Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.na.fa.san] | ڤرنفسن

Definisi : perihal bernafas: liang ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.na.fa.san] | ڤرنفسن

Definisi : perbuatan atau hal ber­nafas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pernafasan


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
pernafasanbreathingProses pengambilan oksigen dan penyingkiran karbon dioksida melalui organ tertentu. Contohnya, paru-paru, kulit, trakea atau insang.Menengah Rendah
organ pernafasanbreathing organOrgan yang terdiri daripada rongga mulut atau hidung, trakea dan peparu, yang berfungsi untuk pertukaran gas semasa pernafasan.Sekolah Rendah
bernafasbreatheMenyedut dan menghembus udara melalui organ pernafasan seperti peparu, insang, kulit lembap dan liang pernafasan.Sekolah Rendah
mekanisme pernafasanbreathing mechanismMekanisme pertukaran gas oleh badan yang melibatkan kemasukan oksigen dari atmosfera ke dalam paru-paru dan pembebasan karbon dioksida dari paru-paru ke atmosfera. Mekanisme ini melibatkan penyedutan dan penghembusan udara keluar dari badan.Menengah Rendah
insanggillOrgan pernafasan bagi haiwan akuatik khususnya ikan dan berudu. Bagi tumbuhan seperti cendawan, insang merupakan struktur bermembran yang pipih dan lebar.Menengah Rendah
peparulungOrgan pernafasan dalam badan manusia dan sesetengah haiwan. Lihat RajahSekolah Rendah
paru-parulungsOrgan pernafasan vertebrat. Organ ini mengandungi banyak alveolus yang menjadi tempat proses pertukaran gas. Paru-paru dikenali juga sebagai peparu.Menengah Rendah
selesemafluPenyakit yang menjangkiti bahagian atas salur pernafasan disebabkan oleh virus. Selesema biasanya diiringi oleh mata dan hidung berair.Sekolah Rendah
influenzainfluenzaPenyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus pernafasan yang teruk. Antara ciri-ciri influenza ialah demam, menggigil, sakit tekak, sakit kepala, sakit badan dan batuk yang teruk. Influenza dikenali juga sebagai flu. Lihat RajahSekolah Rendah
asmaasthmaPenyakit gangguan paru-paru yang dicirikan oleh pernafasan yang pendek dan menghasilkan bunyi seperti siulan akibat penyempitan bronkus secara berbalik. Asma berpunca daripada alahan.Menengah Rendah
12

Kembali ke atas