Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.ma.tang] | ڤرماتڠ

Definisi : jalan kecil yg tinggi sedikit drpd permukaan di sekelilingnya (di sawah dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ma.tang] | ڤرماتڠ

Definisi : 1 jalan kecil (jaluran tanah) yg tinggi sedikit drpd kawasan di sekitarnya. 2 = ~ sawah tambak atau batas kecil di sawah yg digunakan sbg tempat berjalan dll; ban. 3 bahagian yg tertinggi pd lereng gunung atau bukit (biasanya memanjang dr puncak hingga ke kaki gunung atau ke kaki bukit); bahagian tempat dua lereng (gunung, bukit) bertemu. ~ laut benteng yg panjang dan curam permukaannya yg dibina oleh ombak yg kuat pd tikas air pasang di sepanjang pinggir pantai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata permatang

Puisi
 

Belah permatang mengalir pergi,
     Pasir Mak Bayu dipukul ribut;
Sembahlah datang salam ke mari,
     Pohon kasih seumur hidup.


Lihat selanjutnya...(22)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
crewleher bulat kait permatangKesenianTiadaLeher bulat kait permatang: Garis leher bulat yang disudahkan dengan pita kait permatang tegak. Contohnya, kemeja T dan jumper.
ocean ridgepermatang lautanSains MarinTiadaPermatang gunung bawah laut yang selanjar melalui Lautan Atlantik Utara dan Selatan serta Lautan Hindi dan Lautan Pasifik Selatan yang aktif volkanik dan dijana oleh aktiviti plat tektonik. Permatang lautan jenis ini dicirikan oleh pemisahan dasar lautan.
BundpermatangPertanianAgronomi

Jaluran tanah yang ditimbun tinggi daripada tanah sekeliling untuk menyekat pengaliran air. Permatang dibina di tebing sungai atau di persisiran pantai untuk mengelakkan air sungai atau laut membanjiri kawasan tanah yang berhampiran. Permatang dibina di sawah padi supaya air dapat ditakung untuk membanjiri tanaman pada peringkat tumbesaran.

crest cloudawan mercuSainsHidrometeorologiAwan pegun yang terbentuk di sepanjang permatang gunung, sama ada di atas permatang atau atas sedikit dari bahagian teduh angin. Awan ini tetap berada di tempat yang sama dari segi kedudukannya dengan permatang. Proses pembentukan dan pengekalannya adalah sama seperti awan tudung.
razorbackpermatang pisauGeologiTiadaPermatang yang tajam dan tidak lebar.
sandy ridgepermatang pasirGeografiTiadaPermatang batu pasir yang berlitupkan pasir akibat luluhawa butiran batu pasir.
homoclinal ridgepermatang homoklinGeografiTiadaPermatang yang terbentuk daripada strata batuan yang senget sama arah dan curam dengan junam batuan tersebut.
anticline ridgepermatang antiklinGeografiTiadaPermatang yang mengikut paksi sesebuah antiklin.
homoclinal ridgepermatang homoklinGeologiTiadaPermatang yang terbentuk daripada strata batuan yang senget sama arah dan curam dengan junam batuan tersebut.
rim ridgepermatang sembirGeologiTiadaPermatang til yang kecil yang menentukan tepi penara morain.
12345678910...

Kembali ke atas