Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.se.fa.ha.man] | ڤرسفهمن

Definisi : perihal bersefahaman, permuafakatan, persetujuan: dgn perundingan begini, mungkin dapat dicapai ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.se.fa.ha.man] | ڤرسفهمن

Definisi : hal bersefahaman; persetujuan: Dgn cara berunding, ~ dpt dicapai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata persefahaman


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ententekesepakatanSains PolitikHubungan AntarabangsaIstilah diplomatik yang merujuk kepada bentuk persefahaman sama ada secara khusus atau umum antara dua atau lebih negara. Persefahaman ini di luar daripada perjanjian rasmi atau pakatan rasmi antara negara. Istilah ini pertama kali digunakan oleh Perdana Menteri Perancis M. Guizot pada tahun 1843, iaitu entente cordiale. Pada tahun 1904, persefahaman politik wujud antara Britain dengan Perancis. Melalui persefahaman ini, Britain mendapat hak kebebasan untuk memperluas pengaruhnya di Mesir, manakala Perancis pula mendapat kebebasan untuk menjajah Morocco. Persefahaman ini merupakan sebahagian daripada prinsip perimbangan kuasa di Eropah. Jerman menentang persefahaman tersebut kerana kepentingan ekonomi dan politiknya di wilayah kedua-dua negara ini terjejas.
pre-agreed contractkontrak ittifaq dimniEkonomiEkonomi IslamPersefahaman awal yang wujud sebelum sesuatu akad dimeterai. Dalam persefahaman ini, sekumpulan peniaga membuat satu perjanjian lebih awal untuk menjual dan membeli semula aset dalam kalangan mereka pada harga tertentu. Dalam akad ini, peniaga utama yang mendapat tender bersetuju akan membeli aset yang dibida di pasaran dan kemudian, menjualnya semula kepada peniaga lain yang terlibat dalam perjanjian itu. Sekiranya terdapat lebih daripada seorang peniaga yang berjaya mendapatkan tender, mereka boleh membeli aset secara bersama dan menjadi rakan kongsi. Contohnya, dalam pembidaan bon Islam, beberapa peniaga utama boleh menjadi rakan kongsi untuk membeli aset tersebut mengikut peratusan masing-masing yang telah dipersetujui. Sinonim kontrak persefahaman awal.
Memorandum of Understanding (M.O.U)Memorandun persefahaman (M.P)PentadbiranTiadaPerjanjian persefahaman yang tidak terikat antara dua pihak tentang rancangan untuk menjalankan sesuatu aktiviti.
memorandum of understanding (MOU)memorandum persefahamanPentadbiranPentadbiran Awam

Satu perjanjian atau persetujuan yang dicapai oleh dua atau lebih pihak yang berbincang untuk mencapai objektif atau tujuan yang sama demi kebaikan kedua-dua belah pihak atau pelbagai pihak yang terlibat. Biasanya bentuk perjanjian atau persetujuan atau persefahaman ini didokumentasikan untuk tujuan rujukan. MOU bukan sahaja dilihat dari segi pencapaian kata sepakat dalam bidang perniagaan tetapi juga lain-lain bidang, misalnya perjanjian damai antara negara, penambahbaikan bidang akademik atau pendidikan dan sebagainya.

imaginative understandingpersefahaman imaginatifSejarahTiadaTiada
dispute settlement understandingpersefahaman penyelesaian pertikaianUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPerjanjian yang menjadi sumber peraturan bagi proses penyelesaian pertikaian yang terhasil daripada pemakaian perjanjian-perjanjian WTO oleh negara anggota. Perjanjian ini menuntut badan adjudikatif WTO (Panel dan Badan Rayuan) agar tidak menambah dan mengurangkan hak serta tanggungjawab yang telah dinyatakan dalam perjanjianWTO.
pre-agreed contractkontrak persefahaman awalEkonomiEkonomi IslamLihat kontrak ittifaq dimni.
memorandum of understandingmemorandum persefahamanSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
memorandum of understanding (MOU)memorandum persefahamanGeografiTiadaTiada
memorandum of understanding (MOU)memorandum persefahamanSains PolitikTiadaTiada
123

Kembali ke atas