Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.se.ku.tuan] | ڤرسکوتوان

Definisi : 1. pergabungan (persatuan dll) utk kepentingan bersama ahli-ahli; 2. pergabungan negara-negara dll: P~ Tanah Melayu; 3. Id syarikat perdagangan (per­usahaan dll), perkongsian; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sekutu (kata nama)
1. Bersinonim dengan kawan: sahabat, teman, pengikut, taulan, saing, handai, konco, pasangan, kerabat, kenalan, rakan, saudara, nyapang, sobat, rafik, syarik, alif,
Berantonim dengan musuh

2. Bersinonim dengan gabungan: syarikat, ikatan, kombinasi, perkumpulan, pertubuhan, kelompok, kesatuan, golongan,
Berantonim dengan individu

Kata Terbitan : menyekutui, menyekutukan,mempersekutukan, persekutuan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apa maksud negeri, apa maksud wilayah persekutuan? adakah wilayah persekutuan dikira sebagai sebuah negeri dan berapa bilangan negeri di malaysia?

Salam sejahtera,

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat negeri bermaksud
daerah tempat tinggal (kampung, negara, dll). Selain itu negeri juga beerti daerah yang di bawah perintah seorang sultan atau gabenor. Untuk mengetahui maksud yang lebih jelas mengenai perkataan 'negeri' sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat halaman 1075. 

    Manakala maksud wilayah persekutuan pula ialah 
wilayah yang ditadbir secara langsung oleh kerajaan Persekutuan Malaysia dan ditadbir di bawah perundangan Persekutuan">Kementerian Wilayah Persekutuan. Tidak seperti negeri-negeri lain bagi Malaysia, Wilayah Persekutuan tidak diperintah oleh kerajaan negeri, sebaliknya terletak di bawah pentadbiran Persekutuan dan diperintah oleh Yang di-Pertuan Agong. Terdapat tiga bahagian dalam Wilayah Persekutuan, iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Daripada ketiga-tiga bahagian ini, Kuala Lumpur merupakan ibu kota Persekutuan, Labuan merupakan Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa (IBFC) manakala Putrajaya merupakan pusat pentadbiran Persekutuan.

    Malaysia terdiri daripada 13 buah negeri dan tiga Wilayah Persekutuan. Jadi Wiayah Persekutuan tidak dikira sebagai sebuah 'negeri'

Lain-lain01.12.2012
Yang mana betul? A) Pasaraya Jusco B) Pasar Raya Jusco Yang mana betul? A) Leburaya Persekutuan B) Lebuh Raya Persekutuan Terima kasih

Saudara,

Ejaan yang betul adalah seperti yang berikut:

i. Pasar Raya Jusco ii. Lebuh Raya Persekutuan

Kedua-dua perkataan pasar raya dan lebuh raya ialah kata majmuk dan dieja sebagai dua perkataan.

Ejaan08.02.2010
Singapura dipisahkan dari/daripada Persekutuan Malaysia pada tahun 1965. Persekutuan Malaysia merujuk kepada tempat atau organisasi? Jadi bagaimana penggunaan dari dan daripada?

Ayat yang betul ialah Singapura dipisahkan daripada Persekutuan Malaysia pada tahun 1965. Perkataan Persekutuan Malaysia dalam konteks ayat yang diberikan merujuk kepada “organisasi”.

Untuk makluman, perkataan “dari” merupakan kata sendi yang digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu. Manakala kata sendi “daripada” hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda, unsur mujarad, sumber atau asal kejadian sesuatu benda dan perbezaan atau perbandingan.
Tatabahasa07.01.2021
adakah perkataan bahagian piliihan raya persekutuan dan bahagian pilihan raya negeri perlu dimulakan dengan huruf besar. contoh: 1) Pada masa ini terdapat sebanyak 222 bahagian pilihan raya persekutuan dan 587 bahagian pilihan raya negeri. 2) Bahagian pilihan raya persekutuan adalah untuk memilih wakil di Dewan Rakyat bagi membentuk Kerajaan Persekutuan. 3) Bahagian pilihan raya negeri adalah untuk memilih wakil di Dewan Undangan Negeri bagi membentuk kerajaan Negeri.Terdapat beberapa jenis penggunaan huruf besar dalam penulisan Bahasa Melayu.
Bahagian Pilihan raya dan seumpamanya dikategorikan sebagai nama institusi seperti Dewan Undangan Negeri dan lain-lain yang dimulakan dengan huruf besar.

 - Bahagian Pilihan raya Persekutuan
 - Bahagian Pilihan raya Negeri
Lain-lain08.09.2017
Ayat yang mana betul . "Majlis Serah Tugas Pengurusan Tadika Islam Daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) " Atau "Majlis serah Tugas Pengurusan Tadika Islam Kepada Majlis Agama Islam wilayah Persekutuan (MAIWP)"Ayat yang betul ialah Majlis Serah Tugas Pengurusan Tadika Islam daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).Tatabahasa03.03.2009
Salam sejahtera, Saya ada persoalan mengenai cara penulisan ayat berikut: Pemulihan Tanah Persekutuan atau FELCRA (Federal Land Consolidation and Rehabilitation Authority) atau Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA - Federal Land Consolidation and Rehabilitation Authority) atau Pemulihan Tanah Persekutuan - Federal Land Consolidation and Rehabilitation Authority (FELCRA). Yang mana satukah yang betul antara ketiga-tiga cara penulisan di atas? Terima kasih.
Cara penulisan yang boleh digunakan ialah Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Federal Land Consolidation and Rehabilitation Authority - FELCRA).
Tatabahasa22.12.2020
Bagi bahagian pilihan raya persekutuan, sempadan yang dibuat tidak boleh melangkau atau merentasi sempadan negeri yang lain. Manakala bagi bahagian pilihan raya negeri pula, sempadannya tidak boleh berada di dalam dua bahagian pilihan raya Persekutuan yang berbeza. Perlukan ayat "bahagian pilihan raya persekutuan" dan "bahagian pilihan raya negeri" dimulakan dengan huruf besar?Ya, ayat tersebut perlu dimulakan dengan huruf besar seperti di bawah:

1. Bahagian Pilihan raya Persekutuan
2. Bahagian Pilihan raya Negeri
Lain-lain08.09.2017
Tuan, merujuk kepada maklumbalas DBP berkenaan dengan penggunaan huruf besar bagi "bahagian pilihan raya persekutuan" dan "ahagian pilihan raya negeri" pada 08.09.2017, jawapan yang diberikan oleh DBP adalah "Bahagian Pilihan raya Persekutuan" dan "Bahagian Pilihan raya Negeri" iaitu perkataan "bahagian", "pilihan", "persekutuan" dan "negeri" adalah dimulakan dengan huruf besar, namun perkataan "raya" dimulakan dengan huruf kecil digunakan sedangkan ia merupakan nama penuh bagi entiti tersebut. Bolehkah DBP memperjelaskan hal ini?Ejaan yang betul ialah Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Bahagian Pilihan Raya Negeri. Berkemungkinan berlaku kesilapan ejaan dalam jawapan sebelum ini.Penyemakan dan penterjemahan15.12.2017
apa maksud 'persekutuan'?Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud persekutuan ialah pergabungan (persatuan dll) utk kepentingan bersama ahli-ahli. Untuk keterangan lanjut dan untuk mengetahui makna perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna30.03.2009
Salam, perlembagaan persekutuan perlu ditulis dalam kata nama khas atau tak ya?Perlembagaan Persekutuan perlu ditulis sebagai kata nama khas.Tatabahasa25.01.2023
12345678910...

Kembali ke atas