Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.sem.ba.han] | ڤرسمبهن

Definisi : 1. hadiah (kpd raja, orang-orang yg lebih tinggi martabatnya): segala negeri takluk datang memperhambakan diri, masing-masing dgn persembahannya; 2. sesuatu yg dihidangkan atau dipertunjukkan (permainan, pementasan, filem, dll): ~ lakonan yg diselingi lagu-lagu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.sem.ba.han] | ڤرسمبهن

Definisi : 1 apa-apa yg disembahkan; pemberian kpd raja-raja. 2 sesuatu yg dipersembahkan kpd umum: ~ drama Tamu Bukit Kenny sangat memuaskan hati para penonton. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata persembahan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
persembahan tamat atau tamat persembahan, antaranya frasa mana satu yang betul? Kami bertepuk tangan selepas ____. Terima kasih ats penjelasan.persembahan tamat atau tamat persembahan, antaranya frasa mana satu yang betul? Kami bertepuk tangan selepas ____. . Kedua-dua frasa "persembahan tamat atau tamat persembahan" adalah betul dan boleh digunakan.Tatabahasa13.07.2017
Salam sejahtera, yang manakah antara berikut adalah betul? satu majlis / sebuah majlis satu persembahan / sebuah persembahan satu karangan / sebuah karangan satu kebakaran / sebuah kebakaran sehelai tikar atau sebidang tikar
  1. Untuk makluman tuan/puan, tidak semua perkataan perlu dimasukkan penjodoh bilangan. Cadangan supaya perkataan majlis/persembahan/karangan/kebakaran digunakan tanpa dimasukkan bilangan atau penjodoh bilangan. Walau bagaimanapun, penggunaan bilangan dan penjodoh bilangan ini boleh digunakan sekiranya bersesuaian dengan konsep dan bentuk ayat yang ingin digunakan.
  2. Jawapan yang betul ialah sehelai tikar.

Tatabahasa01.06.2023
Joey dan rakan-rakannya mengadakan persembahan gamelan. A. Persembahan gamelan diadakan oleh Joey dan rakan-rakannya. B. Gamelan dipersembahkan oleh Joey dan rakan - rakan-rakannya. Yang mana satu ayat yang sama maksud?
Ayat yang sama maksud ialah  Persembahan gamelan diadakan oleh Joey dan rakan-rakannya. 
Tatabahasa11.09.2020
ADAKAH PERKATAAN *UPACARA PERSEMBAHAN* WUJUD? * UPACARA PERSEMBAHAN DEWA BERMULA PADA PUKUL 7AM*. ADAKAH AYAT SEBEGINI BETUL UNTUK BANGSA CINA/INDIA YANG NAK SEMBAH DEWA MEREKA??

Saudara Hoe,

Frasa yang betul ialah 'upacara penyembahan dewa' kerana yang disembah ialah dewa.

Lain-lain28.05.2010
Apakah maksud persembahan ensitTidak ada perkataan ensit dalam pangkalan data kami.Lain-lain01.05.2014
selepas menyaksikan persembahan sambutan Maal Hijrah orang ramai ____ keluar dari Stadium Bukit Jalil. soalan saya ialah jika pilihan jawapan ada berbondong-bondong dan berpusu-pusu, yang manakah harus dipilih sedangkan kedua-dua jawapan mempunyai maksud yang sama iaitu berduyun-duyun? yang manakah lebih tepat dan mengapa???Secara umumnya kedua-duanya boleh digunakan disebabkan mempunyai makna yang sama, ataupun disebut sebagai sinonim. Kedua-duanya mempunyai konotasi yg sama. Sebagai contoh lain: Kelihatan kereta di atas jalan raya itu bertali arus sejak petang tadi. Frasa bertali arus digunakan bagi menggambarkan keadaan kenderaan yang  banyak dalam keadaan bergerak.Kalau kita bandingkan antara frasa berbondong-bondong, berpusu-pusu dan bertali arus, semuanya menggambarkan keadaan yang sama, iaitu tentang keadaan orang yang terlalu ramai dan bilangan kenderaan yg banyak. Tidak salah menggunakan frasa berbondong-bondong dan berpusu-pusu tersebut. T.kasih. Makna06.08.2008
1.Apakah maksud KONTEMPORARI? 2.Apakah maksud TARIAN? 3.Apakah maksud SENI PERSEMBAHAN? 4.Apakah unsur-unsur seni persembahan dan elemen-elemen yang wujud didalamnya?Kontemporari bermaksud pada masa yang sama, semasa atau sesama, masa kini. Tarian bermaksud gerakan badan serta tangan dan kaki berirama mengikut rentak muzik. Seni bermaksud halus, tipis, enak didengar atau comel manakala persembahan bermaksud hadiah atau sesuatu yang dihidangkan atau dipertunjukkan. Soalan Saudara yang berikutnya tidak berkaitan dengan Khidmat Nasihat Bahasa.Lain-lain22.01.2007
Antara dua ayat berikut, ayat manakah betul dari segi penggunaan kata sendi nama? a) Penonton-penonton terpesona dengan persembahan tradisional itu. b) Penonton- penonton terpesona oleh persembahan tradisional itu.Kata sendi nama yang betul ialah oleh/akan.

Penonton- penonton terpesona oleh/akan persembahan tradisional itu.
Tatabahasa11.06.2013
Bagaimana perkataan 'pra persembahan' ditulis? adakah ia dijarakkan, didekatkan atau ditambah 'dash' seperti 'pra-persembahan'? adakah kata 'pra' mempunyai cara umum untuk menggunakannya?Awalan pra- ialah awalan produktif yang menerbitkan kata nama untuk membawa pengertian sebelum atau syarat kepada sesuatu yang mengikutinya. Seperti imbuhan lain, awalan pra- dieja rapat dengan perkataan yang mengikutinya. Contohnya: prapersembahan, prasiswazah, prasangka, prauniversiti, dan prasarana. Lihat halaman 305-306 buku Tatabahasa Dewan. Tatabahasa05.05.2014
beribu-ribu penonton terpesona oleh persembahan kebudayaan dari negara asing itu. (adakah beribu-ribu salah?)

Penggunaan 'beribu-ribu" dalam ayat tersebut kurang tepat kerana tiada penjodoh bilangan. Ayat yang tepat ialah Beribu-ribu orang penonton terpesona oleh persembahan kebudayaan dari negara asing itu atau Ribuan penonton terpesona oleh persembahan kebudayaan dari negara asing itu.

Tatabahasa20.02.2011
12345678910

Kembali ke atas