Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.mu.ka.an] | ڤرموکاءن

Definisi : bidang di sebelah atas yg rata (air, meja, dll), muka, paras; ~ laut muka laut; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.mu.ka.an] | ڤرموکاءن

Definisi : bahagian yg di sebelah atas sesuatu (bumi dll): ~ jalan itu tidak rata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
muka (kata nama)
1. Bersinonim dengan wajah: rupa, paras, roman, raut, bentuk, potongan, iras, domol, tampang,

2. Bersinonim dengan depan: hadapan, hadap, anterior,
Berantonim dengan belakang

Kata Terbitan : mengemukakan, terkemuka, bersemuka, menyemukakan, bermuka-muka, permukaan, pengemukaan, pemuka,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
yang manakah betul: di permukaan atau pada permukaanYang betul ialah di permukaan.Tatabahasa12.05.2008
Salam sejahtera, Adakah huruf besar diperlukan utk frasa yg berikut:- 1) suhu bumi @ suhu Bumi 2) permukaan bumi @ permukaan Bumi 3) keadaan bumi yang panas @ keadaan Bumi yang panas 4) kerak bumi @ kerak Bumi 5) lapisan bumi @ lapisan Bumi Apakah terjemahan yang gramatis bagi virtual learning environment (VLE)? Sekian, terime kasih.Dalam konteks yang diberikan, perkataan "bumi" dieja dengan huruf kecil.  1) suhu bumi 2) permukaan bumi 3) keadaan bumi yang panas  4) kerak bumi  5) lapisan bumi. 
Padanan bahasa Melayu untuk "virtual learning environment (VLE)" ialah persekitaran pembelajaran maya. 

Ejaan23.02.2016
Daun teratai terapung di atas permukaan air. ATAU Daun teratai mengapung di atas permukaan air.
Menurut data kami, ayat yang betul ialah daun teratai terapung di atas permukaan air.
Lain-lain04.08.2017
Ayat yang manakah tepat dan gramtis? (a) Permukaan meja itu bulat. (b) Permukaan meja itu berbentuk bulat. (c) Meja itu berbentuk bulat. (d) Meja itu bulat.Ayat yang tepat dan gramatis:

Meja/Permukaan meja itu berbentuk bulat.

Tatabahasa06.11.2015
mohon pencerahan, 1) kesan tekanan di antara dua permukaan atau 2) kesan tekanan antara dua permukaan terima kasih.Frasa yang betul ialah "kesan tekanan antara dua permukaaan" kerana menunjukkan perbandingan, bukannya jarak di antara dua permukaan.Makna06.04.2015
"Bayangkan permukaan sebuah jam, di mana peserta berada di lokasi pukul enam dan mereka perlu membalingkan batang kayu tepat ke arah pukul dua belas untuk mendapatkan keputusan terbaik." Bolehkah "di mana" dipakai dalam ayat di atas? Terima kasih.Untuk ayat di atas perlulah digugurkan penggunaan di mana.Lain-lain03.01.2008
Yang manakah betul ? 1. Dia menyapukan ubat pada permukaan luka. 2. Dia menyapukan ubat di permukaan luka.Yang betul ialah: Dia menyapukan ubat pada luka. Kata sendi nama pada digunakan sebagai perkataan yang terletak di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja. Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 274-276 untuk maklumat lanjut.   Tatabahasa24.04.2008
Ayat utama:Minyak yang jisimnya kurang daripada air akan terapung di permukaan air dan menghalang sinaran matahari ke dasar sungai. Ayat yang kedua:Minyak yang jisimnya kurang daripada air akan terapung atas permukaan air dan menghalang sinaran matahari dari dasar sungai. Saya nak bertanyakan soalan ni manakah ayat yang betul? Sebenarnya penggunaan kata sendi nama di digunakan Arah,Tempat,dan masa.Saya ada keliru soalan ini.Mohon Tuan/Puan boleh memberi penerangan yang jelas.Sendi nama di digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat yang tetap. Contohnya: Aku berdiri di dalam sungai sambil  mencuci kain di atas sekeping batu leper. 

Ayat yang betul ialah:
Minyak yang jisimnya kurang daripada air akan terapung di permukaan air dan menghalang sinaran matahari ke dasar sungai.
Lain-lain05.01.2021
Assalamualaikum dan salam Isra' Mi'raj: Terjemahan untuk ayat (buku kanak-kanak): "If poured on a surface, water spreads." 1. Jika dituangkan pada permukaan, air akan tersebar. 2. Jika dituangkan pada sesuatu permukaan, air akan merebak. Mana satukah lebih sesuai? Terima kasih buah strawberry, cik puan jawabkan hamba senang hati.Cadangan kami, "Jika dituangkan pada permukaan, air akan memenuhi ruang tersebut".Tatabahasa07.06.2013
Salam sejahtera tuan, merujuk kepada soalan yang diajukan pada 7-3-2022, jawaban yang diberikan oleh pihak tuan adalah seperti berikut. Ayat yang betul ialah "Permukaan kayu belian licin tetapi ia mudah diukir" Pertanyaan saya ialah adakah ia boleh digunakan untuk merujuk kepada permukaan kayu belian? Bukankah ia merujuk kepada orang yang sama fungsi seperti dia?

Dalam ayat "Permukaan kayu belian licin tetapi ia mudah diukir" perkataan “ia” boleh digunakan untuk merujuk kepada permukaan kayu, “ia” dalam konteks ayat ini menggantikan benda/subjek yang dibicarakan.  

Lain-lain18.03.2022
1234567

Kembali ke atas