Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.mu.ka.an] | ڤرموکاءن

Definisi : bidang di sebelah atas yg rata (air, meja, dll), muka, paras; ~ laut muka laut; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.mu.ka.an] | ڤرموکاءن

Definisi : bahagian yg di sebelah atas sesuatu (bumi dll): ~ jalan itu tidak rata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
muka (kata nama)
1. Bersinonim dengan wajah: rupa, paras, roman, raut, bentuk, potongan, iras, domol, tampang,

2. Bersinonim dengan depan: hadapan, hadap, anterior,
Berantonim dengan belakang

Kata Terbitan : mengemukakan, terkemuka, bersemuka, menyemukakan, bermuka-muka, permukaan, pengemukaan, pemuka,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PRISMA

Prisma ialah sebuah bungkah padu yang

mempunyai dua tapak selari yang dicantumkan oleh

tiga atau lebih permukaan sisi (lateral). Tapak ini

merupakan poligon yang mempunyai saiz dan

bentuk yang sama. Permukaan-permukaan sisinya

bersegi dan selari.

UMUM 
TEGANGAN PERMUKAAN

Tegangan permukaan ialah daya yang

menyebabkan permukaan cecair berkelakuan

dengan cara tertentu. Ia menyebabkan cecair

berkelakuan seolah-olah sebagai tipisan nipis, anjal

meliputi permukaannya. Misalnya, permukaan air

boleh menyokong jarum atau bilah pisau cukur jika

ia diletakkan di atasnya dengan teliti.

Tegangan permukaan juga menyebabkan cecair

naik dalam tiub halus apabila tiub ini dicelupkan ke

dalam cecair. Tindakan ini dikenali sebagai

kererambutan.

UMUM 
UNJURAN PETAKaedah mentrasformasikan permukaan bumi ke satu permukaan rata berasaskan sistem susunan garisan lintang dan garisan bujur.GEOGRAFI DAN GEOLOGIKaedah
RIZOM

Rizom ialah batang mendatar yang tumbuh di

permukaan tanah atau betul-betul di bawah

permukaan tanah. Rizom mengeluarkan daun dan

bunga di atas permukaan tanah, dan akar kecil di

bawah permukaan tanah.

UMUM 
PESAWAT PELUNCUR

Pesawat peluncur ialah motobot laju yang

melayap di permukaan air, hampir-hampir sama

seperti batu pipih yang meloncat di permukaan air

apabila dilontar. Dasar pesawat peluncur dibentuk

supaya badannya boleh terangkat apabila pesawat

ini memecut, sehingga ia ‘melayang’ di atas

permukaan air. Bentuk dasarnya membenarkan

tekanan air mengangkat motobot itu dan

mengawalnya supaya sentiasa berada di

permukaan air selagi ia bergerak laju. Dengan

alasan ini, dasarnya mestilah rata atau melengkung

sedikit. Sesetengah pesawat peluncur hanya

mempunyai dasar permukaan tunggal.

Sesetengahnya pula mempunyai dua atau lebih

bahagian dasar yang terpisah.

UMUM 
HIDROFOIL TEMBUS PERMUKAAN UMUM 
SFERA

Sfera ialah rajah padu berbentuk bola atau glob.

Istilah sfera berasal daripada perkataan Yunani

sphaira, bermakna bola. Dalam geometri, ahli

matematik mendefinisikan sfera sebagai satu set

titik di ruang udara pada jarak tetap dari satu titik

tetap yang dikenali sebagai pusat . Ini bermakna

bahawa sfera ialah bongkah yang dibatasi oleh satu

permukaan. Permukaan ini tidak mempunyai sudut

atau sempadan, dan setiap titik di permukaan

mempunyai jarak yang sama dari pusat.

UMUM 
AIR LARIAN PERMUKAAN

Air larian permukaan, air yang mengalir di atas permukaan bumi dan akhirnya mengalir ke sungai ataupun ke laut. Ia juga dikenali sebagai aliran atas tanah.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIProses/Tindak Balas
PENJERAPANProses penghimpunan dan pelekatan molekul (zat terjerap) pada permukaan pepejal (zat penjerap). Darjah penjerapan bergantung pada suhu, tekanan dan keluasan permukaan pepejal.KIMIAProses/Tindak Balas
ALTITUD

Altitud ialah ketinggian sesuatu objek dari aras

permukaan bumi, paras laut ataupun paras yang

ditentukan. Sebagai contoh, sebuah kapal terbang

boleh terbang pada aras 9100 meter di atas

permukaan bumi.

UMUMUmum
12345678910...

Kembali ke atas