Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.nah] | ڤرنه

Definisi : sudah ada mengalami (melakukan, melihat, merasai, dll), sudah berlaku: ia sudah ~ hidup susah sebelum menjadi kaya; belum (tidak) ~ belum sekalipun (berlaku, kedengar­an, mengalami, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.nah] | ڤرنه

Definisi : Jk kedudukan, tempat, pertalian kekeluargaan; ~ apa dia? apa pertaliannya denganmu?; ~ anak anak kepadaku (kepada­nya). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.nah] | ڤرنه

Definisi : sudah ada mengalami (melakukan, melihat) sesuatu; sudah ada berlaku: Dia sendiri ~ meminta pertolongan drpd abangnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pernah

Puisi
 

Kapal kecil kapal besar,
     Kapal tak pernah naik haji;
Dari kecil hingga besar,
     Saya tak pernah mungkir janji.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Belalang disangka elang.

Bermaksud :

Tiada pernah melihat sesuatu yang lebih.

 

Lihat selanjutnya...(19)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
seturi[s«.tu.Òi]kata adjektifsuatu hari, dulu, dahulu, masa lalu.Seturi tu ada la dia mai.[s«.tu.Òi tu A.dA lA di.jA mAj]Satu masa dahulu dia pernah datang ke sini.
Awak[A.wA/]kata namanama lama bagi negara Burma atau Myanmar.Kedah besa beperang dengan orang Awak zaman dulu.[k«.dAh bE.sA b«.p«.ÒAN d«.NAn .ÒAN A.wA/ zA.mAn du.lu]Kedah pernah berperang dengan orang-orang Burma pada zaman dahulu.
cerin[tS«.Òin]kata adjektifberkenaan rambut, bulu dan lain-lain yang kering, keras dan tegak. Selalunya kerana keadaan semula jadi atau sebab tidak dibubuh minyak.Awat cerin sangat rambot budak tu, tak prenah kena minyak kot?[A.wAt tS«.Òin sA.NAt ÒAm.bot bu.dA/ tu tA/ pÒ«.nAh k«.nA mi.øA/ kot]Kenapa kering sangat rambut budak itu, agaknya tidak pernah dibubuh minyak.
cega[tSE.gA]kata adjektiftakut dan khuatir, curiga.Anak dara tu cega dah nak jalan sorang-sorang waktu malam, pasai dia prenah kena ganggu.[A.nA/ dA.ÒA tu tSE.gA dAh nA/ dZA.lAn s.ÒAN.s.ÒAN wA/.tu mA.lAm pA.sAj di.jA pÒ«.nAh k«.nA gAN.gu]Anak gadis itu merasa takut berjalan seorang diri pada waktu malam, kerana dia pernah diganggu.
cong[tSN]kata kerja1. bercakap-cakap atau menceritakan sesuatu dengan cara menokok tambah dan kadang-kadang boleh jadi berbohong, auta atau temberang.Pasai kapai trebang, hang tok sah cong kat Osman, dia besa kreja Tentera Udara.[pA.sAj kA.pAj tÒ«.bAN hAN to/ sAh tSN kAt os.mAn di.jA bE.sA kÒ«.dZA t«n.t«.ÒA u.dA.ÒA]Kamu jangan cuba temberang tentang kapal terbang kepada Osman, sebab dia pernah berkhidmat sebagai anggota Tentera Udara.

Kembali ke atas