Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.ma.ta] | ڤرمات

Definisi : batu yg berharga yg diikat pd cincin dan perhiasan-perhiasan lain (intan, berlian, nilam, dll); ~ dibalas dgn senjata prb kebaikan dibalas dgn kejahatan; ~ lekat di pangkur prb tidak kena pd tempatnya (orang, perbuatan, dll); bagai menjaga ~ intan semasa dicanai prb kasih yg amat sangat (suami terhadap isteri dll); spt cincin dgn ~ prb a) bersetujuan dlm segala hal; b) berpadanan (sama-sama cantik dll); berpermata ada permatanya, diikat dgn (bertatahkan dsb) permata: rantai emas ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ma.ta] | ڤرمات

Definisi : batu berharga spt intan, berlian yg biasanya dijadikan perhiasan. berpermata ada permatanya: cincin ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
permata (kata nama)
1. Bersinonim dengan batu permata: manikam, jauhar,

2. Dalam konteks jenis
bersinonim dengan akik, berlian, delima, firus, intan, jed, mutiara, nilakandi, nilam, paret, ratna, topaz, turkois, zamrud.,


Puisi
 

Teluk Jong permata wangsa,
     Dulu tiga Teluk Belati;
Dipatuk tedung haram tak bisa,
     Dijeling janda rasa nak mati.


Lihat selanjutnya...(37)
Peribahasa

Permata dibalas dengan senjata.

Bermaksud :

Kebaikan dibalas dengan kejahatan.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaPermata jatuh atas rumput, Jatuh ke rumput berbilang-bilang; Kalau di mata boleh luput, Dalam hati masakan hilang.
Kurik Kundi Merah SagaTeluk Jong permata wangsa, Dulu tiga Teluk Belati; Dipatuk tedung haram tak bisa, Dijeling janda rasa nak mati.
Kurik Kundi Merah SagaCincin perak permata baiduri, Selang dengan intan berlian; Kain kasar dalam duri, Takut koyak tarik perlahan.
Kurik Kundi Merah SagaCincin emas permata nilam, Manis sungguh pakai di jari; Kerana hari pun dah larut malam, Mohon izin mengundur diri.
Kurik Kundi Merah SagaInginkan hidup permata nilam, Jatuh tersorok batang entimu; Tuan rindu pandang ke bulan, Di dalam bulan kita bertemu.
Kurik Kundi Merah SagaCincin patah cincin permata, Sayang gandaran putus talinya; Makin lawa makin tercinta, Dengar-dengaran bunyi-bunyinya.
Kurik Kundi Merah SagaBukannya parang hulu permata, Parang sakti tidak berulu; Bukan sekarang saya berkata, Sudah terjanji dari dahulu.
Kurik Kundi Merah SagaBeribu biji nangkaku, Cincin permata jatuh ke ruang; Kalau rindu sebut namaku, Air mata jangan dibuang.
Kurik Kundi Merah SagaSebentuk cincin dari suasa, Ikat permata bertambah cantik; Sudah tak bersudu oleh angsa, Barulah diberi kepada itik.
Kurik Kundi Merah SagaRibu-ribu dari angsana, Cincin permata jatuh ke ruang; Dendam rindu sebut namanya, Airlah mata jangan dibuang.
1234

Kembali ke atas