Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.sem.ba.han] | ڤرسمبهن

Definisi : 1. hadiah (kpd raja, orang-orang yg lebih tinggi martabatnya): segala negeri takluk datang memperhambakan diri, masing-masing dgn persembahannya; 2. sesuatu yg dihidangkan atau dipertunjukkan (permainan, pementasan, filem, dll): ~ lakonan yg diselingi lagu-lagu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.sem.ba.han] | ڤرسمبهن

Definisi : 1 apa-apa yg disembahkan; pemberian kpd raja-raja. 2 sesuatu yg dipersembahkan kpd umum: ~ drama Tamu Bukit Kenny sangat memuaskan hati para penonton. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata persembahan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
accompanimentiringanMuzikTiada

 Muzik yang mengiringi sesuatu persembahan. Persembahan itu boleh diiringi sejenis alat muzik sahaja seperti piano, gitar atau ensembel kecil seperti kugiran atau ensembel besar seperti orkestra. Muzik iringan biasanya dapat membantu mengindahkan sesuatu persembahan seperti dari aspek ritma dan harmoni serta mampu melahirkan penghayatan terhadap karya tersebut.

off-broadwayoff-broadwayKesusasteraanTiadaPersembahan teater di auditorium yang terletak di luar kawasan Broadway, New York. Persembahan teater ini memaparkan karya baharu dan eksperimental. Kos persembahannya rendah dan biasanya tidak mempunyai jumlah penonton yang ramai. Persembahan teater Off-Broadway muncul sebagai reaksi kepada peningkatan kos persembahan di Broadway dan kekurangan panggung persembahan. Persembahan ini merosot selepas tahun 1930-an, tetapi kembali aktif ketika Perang Dunia Kedua. Pada masa ini, pementasan Off-Broadway merupakan salah satu kegiatan teater yang penting di Amerika Syarikat.
presentation softwareperisian persembahanTeknologi MaklumatTiadaPerisian aplikasi yang digunakan untuk membangunkan bahan persembahan yang terdiri daripada teks, imej, animasi, grafik, video atau carta. Perisian persembahan dibahagikan kepada tiga jenis iaitu perisian persembahan bisnes, alat pengarangan multimedia dan perisian yang mempunyai ciri-ciri kedua-dua perisian tersebut. Contoh perisian persembahan adalah seperti Microsoft Powerpoint, Freelance Grafics, Adobe Persuasion, Astound, Asymetrix Compel dan Harvard. Sinonim grafik persembahan.
best performancepersembahan terbaikKomunikasiTiadaPenilaian yang diberikan kepada mutu persembahan yang memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan sama ada dalam persembahan tarian, lakonan pentas atau persembahan nyanyian.
presentation graphics programatur cara grafik persembahanTeknologi MaklumatTiadaPerisian yang digunakan untuk menghasilkan grafik persembahan. Contoh atur cara grafik persembahan adalah seperti Freelance Graphics keluaran Lotus atau Hollywood keluaran IBM yang mempunyai alat untuk melukis dan mewarna, serta menghasilkan carta menggunakan data dari lembaran kerja. Kadangkala ia juga dipanggil sebagai perisian persembahan. Lihat grafik persembahan.
plotplotKomunikasiKorporatProses penceritaan sesuatu persembahan drama atau penulisan kreatif. Proses tersebut biasanya menggunakan pendekatan yang disesuaikan dengan genre sesuatu cerita atau persembahan dan khalayak sasaran. Secara strategiknya, proses persembahan adalah berasaskan titik pembangunan cerita atau persembahan yang bertujuan untuk menarik perhatian khalayak. Dalam komunikasi korporat, plot dirujuk sebagai satu strategi persembahan mesej. Contohnya, dalam penerbitan video korporat, plot lebih dilihat sebagai satu proses perancangan idea yang strategik dalam menyalurkan mesej daripada organisasi kepada khalayak. Bagi memastikan penguasaan khalayak terhadap mesej, strategi persembahan perlu dirancang dengan berkesan. Strategi tersebut adalah dengan mendapatkan dan mengekalkan perhatian khalayak, mewujudkan kefahaman, meningkatkan penghayatan, mengekalkan ingatan, dan pengamalan terhadap mesej. Pendekatan yang sama boleh digunakan dalam strategi penyampaian taklimat dan pengucapan awam.
tableautabloKesusasteraanTiadaFormasi tertentu yang dibentuk secara berkumpulan, terutamanya dalam drama dan tarian. Tablo membawa makna tertentu, iaitu menggambarkan detik sejarah, pertarungan, atau kesengsaraan. Formasi tablo bermula secara statik, kemudian pelakon bergerak membentuk formasi lain yang secara kolektif akan menyampaikan tema bagi keseluruhan persembahan. Persembahan tablo biasanya dijadikan selingan terutamanya pada setiap akhir adegan dalam sesebuah drama.
packagepakejKomunikasiKorporat1. Set persembahan maklumat mengenai kelompok barangan, perkhidmatan, atau organisasi. Persembahan maklumat dirancang secara berstruktur dan bersepadu untuk memperagakan citra barangan, perkhidmatan, atau organisasi yang berkenaan secara berpakej. Perancangan persembahan ini mengambil kira jenis, mutu, fungsi dan kepentingan barangan, perkhidmatan dan falsafah organisasi. Keseluruhan persembahan akan melambangkan citra barangan dan organisasi sebagai satu pakej. Persembahan secara berpakej dan bersepadu boleh mengatasi kelemahan yang sedia ada dalam organisasi. Contoh set persembahan adalah dalam bentuk kit media dan tawaran jualan barangan berpakej yang mengandungi pelbagai item dengan harga rendah. 2. Gabungan rancangan atau iklan yang ditawarkan oleh saluran televisyen untuk ditaja sebagai satu entiti menggunakan satu harga. Ruang iklan kadangkala dijual sebagai satu pakej.
alethicaletikKesenianDrama dan TeaterNilai komunikasi dan kesan pengalaman langsung yang diperoleh hasil daripada menonton sesuatu persembahan, khasnya persembahan pentas. Istilah ini diperkenalkan oleh Andre Helbo, melalui bukunya Theory of Performing Artspada tahun 1987. Lihat jugadeontik.
theory of performing artteori seni persembahanKesenianDrama dan TeaterDasar yang menentukan kaedah mentakrif dan menilai hasil karya sesuatu bentuk persembahan supaya dapat diukur kewibawaannya. Teori seni persembahan merupakan satu cara untuk menilai estetika seni persembahan. Tokoh seperti Aristotle, Stanislavski, Andre Helbo, Richard Schechner, Rudolf Laban adalah antara mereka yang mengemukakan dasar untuk menilai dan mempraktikkan seni persembahan dalam sesuatu konteks dan tuntutan persekitaran.
12345678910...

Kembali ke atas