Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.sau.da.ra.an] | ڤرساوداراءن

Definisi : perihal bersaudara, perhu-bungan spt bersaudara, pertalian yg rapat sekali (seolah-olah bersaudara): merekalah yg menguatkan tali ~ antara berbagai-bagai kaum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.sau.da.ra.an] | ڤرساوداراءن

Definisi : perhubungan kerana bersaudara; per­hubungan sbg saudara; perhubungan yg rapat sekali. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata persaudaraan

Peribahasa

Berkuak pedang,
     berbelah buluh.

Bermaksud :

Membahagi-bahagikan harta pencarian kerana bercerai atau putus persaudaraan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERSAUDARAAN SAHABAT PENA MALAYAPersatuan penulis.SASTERAInstitusi/Organisasi
SUKU

Suku ialah satu kumpulan manusia yang bersaudara

melalui nenek moyang yang sama. Sesetengah suku

merupakan matrilineal (pertalian persaudaraan

melalui nasab ibu). Suku yang lain ialah patrilineal

(pertalian persaudaraan melalui nasab bapa). Ahli

sesuatu suku dapat merasakan hubungan yang rapat

antara satu sama lain, dan biasanya mempunyai

semangat perpaduan yang utuh walaupun mereka

mungkin tinggal berjauhan. Mereka sering berkongsi

harta benda atau hak-hak istimewa. Kebanyakan suku

dikatakan eksogami, iaitu ahli suku mesti berkahwin

di luar suku. Suku sering dinamai mengikut totem

(haiwan atau tumbuhan simbolik). Orang Asli Amerika

mempunyai suku dikenali sebagai suku Bear atau

suku Tobacco.

UMUM 
SILATURAHIMPerhubungan persahabatan (persaudaraan).AGAMAKonsep
SOONG CHING-LING

Soong Ching-ling (1890–1981) ialah tokoh yang

terkemuka dalam kerajaan Komunis China. Dia

berkhidmat sebagai Naib Pengerusi dalam kerajaan

dari tahun 1949 hingga tahun 1975. Soong Ching- ling bertugas sebagai

ketua pertubuhan wanita kebangsaan dan juga

Sino-Soviet Friendship Assocation (Persatuan

Persaudaraan China- Soviet) setelah Parti

Komunis berjaya bertapak di China.

Dia dianugerahi Hadiah Keamanan Stalin tahun

1925.

UMUM 
MAAL HIJRAH

Maal Hijrah ialah tahun baru yang disambut pada

1 Muharam menurut takwim Islam. Takwim Islam

bermula daripada peristiwa penghijrahan Rasulullah

s.a.w. bersama-sama para sahabatnya dari Makkah

ke Yathrib iaitu al-Madinatul al-Munawarrah.

Daripada peristiwa tersebut, dapat dihayati nilai

pengorbanan, perjuangan, persaudaraan dan

perpaduan yang dibentuk oleh masyarakat Islam

Muhajirin dan Ansar di Madinah. Penghijrahan

Rasulullah s.a.w. ini membawa kepada kewujudan

negara Islam yang pertama, dan berperlembagaan

Islam.

UMUM 
ADAT PERKAHWINAN MURUT

ADAT PERKAHWINAN MURUT, adat perkahwinan diamalkan oleh masyarakat Murut yang tinggal di Sabah. Sistem sosial yang menjadi amalan suku Murut di Pensiangan ialah ‘barian’ (hantaran sampai mati) atau ‘barian’ kahwin seumur hidup. Sistem ini masih dianggap sebagai tunjang adat bagi mengukuhkan tali persaudaraan antara ibu bapa dan anak perempuan yang telah kahwin. Ibu bapa perempuan atau saudara-maranya berhak meminta atau mengambil sesuatu benda yang disukai daripada menantunya pada bila-bila masa tanpa memikirkan sama ada perbuatannya itu menyenangkan menantunya ataupun sebaliknya.

 

BUDAYAKonsep
DARUL ARQAM

DARUL ARQAM, pertubuhan dakwah Islam. Ia ditubuhkan oleh Ustaz Asaari Muhammad pada tahun 1968. Sebelum Darul Arqam ditubuhkan, Ustaz Asaari, yang berguru dengan almarhum Syekh Mahmood Bukhari, memimpin kegiatan usrah di Datuk Keramat, Kuala Lumpur. Dia memperkenalkan konsep ‘ikhwan’ (persaudaraan Islam) di kalangan para pengikutnya. Dia telah membina sebuah perkampungan Islam di Sungai Pencala, Kuala Lumpur di samping menjadi pusat kegiatan dakwah yang dipimpinnya sendiri sebagai Syekhul Arqam. Darul Arqam tidak berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966.

        

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
MADRASAH AL-HUDA ADDINIYAH AL-ISLAMIYAH

MADRASAH AL-HUDA ADDINIYAH AL-ISLAMIYAH, sekolah agama. Sekolah ini terletak di Jalan Datuk Keramat, Pulau Pinang, dan didirikan pada tahun 1930-an. Para pengasas sekolah ini terdiri daripada tokoh gerakan Kaum Muda seperti Syekh Abdullah al-Maghribi, Syekh as-Shiblee, Haji Ibrahim Aqiby serta tokoh Persaudaraan Sahabat Pena Malaya (PASPAM) seperti S.M. Zainal Abidin, Muhammad Tamin Sutan Deman dan Nyak Amin. Syekh Abdullah al-Maghribi, bekas mudir dan guru di Madrasah al-Mashor al-Islamiyah, menjadi pengetua sekolah ini.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
PASPAM

PASPAM, pertubuhan bercorak sosial dan kebudayaan.  Pertubuhan ini jelas mampu membangkitkan semangat kebangsaan di kalangan orang Melayu di Tanah Melayu, Singapura dan Borneo.  Nama penuh PASPAM ialah Persaudaraan Sahabat Pena Malaya. PASPAM ditubuhkan pada bulan September 1934, hasil anjuran Syed Alwi     al-Hadi, pengarang akhbar Saudara, yang berminat terhadap kegiatan Sahabat Pena yang telah ditubuhkan melalui akhbar Saudara pada 7 April 1934.  Syed Alwi telah menjemput rakan-rakan yang berminat dalam Sahabat Pena seperti Zainal Abidin B.A., Syekh Abdullah Maghribi, Nyak Mohd. Amin, CM. Ibrahim, Syed Abdul Rahman           al-Yahya dan Syed Ali Yahya untuk sarna-sarna menggerakkan PASPAM.

SASTERAPersatuan

Kembali ke atas