Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. perbezaan pendapat (fikiran dll): timbullah ~ faham antara Dato’ Temenggung dgn Dato’ Perpatih; 2. perba­lahan, persengketaan, pertikaian: berunding menyelesaikan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : perbezaan pendapat dll; perbalahan; pertikaian: Tidak berapa lama kemudian, berlakulah ~ antara orang Riau dgn orang Belanda. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
selisih (kata nama)
Bersinonim dengan beza, perbezaan, kelainan, jauhnya, jarak, kacek, selang, lat, tengkang, senggang, jauh, langkau;,
Kata Terbitan : berselisih, menyelisihkan;memperselisihkan, perselisihan,

Peribahasa

Sudah bertarah,
     berdongkol pula.

Bermaksud :

Sesudah suatu perselisihan diselesaikan, timbul pula perselisihan yang lain.

 

Lihat selanjutnya...(43)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KEDAULATAN RAKYAT

Kedaulatan rakyat ialah doktrin yang

diwujudkan semasa berlakunya perselisihan

tentang dasar perhambaan yang menjadi

sebahagian daripada sejarah awal Amerika

Syarikat.

UMUM 
PERANG MEXICO

Perang Mexico (1846–1848) ialah pertempuran

antara Amerika Syarikat dengan Mexico kerana

perselisihan yang berterusan selama dua dekad.

Selama perang tersebut, pasukan tentera Amerika

Syarikat telah menyerang Mexico dan menduduki

ibu kotanya, Mexico City. Mengikut Perjanjian

Guadalupe Hidalgo, Amerika Syarikat

memperoleh wilayah California, Nevada dan Utah,

hampir seluruh Arizona dan New Mexico, serta

bahagian Colorado dan Wyoming daripada

Mexico . Namun, kebanyakan ahli sejarah

berpendapat bahawa perang itu merupakan

serangan yang tidak sepatutnya dibuat terhadap

sebuah negara yang lemah.

UMUM 
PERJANJIAN DAMAI

Perjanjian damai ialah satu perjanjian antara

dua atau lebih negara yang bersetuju untuk

membincangkan perselisihan secara damai dan

bukan bertujuan menyerang antara satu dengan

lain. Antara Perang Dunia I (1914–1918) dan Perang

Dunia II (1939–1945), banyak negara telah

menandatangani perjanjian damai kerana tidak

ada kuasa antarabangsa yang cukup kuat untuk

mengelakkan peperangan.

UMUM 
ALEXANDER III

Alexander III (1105–1181), dipilih menjadi paus

pada tahun 1159. Maharaja Rom Holy, Frederick I,

menyokong seorang antipaus yang bernama Victor

IV yang dipilih oleh sekumpulan minoriti kardinal.

Perselisihan antara maharaja dengan golongan paus

menyebabkan perpecahan antara golongan paus

yang membawa kepada terpilihnya tempat

golongan antipaus di sepanjang pemerintahan

Alexander.

UMUM 
NAWAZ SHARIF

Nawaz Sharif (1949– ), perdana menteri

Pakistan dari tahun 1990 hingga tahun 1993. Dia

dilantik selepas partinya Islamic Democratic

Alliance memperoleh kemenangan yang besar

dalam pilihan raya kebangsaan. Dasar yang

diisytiharkan olehnya adalah untuk menghapuskan

perselisihan lama dan kesetiaan parokial. Dia juga

mempunyai matlamat untuk mewujudkan integrasi

nasional, menggalakkan perindustrian, dan

mengurangkan pergantungan bantuan dari luar

negara.

UMUM 
MALIK IBN NABI

Malik ibn Nabi (1323 H.–1393 H./1905 M.–1973

M.) ialah pemikir Algeria yang terkenal. Dia

merupakan salah seorang pemikir

Islam yang mengemukakan pandangan mereka

untuk membangunkan negara Islam berpandukan

ajaran al-Qur’an supaya bebas daripada

perselisihan faham dan taklid semata-mata. Malik

ibn Nabi seorang yang amat mementingkan masa

yang dianggap sebagai laluan utama sejarah

kemasyarakatan.

UMUM 
MEIR, GOLDA

Meir, Golda (1898–1978), Perdana Menteri Israel

dari tahun 1969 hingga tahun 1974. Selama karier

politiknya itu, dia menyokong perpindahan

penduduk secara beramai-ramai

ke Israel dan

program pembinaan

perumahan yang utama

serta program lain.

Masalah utamanya sebagai

perdana menteri ialah

perselisihan wilayah antara

Israel dengan beberapa

buah negara Arab. Golda

Meir menjalankan dasar

yang tegas tetapi polisi

terbuka terhadap negara-negara Arab.

UMUM 
MUNSYI SULAIMAN MD. NOR MUNSYI SULAIMAN MD. NOR   (1870-1928), tokoh bahasa dan persaratan Melayu. Dia lahir di Siak, Sumatera, Indonesia. Keluarganya telah berhijrah ke Melaka kerana berlaku perselisihan faham di kalangan keluarga Raja Muda Hashim, pembesar Siak. Keluarganya memilih Melaka kerana hubungan politik yang telah wujud antara kedua-duanya pada abad ke-16.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
NABI ILIAS A.S.

Nabi Ilias a.s. ialah salah seorang daripada nabi

berketurunan Bani Israel. Nabi Ilias a.s. berasal

daripada zuriat Nabi Harun a.s. dan salasilah

keturunannya bertemu dengan keturunan Nabi

Ibrahim a.s. Allah SWT mengutuskan Nabi Ilias a.s.

kepada penduduk Ba‘labak iaitu kawasan barat

bandar Hims ketika kerajaan Bani Israel berpecah

selepas kewafatan Nabi Sulayman a.s. Kerajaan ini

berpecah disebabkan oleh perselisihan raja-raja

mereka kerana berebut kuasa, kekufuran dan

kesesatan yang meluas di kalangan mereka.

Mereka menyembah berhala bernama Ba‘la. Nabi

Ilias a.s. menyeru mereka supaya menjauhi amalan

menyembah berhala dan beralih kepada

menyembah Allah SWT sahaja, tetapi mereka

tidak menerimanya.

UMUM 
PEMBUNUHAN AMBON

PEMBUNUHAN AMBON, pembunuhan yang berlaku akibat perselisihan antara orang Belanda dan Inggeris di ambon.  Hingga tahun 1619, ibu pejabat Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) terletak di Ambon, timur Indonesia.  Selepas itu VOC memindahkan ibu pejabatnya ke Betawi, tetap Belanda terus mengekalkan pangkalannya, Fort Victoria, di Ambon.  Belanda mahu memastikan monopoli terhadap perdagangan rempah.  Pegawai VOC di Betawi tidak mahu Syarikat Hindia timur Inggeris membina posnya di Ambon kerana bimbang kehadiran Inggeris boleh mencabar kedudukan Belanda.  Walau bagaimanapun, pada tahun 1619, melalui persetujuan antara Belanda dengan Inggeris, Inggeris dibenarkan membina pos di Ambon dan berkongsi 1/3 daripada perdagangan rempah.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPeristiwa
12

Kembali ke atas