Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.sen.di.rian] | ڤرسنديرين

Definisi : perihal bersendiri (tidak ditolong bantu oleh pihak-pihak lain), perseorangan: sumbangan terbesar kpd perkhidmatan sosial datang drpd sumber-sumber ~ dan bukan drpd kerajaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.sen.di.rian] | ڤرسنديرين

Definisi : perihal sen­­diri: rumah-rumah ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sendiri (kata nama)
1. Bersinonim dengan tubuh diri: diri, kediri,
Berantonim dengan orang lain

2. Bersinonim dengan seorang diri: tidak berkawan, berseorangan,
Berantonim dengan berteman

3. Bersinonim dengan sendiri-sendiri: masing-masing

4. Bersinonim dengan hak diri: kepunyaan peribadi, milik diri,

5. Bersinonim dengan terpisah: terasing, tersisih, terpencil, tercerai,

Kata Terbitan : sendirinya, bersendiri, menyendiri, menyendirikan, tersendiri, ketersendirian, sendirian, bersendirian, kesendirian, persendirian, penyendirian, penyendiri,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
private securitykeselamatan persendirianKriminologiKeadilan JenayahPenyediaan perkhidmatan perlindungan dan keselamatan sama ada oleh individu atau organsiasi secara persendirian dan tidak dibiayai oleh dana awam atau kerajaan. Perkhidmatan ini bertujuan untuk melindungi nyawa dan harta atau organisasi persendirian.
first classkelas pertamaPentadbiran PerniagaanTiadaKelas bagi gred pertengahan bilik hotel yang kebanyakan biliknya mempunyai bilik mandi persendirian atau separa persendirian dan kebanyakan biliknya disediakan perkhidmatan awam.
personal rapid transittransit persendirian segeraKejuruteraan AutomotifTiadaPengangkutan persendirian bagi memudahkan perjalanan penumpang dalam sesuatu kawasan yang luas seperti kawasan kampus.
semi-private areakawasan separa persendirianLandskapTiadaTempat persendirian yang juga dapat digunakan oleh tetamu tertentu.
private sealmeterai persendirianPentadbiran PerniagaanTiadaTanda meterai yang digunakan untuk kegunaan persendirian.
personal effects floaterpengapung barang persendirianinsuransTiadaPolisi melindungi barang persendirian yang selalu dibawa oleh pelancong. Polisi boleh diunderait dalam bentuk semua risiko atau peril tertentu. Perlindungannya meliputi seluruh dunia tetapi tidak termasuk tempat kediaman insured.
private label productkeluaran label persendirianEkonomiTiadaKeluaran yang menggunakan jenama persendirian.
personal effects floaterpengapung barang persendirianPentadbiran PerniagaanTiadaPolisi melindungi barang persendirian yang selalu dibawa oleh pelancong. Polisi boleh diunderait dalam bentuk semua risiko atau peril tertentu. Perlindungannya meliputi seluruh dunia tetapi tidak termasuk tempat kediaman pihak yang diinsuranskan.
personal automobile policypolisi automobil persendirianinsuransTiadaPolisi untuk insurans automobil persendirian yang dipermudahkan penggunaan ayat-ayat di dalam peruntukan polisi tersebut.
private international lawundang-undang antarabangsa persendirianUndang-undangUndang-undang AntarabangsaSalah satu jenis undang-undang dalam undang-undang antarabangsa. Undang-undang antarabangsa persendirian mengawal hubungan sesama individu atau syarikat merentasi beberapa bidang kuasa perundangan yang berbeza, iaitu melibatkan interaksi, transaksi, kontrak perniagaan atau perkahwinan antara dua atau lebih entiti yang mempunyai kewarganegaraan yang berlainan. Contohnya, undang-undang negara manakah yang akan digunakan untuk mengawal kesahihan sesuatu kontrak apabila kontrak dibuat di sesebuah negara tetapi dikuatkuasakan di luar negara. Dalam amalan yang lazim, negara-negara biasanya mengamalkan prinsip yang sama, iaitu penentuan dibuat berdasarkan tempat atau negara kontrak itu ditandatangani. Contoh lain, keabsahan perkahwinan antara seorang rakyat Malaysia dan seorang rakyat England di bumi Brazil membabitkan undang-undang ketiga-tiga negara berkenaan, iaitu: undang-undang Malaysia bagi menentukan keupayaan rakyat Malaysia itu berkahwin; undang-undang England bagi menentukan keupayaan rakyat England itu berkahwin; dan undang-undang Brazil bagi mengatur proses perkahwinan itu dilangsungkan. Undangundang antarabangsa persendirian juga dikenali sebagai konflik undang-undang.
12345678910...

Kembali ke atas