Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.pus.ta.ka.an] | ڤرڤوستاکاءن

Definisi : 1. kumpulan buku (bacaan dll); 2. bangunan (bilik dll) yg mengumpulkan buku-buku (utk bacaan dll); 3. = kepustakaan kesusasteraan, buku-buku kesusasteraan; ~ awam perpustakaan yg perkhidmatannya terbuka kpd masyarakat umum (orang ramai); ~ bergerak perpustakaan yg dibawa kpd masyarakat (dr satu tempat ke tempat lain dgn menggunakan kenderaan); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.pus.ta.ka.an] | ڤرڤوستاکاءن

Definisi : kumpulan buku (bacaan dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.pus.ta.ka.an] | ڤرڤوستاکاءن

Definisi : 1 kumpulan buku atau bahan bacaan. 2 bangunan atau tempat mengumpulkan bahan-bahan bacaan. ~ awam perpustakaan yg perkhidmatannya terbuka kpd masyarakat umum atau orang ramai. ~ bergerak perpustakaan yg dibawa kpd masyarakat (dr satu tempat ke tempat lain dgn menggunakan kenderaan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pustaka (kata nama,)
Bahasa Asal :sastera lama
Bersinonim dengan kitab, buku;,
Kata Terbitan : perpustakaan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERPUSTAKAAN

Perpustakaan . Perpustakaan merupakan suatu

bahagian yang amat penting dalam sistem

pendidikan di dunia dan dalam proses menyimpan

dan mendapat kembali maklumat. Perpustakaan

menyediakan pengetahuan yang telah dikumpulkan

dari zaman ke zaman melalui buku, filem, rakaman,

dan media lain. Manusia dari semua lapisan

masyarakat, termasuk pelajar, guru, eksekutif

perniagaan, pegawai kerajaan, para sarjana, dan ahli

sains, menggunakan sumber yang ada di

perpustakaan untuk kerja mereka. Sebilangan besar

daripada orang awam turut mengunjungi

perpustakaan untuk memenuhi keperluan menimba

ilmu pengetahuan atau untuk mendapatkan bahan

bagi kegiatan masa lapang mereka. Di samping itu,

ramai orang menikmati perbincangan buku,

pertunjukan filem, kuliah, dan kegiatan lain yang

diaturkan oleh perpustakaan tempatan mereka.

UMUM 
PERPUSTAKAAN VATICAN

Perpustakaan Vatican ialah perpustakaan

Gereja Roman Katolik di Vatican City. Perpustakaan

ini satu daripada perpustakaan yang terpenting. Ia

mempunyai koleksi awal manuskrip dan buku

Nicholas ke-V, yang menjadi paus dari tahun 1447

hingga tahun 1455, dan mengasaskan perpustakaan

ini sebagai perpustakaan manuskrip bertulis

tangan.

UMUM 
PERPUSTAKAAN BODLEY

Perpustakaan Bodley ialah perpustakaan

utama di Oxford University, England. Perpustakaan

ini mengandungi kira-kira lima juta buku dan lebih

daripada 60 000 manuskrip. Undang-undang hak

cipta menetapkan bahawa satu salinan bagi setiap

buku yang diterbitkan di Great Britain mestilah

diberikan kepada perpustakaan ini sekiranya

perpustakaan ini memerlukannya.

UMUM 
PERPUSTAKAAN BERGERAK

Perpustakaan bergerak ialah kenderaan

bergerak seperti bas atau van yang dipenuhi rak

yang disusun dengan buku-buku atau bahan-bahan

lain. Ia digunakan sebagai perpustakaan yang

memberi pinjaman buku kepada masyarakat

tempatan. Perpustakaan awam lazimnya

menggunakan perpustakaan bergerak sebagai satu

cara untuk meluaskan perkhidmatannya.

UMUM 
PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA (PNM)

Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) ialah

perpustakaan awam induk yang menyimpan

pelbagai khazanah ilmu dalam pelbagai bentuk dan

menyediakan perkhidmatan kepada pengguna,

pembaca dan penyelidik. Ia merupakan sebuah

Jabatan Kerajaan Persekutuan yang berperanan

merancang dan membangunkan prasarana

perpustakaan di seluruh negara.

UMUM 
PERPUSTAKAAN FOLGER SHAKESPEARE

Perpustakaan Folger Shakespeare di

Washington, D.C. , menempatkan salah satu koleksi

buku yang sangat penting tentang peradaban

orang British kira-kira dari tahun 1485 hingga tahun

1715. Perpustakaan ini juga memiliki koleksi buku

yang paling penting di dunia yang dihasilkan oleh

William Shakespeare dan tentang William

Shakespeare. Perpustakaan ini mempunyai lebih

daripada 225 000 buah buku.

UMUM 
PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA, perpustakan induk yang menyimpan khazanah ilmu dalam pelbagai bentuk dan jenis dan memberi perkhidmatan kepada pembaca, penyelidikan dan pengguna am.  Perpustakaan Negara terletak di jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.  Perpustakaan Negara bermula sebagai sebuah perpustakaan negeri di Arkib Negara pada tahun 1966 dan kemudian menjadi sebuah Perpustakaan Persekutuan pada tahun 1977.  Ketua Pengarahnya yang pertama ialah Paul C. Ratchaga.  Pada tahun 1990, Perpustakaan Negara diletakkan di bawah Kementerian Pendidikan.  Tujuan dan maksud Perpustakaan Negara termaktub dalam Akta Perpustakaan Negara (pindaan) 1987.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
PERPUSTAKAAN MITCHELL

Perpustakaan Mitchell, di Sydney, New

South Wales , mengandungi koleksi penyelidikan

berjumlah lebih 200 000 buah buku bercetak dan

beberapa ribu manuskrip, peta, lukisan, cetakan,

dan gambar tentang Australia. Koleksi ini juga

meliputi koleksi kawasan Pasifik dari Indonesia

hingga ke Hawaii, dan dari Filipina hingga ke

Antartik.

UMUM 
PERPUSTAKAAN ISKANDARIAH

Perpustakaan Iskandariah ialah tempat

koleksi skrol purba yang terbesar dan paling

terkenal.

UMUM 
BIBLIOTHÈQUE NATIONALE

Bibliothèque Nationale ialah salah sebuah

perpustakaan yang terbesar di Eropah. Ia terletak

di Paris, dan merupakan perpustakaan negara

bagi orang Perancis. Ia adalah salah sebuah

perpustakaan yang tertua dan terpenting di dunia.

Perpustakaan ini menyimpan satu naskhah bagi

setiap terbitan yang dicetak di Perancis. Koleksinya

termasuk kira-kira 20 juta jilid bercetak, 500 000

majalah, 165 000 manuskrip, 600 000 peta, 15 juta

turisan dan gambar foto dan kira-kira 400 000

syiling dan kameo.

UMUM 
1234

Kembali ke atas