINAN LUNCUR AIR

Permainan luncur air, sejenis sukan air yang

menguja dengan pemainnya “menunggang” buih

ombak di lautan. Penduduk di pulau yang kini

dikenali sebagai Hawaii telah bermain luncur air

sebelum penjelajah Christopher Columbus belayar

ke Dunia Baru pada tahun 1492. Sekarang permainan

luncur air sangat popular di banyak negara, termasuk

Australia , Brazil, Perancis, Indonesia, Jepun, Portugal,

Peru , Afrika Selatan, dan Amerika Syarikat.

UMUM 
PERMAINAN KASUT RODA

Permainan kasut roda ialah suatu bentuk sukan

dan rekreasi, di mana pemain meluncur dengan

menggunakan kasut roda . Sesetengah orang

meluncur di laluan jalan kaki dan di kawasan taman,

sementara yang lainnya meluncur di gelanggang

luncur dalam bangunan bersama iringan muzik.

Ramai juga yang mengambil bahagian dalam

pertandingan permainan kasut roda. Joseph Merlin,

pereka cipta dan juga tukang pembuat alat muzik

Belgium telah mencipta kasut roda kira-kira pada

tahun 1760.

UMUM 
DADU

Dadu ialah kiub kecil yang digunakan dalam

permainan judi seperti ‘craps’. Dadu juga

digunakan dalam permainan ‘backgammon’,

monopoli dan  permainan papan yang lain. Sebiji

dadu dinamakan die. Setiap die mempunyai enam

permukaan dan ia dicetak dari satu titik hingga

ke enam titik.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas