Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.pu.lu.han] | ڤرڤولوهن

Definisi : ; persepuluhan berhitung (ukur­an dll) yg berdasar sepuluh-sepuluh: angka ~; pecahan ~ pecahan yg menggunakan titik perpuluhan (spt 0.5, 0.8, dll); titik (tanda) ~ titik (noktah) antara angka penuh dan angka perpuluhan (spt 7.5, 8.6); ~ berulang angka perpuluhan yg nombor akhirnya terus berulang (spt 0.83333); ~ penuh perpuluhan yg nombor akhirnya tidak berulang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.pu.lu.han] | ڤرڤولوهن

Definisi : , persepuluhan hitungan (kiraan, ukuran dll) yg berdasarkan sepuluh-sepuluh. angka ~ angka pecahan yg menggunakan tanda titik di antara angka penuh dgn lebihnya (spt 2 menjadi 2.25). pecahan ~ pecahan yg menggunakan tanda titik (spt menjadi 0.5). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perpuluhan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
bagaimana cara menyebut sistem nombor 1.2.3 a. 1 titik 2 titik 3 b. 1 perpuluhan 2 perpuluhan 3 c. 1 2 3 (tanpa menyebut titik) kerana 1 2 3 berbeza dengan 1 ratus 2 puluh 3Jika 1.2.3 disebut 1 perpuluhan 2 perpuluhan 3, jika 1 2 3 disebut satu dua tiga dan jika 123 disebut seratus dua puluh tiga.Ejaan15.11.2011
salam di sini ada 1 soalan 1)peratus sekiranya nombor dalam perpuluhan disebut satu perpuluhan dua tiga (1.23) bagaimana pula dengan peratus (%) adakah disebut satu perpuluhan dua puluh tiga peratus atau seperti di atas?Dalam penulisan teks, kata peratus (%) hendaklah dieja, misalnya 1.23 peratus. Manakala dalam ilustrasi, misalnya jadual dan statistik, simbol % digunakan.Tatabahasa06.10.2010
yang manakah betul: 1)1.23 (tanpa peratus) - satu perpuluhan dua tiga atau satu perpuluhan dua puluh tiga tk.

Saudara,

Yang betul ialah satu perpuluhan dua tiga.

Lain-lain06.10.2010
penggunaan untuk numbor kosong '0', di hadapan titik perpuluhan, ramai pengkaji mengabaikan penggunaan 0 di hadapan titik perpuluhan ( .123). Soalan saya, penggunaan mana yang tepat antara 0.123 atau .123 dalam penulisan?. Terima kasih

Nombor kosong sebelum titik perpuluhan perlu ditulis, contohnya 0.123

Ejaan23.06.2011
merujuk kepada jawapan no.12, jika berturutan dengan peratus, adakah betul jika saya sebut 1.23% satu perpuluhan dua puluh tiga peratus?Betul,  1.23% disebut sebagai satu perpuluhan dua puluh tiga peratus.Lain-lain08.10.2010
"kenaikan sebanyak 2.5 peratus setahun" berdasarkan contoh ayat ini..bagaimana sebutan yang betul bagi " . " 1. kenaikan sebanyak dua 'perpuluhan' lima peratus setahun 2. kenaikan sebanyak dua 'point' lima peratus setahun terima kasihBacaan yang betul untuk keterangan tersebut ialah "Kenaikan sebanyak dua 'perpuluhan' lima peratus setahun"Lain-lain03.11.2017
Bagaimanakah RM0.028 ditulis dalam perkataan?Lazimnya dalam pengiraan ringgit dan sen melibatkan dua digit sahaja. Contohnya RM0.28 ditulis Ringgit Malaysia kosong perpuluhan dua puluh lapan.Lain-lain25.02.2019
Pukul 2.00 petang atau pukul 2:00 petang. Mohon penjelasan.Dalam konteks dan penggunaan umum untuk penulisan waktu, satu titik (2.00) digunakan manakala dalam bidang atau penulisan wacana matematik digunakan dua titik (2:00) untuk membezakan antara waktu dengan titik perpuluhan.Lain-lain22.10.2019
Penulisan waktu 1. Penggunaan '.' atau ':' dalam menulis waktu yang tepat? merujuk format BI mereka menggunakan ':', format BM MPM STPM juga mengguna pakai tanda ':'. 2. Adakah 2000 dan 20:00 boleh digunakan? 3. Adakah 20:00 perlu tulis malam? Terima Kasih
1. Dalam konteks dan penggunaan umum untuk penulisan waktu, satu titik (2.00) digunakan manakala dalam bidang atau penulisan wacana matematik digunakan dua titik (2:00) untuk membezakan antara waktu dengan titik perpuluhan.

2. Penggunaan yang betul 20:00 (dalam bidang matematik).

3.Tidak perlu meletakkan malam apabila menggunakan sistem 24 jam. 
Tatabahasa22.04.2020
Banyak perkara yang saya patut tahu lagi tentang no.pengkelasan..Bagaimana saya nak tahu no.pengkelasan dengan tepat?Saya berkhidmat hampir 7 tahun di Pusat Sumber.Tapi saya belum pernah diberi pendedahan atau kursus pengelolaan Pusat Sumber.Saya buat kerja berdasarkan pengalaman saya sebagai pengawas pss masa di sekolah dahulu.

Terima kasih atas soalan anda.

Saudara boleh merujuk laman sesawang Perpustakaan Negara Malaysia yang ada menawarkan kursus dan bengkel mengenai pengkelasan. Saudara juga boleh merujuk senarai buku dibawah :


Pengkatalogan dan Pengkelasan Bahan-bahan Pustaka oleh Siti Hasnah Simanjuntak (ITM, 1984) 


Pengkelasan dan Pengkatalogan oleh Zainori Abd Rahman (Pekan Ilmu, 2006)

Senarai ringkas sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey untuk perpustakaan-perpustakaan sekolah di Malaysia

(DBP, 1986).

 

Lain-lain07.01.2011

Kembali ke atas