Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.ma.tang] | ڤرماتڠ

Definisi : jalan kecil yg tinggi sedikit drpd permukaan di sekelilingnya (di sawah dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ma.tang] | ڤرماتڠ

Definisi : 1 jalan kecil (jaluran tanah) yg tinggi sedikit drpd kawasan di sekitarnya. 2 = ~ sawah tambak atau batas kecil di sawah yg digunakan sbg tempat berjalan dll; ban. 3 bahagian yg tertinggi pd lereng gunung atau bukit (biasanya memanjang dr puncak hingga ke kaki gunung atau ke kaki bukit); bahagian tempat dua lereng (gunung, bukit) bertemu. ~ laut benteng yg panjang dan curam permukaannya yg dibina oleh ombak yg kuat pd tikas air pasang di sepanjang pinggir pantai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata permatang

Puisi
 

Belah permatang mengalir pergi,
     Pasir Mak Bayu dipukul ribut;
Sembahlah datang salam ke mari,
     Pohon kasih seumur hidup.


Lihat selanjutnya...(22)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Nor Liana SUN 21:50 Pustakawan kepala batas Tinggal di permatang sintuk. Ada jawatan kosong tak? Mcmana mahu mohonPihak puan boleh melayari laman sesawang kami http://laman.dbp.gov.my/lamandbp/ untuk mendapat maklumat lanjut berkenaan jawatan kekosongan tersebut. Sila klik pada menu "Tawaran Kerja Kosong". Permohonan perlu dihantar secara manual ke Dewan Bahasa dan Pustaka. Terima kasih.Lain-lain01.01.2017
Apakah terjemahan yang sesuai untuk perkataan berikut? Semua perkataan adalah berkaitan dengan bidang fesyen. 1) razorback 2) chapelite 3) racer back 4) sweetheart neckline Terima kasih.Dalam data kami, terjemahan razorback ialah permatang pisau dan sweetheart neckline ialah garis leher cinta sayang. Walau bagaimanapun tidak ada maklumat tentang chapelite dan racer back , melalui carian di Internet juga tidak menemukan maklumat yang berkaitan.Lain-lain12.06.2015

Kembali ke atas