Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.ma.ta] | ڤرمات

Definisi : batu yg berharga yg diikat pd cincin dan perhiasan-perhiasan lain (intan, berlian, nilam, dll); ~ dibalas dgn senjata prb kebaikan dibalas dgn kejahatan; ~ lekat di pangkur prb tidak kena pd tempatnya (orang, perbuatan, dll); bagai menjaga ~ intan semasa dicanai prb kasih yg amat sangat (suami terhadap isteri dll); spt cincin dgn ~ prb a) bersetujuan dlm segala hal; b) berpadanan (sama-sama cantik dll); berpermata ada permatanya, diikat dgn (bertatahkan dsb) permata: rantai emas ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ma.ta] | ڤرمات

Definisi : batu berharga spt intan, berlian yg biasanya dijadikan perhiasan. berpermata ada permatanya: cincin ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
permata (kata nama)
1. Bersinonim dengan batu permata: manikam, jauhar,

2. Dalam konteks jenis
bersinonim dengan akik, berlian, delima, firus, intan, jed, mutiara, nilakandi, nilam, paret, ratna, topaz, turkois, zamrud.,


Puisi
 

Teluk Jong permata wangsa,
     Dulu tiga Teluk Belati;
Dipatuk tedung haram tak bisa,
     Dijeling janda rasa nak mati.


Lihat selanjutnya...(37)
Peribahasa

Permata dibalas dengan senjata.

Bermaksud :

Kebaikan dibalas dengan kejahatan.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Pantun

PantunSumberTema
Mengalir air mata, Air mata menteri, Engkaulah permata, Permata anak negeri.Pantun Melayu SarawakNasihat
Permata zamrud berikan kami, Hadiah suami kepada isteri; Cintaku ibarat rumput di bumi, walau dipijak tetap menjadi.Pantun Melayu SarawakKasih
Permata jatuh atas rumput, Jatuh ke rumput berbilang-bilang; Kalau di mata boleh luput, Dalam hati masakan hilang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Teluk Jong permata wangsa, Dulu tiga Teluk Belati; Dipatuk tedung haram tak bisa, Dijeling janda rasa nak mati.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Cincin perak permata baiduri, Selang dengan intan berlian; Kain kasar dalam duri, Takut koyak tarik perlahan.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Cincin emas permata nilam, Manis sungguh pakai di jari; Kerana hari pun dah larut malam, Mohon izin mengundur diri.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Inginkan hidup permata nilam, Jatuh tersorok batang entimu; Tuan rindu pandang ke bulan, Di dalam bulan kita bertemu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pakai gelang tujuh permata, Dihias dengan kembang puspa; Saya pulang membawa cinta, Ada umur kita berjumpa.Pantun Melayu SarawakKasih
Sarung keris bertatah permata, Seni budaya orng sunglap; Orang berilmu ibarat pelita, Tetap bercahaya dalam gelap.Pantun Melayu SarawakIlmu
Cincin patah cincin permata, Sayang gandaran putus talinya; Makin lawa makin tercinta, Dengar-dengaran bunyi-bunyinya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12345

Kembali ke atas