Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.ma.ta] | ڤرمات

Definisi : batu yg berharga yg diikat pd cincin dan perhiasan-perhiasan lain (intan, berlian, nilam, dll); ~ dibalas dgn senjata prb kebaikan dibalas dgn kejahatan; ~ lekat di pangkur prb tidak kena pd tempatnya (orang, perbuatan, dll); bagai menjaga ~ intan semasa dicanai prb kasih yg amat sangat (suami terhadap isteri dll); spt cincin dgn ~ prb a) bersetujuan dlm segala hal; b) berpadanan (sama-sama cantik dll); berpermata ada permatanya, diikat dgn (bertatahkan dsb) permata: rantai emas ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ma.ta] | ڤرمات

Definisi : batu berharga spt intan, berlian yg biasanya dijadikan perhiasan. berpermata ada permatanya: cincin ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
permata (kata nama)
1. Bersinonim dengan batu permata: manikam, jauhar,

2. Dalam konteks jenis
bersinonim dengan akik, berlian, delima, firus, intan, jed, mutiara, nilakandi, nilam, paret, ratna, topaz, turkois, zamrud.,


Puisi
 

Teluk Jong permata wangsa,
     Dulu tiga Teluk Belati;
Dipatuk tedung haram tak bisa,
     Dijeling janda rasa nak mati.


Lihat selanjutnya...(37)
Peribahasa

Permata dibalas dengan senjata.

Bermaksud :

Kebaikan dibalas dengan kejahatan.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
caratkaratGeologiTiadaUnit berat untuk intan, mutiara, dan permata-permata yang lain.
caratkaratPerubatanTiadaUnit berat untuk intan, mutiara, dan permata-permata yang lain.
precious stonebatu berhargaGeologiTiada1. Batu permata tulen. 2. Batu permata yang mempunyai nilai dagangan yang tinggi disebabkan kecantikannya, ketahanlasakanya, kekerasannya, dan jarang didapati.
jewel bearinggalas permataKejuruteraanTiadaPermata asli atau tiruan, biasanya batu nilam, yang digunakan sebagai galas untuk pangsi atau bahagian-bahagian bergerak yang lain pada alatan mudah rosak .
gem gravelkerikil permataGeografiTiadaMendapan kerikil yang mengandungi batu permata.
prong-settingikat serampangKesenianTiadaJenis pengikat batu permata pada cincin yang biasanya terdiri daripada 3, 4 atau 6 cabang yang bertujuan untuk mengukuhkan batu permata.
gempermataGeologiTiadaSebarang batu berharga atau semiberharga, seperti intan, delima, topaz, dan sebagainya, terutama apabila dipotong dan digilap untuk tujuan dijadikan perhiasan.
gempermataPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
gemstonebatu permataFizikTiadaTiada
diamante bandstrimin permataKesenianTiadaManikam palsu yang dijahit pada jalur fabrik dan digunakan sebagai trimin pada pakaian atau blaus.
123456

Kembali ke atas