Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.mai.nan] | ڤرماءينن

Definisi : 1. sesuatu yg digunakan utk bermain, sesuatu utk bermain-main sahaja, mainan; 2. perihal bermain, perbuatan ber­main (bola sepak dll): ~ yg paling digemari ialah bola sepak; ~nya kasar; 3. perbuatan yg dilakukan tidak dgn bersungguh-sungguh (utk main-main sahaja); 4. pertunjukan (wayang, sandiwara, dll), pementasan (drama dll): dr bangku sekolah dahulu kau dah mulai cenderung dlm ~ pentas; 5. bp perempuan utk berseronok-seronok sahaja (bukan dijadi­kan isteri): sesudah ditalak oleh suaminya ia menjadi ~ orang sahaja; 6. Id sj barang perhiasan (spt loket yg digantungkan pd kalung dll); 7. sesuatu yg dipermainkan atau dipersendakan: janganlah kamu jadikan agama kamu sbg ejek-ejekan dan ~; ~ puteri Kl cara mengubati penyakit oleh bomoh (me­makai jampi, serapah, alat bunyi-bunyian, dll) dgn jalan bertutur dgn orang yg berada dlm keadaan tidak sedar; hujan panas ~ hari, senang susah ~ hidup prb telah menjadi perkara biasa bahawa hidup manusia itu ada ketikanya senang dan ada ketikanya susah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.mai.nan] | ڤرماءينن

Definisi : 1 apa-apa yg digunakan utk bermain; mainan. 2 perbuatan atau hal bermain; cara bermain: ~ catur patut digalakkan di kalangan anak-anak kita. ~nya sungguh baik. 3 sesuatu yg dilakukan dgn tidak sungguh-sungguh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Sayang serindit punai di Jawa,
     Permainan anak permaisuri;
Pelepah jatuh pucuk ketawa,
     Pangkal juga menahan diri.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Mengadu kucing dengan babi.

Bermaksud :

Bermain ceki dengan bertaruh wang. ceki = sejenis permainan judi Cina.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
permainanpermainanSukanTiadaPertemuan antara regu dengan regu.
medal playpermainan medal/permainan strokSukanTiadaTiada
computer gamespermainan komputerTeknologi MaklumatTiadaPerisian komputer yang direka bentuk untuk tujuan permainan. Pengguna yang menggunakan perisian ini akan bermain dengan komputer atau pengguna lain. Terdapat pelbagai jenis permainan komputer seperti permainan strategi, solitaire, catur dan simulasi peperangan. Peranti input yang digunakan dalam permainan komputer adalah seperti papan kekunci, tetikus atau kayu ria .
computer gamespermainan komputerTeknologi MaklumatTiadaPerisian komputer yang direka bentuk untuk tujuan permainan. Pengguna yang menggunakan perisian ini akan bermain dengan komputer atau pengguna lain. Terdapat pelbagai jenis permainan komputer seperti permainan strategi, solitaire, catur dan simulasi peperangan. Peranti input yang digunakan dalam permainan komputer adalah seperti papan kekunci, tetikus atau kayu ria .
game-based learningpembelajaran berasaskan permainanTeknologi Maklumate-PembelajaranPendekatan pembelajaran berasaskan permainan untuk mencapai hasil pembelajaran. Permainan direka bentuk dengan mengimbangkan antara isi pembelajaran dengan aturan permainan. Seterusnya, pentaksiran dilaksanakan terhadap kebolehan pelajar dari segi pengekalan dan pengaplikasian pengetahuan yang dipelajari kepada senario dunia sebenar. Konsep asas permainan seperti ulangan, kegagalan dan usaha pencapaian matlamat permainan menjadikan proses pembelajaran lebih menarik dan menyeronokkan.
adventure playgroundpadang permainan kembaraSosiologiTiadaTempat permainan yang menyediakan permainan yang boleh mencabar atau merangsang daya fikir seseorang kanak-kanak.
playing areagelanggang permainanSukanTiada2. Gelanggang permainan: Ruang padang permainan.
playing areapadang permainanSukanTiada1. Padang permainan: Keseluruhan padang permainan, termasuk kawasan gol.
delaying the gamemelambatkan permainanSukanTiadaPerbuatan melambatkan permainan atau melengahkan permainan, biasanya pemain akan diberi teguran.
out of playluar permainan (Bola Sepak)SukanTiadaHenti permainan: Keadaan apabila permainan terhenti kerana berlaku gangguan.
12345678910...

Kembali ke atas