Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.nah] | ڤرنه

Definisi : sudah ada mengalami (melakukan, melihat, merasai, dll), sudah berlaku: ia sudah ~ hidup susah sebelum menjadi kaya; belum (tidak) ~ belum sekalipun (berlaku, kedengar­an, mengalami, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.nah] | ڤرنه

Definisi : Jk kedudukan, tempat, pertalian kekeluargaan; ~ apa dia? apa pertaliannya denganmu?; ~ anak anak kepadaku (kepada­nya). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.nah] | ڤرنه

Definisi : sudah ada mengalami (melakukan, melihat) sesuatu; sudah ada berlaku: Dia sendiri ~ meminta pertolongan drpd abangnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pernah

Puisi
 

Kapal kecil kapal besar,
     Kapal tak pernah naik haji;
Dari kecil hingga besar,
     Saya tak pernah mungkir janji.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Belalang disangka elang.

Bermaksud :

Tiada pernah melihat sesuatu yang lebih.

 

Lihat selanjutnya...(19)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
bengkeng MSrdegil.Dalam banyak perkara yang kufikir-fikirkan, sejak Jasi mula bengkeng inilah aku berasa semakin teruk. Kerja dapur memang tidak pernah ditolong orang. Kerjaku di luar rumah tidak pernah berkurangan.Jagung Pulut Pusaka MoyangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
ngasuk Ib, MSrmemburu bersama-sama anjing.Tidak pernah kudengar orang membela orang yang lain dengan senapang. Senapang hanya untuk berburu atau ngasuk, bukan untuk mengancam manusia.Novel NgoncongGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tabasan Kytempat untuk menanam padi.Orang-orang kampung tidak pernah tebang pokok-pokok besar walaupun di tengah-tengah tabasan padi.Antologi Cerpen HatiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
gabi Ir, Tbmakan malam.“Aku tak gagah lagi, Ya....,” Beliau Kusai pernah memberitahu isterinya ini, suatu malam selepas gabi. Isterinya ini mencadangkan tanah sebidang di belakang rumah agar dapat diusahakan.Sup EkorGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tugung bula IbLonggokan kayu atau ranting yang dibuat sebagai tanda untuk mengingatkan orang yang pernah berbohong.Tidak ada anak-anak lelaki kita mahu melihat tugung bula dibina untuknya. Itu adalah satu perkara yang memalukan.Berakhirnya Pesta NgongcongGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
rinait Kdmantera.Di celah dua orang pengiringnya, Charlene duduk memerhatikan tentagas membaca rinait. Seperti yang pernah diterangkan oleh Ivan, upacara mengain merupakan upacara memanggil semangat padi pulang ke ketawai.Debur MenerpaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
miodung dangol, *miudung dangol* KdPepatah – bapa borek anak rintik.Ayah tidak kisah jika saya hendak bermain alat tersebut. Pernah sekali saya terdengar emak berleter. Katanya, ayah dan saya miodung dangol, yang mempunyai maksud yang sama dengan kata pepatah Melayu Bapa Borek Anak Pun Rintik.Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita BersamaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tori, *dtori* Irbersunat.Rohayu tersedak apabila mendengar suara merdu Innah yang berlagu hiba itu. Dia tidak menyangka bahawa Innah yang pernah melalui upacara menimbang anak, upacara menggunting rambut, upacara tori (bersunat), masih ditimpa nasib yang malang!SingkowotonGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
mansai Ibmenangkap ikan menggunakan sejenis alat yang dianyam daripada rotan atau bemban.Dapat tak ikan? tanya orang itu. "Dapatlah, tak pernah begini," jawab Ensimau. "Sebab itulah saya suruh awak mansai sebab saya lihat banyak ikan di situ tadi," jelas orang itu.Gurang dengan Ansang MiangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
mengain Kdupacara memuja semangat padi yang diiringi tarian sumazau.Di celah dua orang pengiringnya, Charlene duduk memerhatikan tentagas membaca rinait. Seperti yang pernah diterangkan oleh Ivan, upacara mengain merupakan upacara memanggil semangat padi pulang ke ketawai.Debur MenerpaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
123

Kembali ke atas