Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.sép.si] | ڤرسيڤسي

Definisi : (persépsi) gambaran atau bayangan dlm hati atau fikiran (tentang sesuatu), pan­dangan (menerusi pancaindera), tanggapan: kekuatan imaginasi, kepekaan dan ~nya terhadap alam dan kehidupan memberikan gaya dan pengucapan yg khusus pd karya-karyanya; mempersepsi membuat gambaran (bayang­an) dlm hati atau fikiran tentang sesuatu: objek-objek yg dipersepsi secara visual diterima tanpa soal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.sép.si] | ڤرسيڤسي

Definisi : /persépsi/ gambaran atau bayangan dlm hati atau fikiran (ttg sesuatu); pandangan; tanggapan: Kita perlu mempertimbangkan ~ masyarakat terhadap isu tsb. mempersepsi membuat gambaran atau bayangan dlm hati atau fikiran ttg sesuatu: Objek yg dipersepsi secara visual diterima tanpa soal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata persepsi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
brand imagecitra jenamaKomunikasiKorporatPersepsi khalayak terhadap sesuatu jenama. Persepsi ini biasanya bergantung pada cara pembentukan citra sesuatu jenama diberikan. Pemberian citra barangan atau perkhidmatan yang dipasarkan biasanya berasaskan identiti barangan melalui proses promosi dan pengiklanan berpandukan falsafah serta prinsip syarikat atau organisasi. Citra jenama biasanya bersifat positif dan dikaitkan dengan ciri kejayaan, kemanusiaan, keselamatan, ketuhanan, dan perkara lain yang positif serta bermakna. Hal ini sangat akrab dengan kepercayaan, kenyakinan, pendapat, dan pendirian khalayak umum. Contohnya, sesebuat syarikat multinasional membentuk citranya dengan mengaitkan barangannya dengan kebersihan alam sekitar, manakala sebuah syarikat lain pula mengaitkan barangannya dengan pengurusan kebajikan para pesakit kanser. Matlamatnya adalah untuk mewujudkan persepsi positif terhadap barangan dan organisasi serta mengukurhkan pasaran. Pembentukan sesuatu citra kerap juga dikaitkan dengan arah aliran dan gaya hidup khalayak sasaran. Sinonim imej jenama.
synesthesiasinestesiaPerubatanPsikiatriPersepsi sekunder yang berpunca daripada persepsi primer. Contohnya, halusinasi pendengaran berpunca daripada halusinasi penglihatan.
direct perceptionpersepsi langsungSains SukanBiomekanikKonsep kawalan motor yang mengemukakan pendekatan bahawa sistem persepsi memantau dan menentukan rangsangan yang relevan sahaja akan diproses oleh sistem motor biologi.
indirect perceptionpersepsi tak langsungSains SukanBiomekanikKonsep kawalan motor yang menyatakan bahawa proses persepsi mula berlaku setelah semua rangsangan diterima oleh otak.
parapsychologyparapsikologiPsikologiPsikologi UmumBidang yang mengkaji persepsi ekstrasensori (ESP) dan fenomena psikik. Persepsi ekstrasensosri adalah kemampuan individu untuk mempersepsikan kejadian atau persitiwa dengan cara yang tidak boleh dijelaskan melalui kemampuan organ deria biasa. Fenomena psikik pula merujuk kepada peristiwa yang berada di luar hukum atau peraturan sains. Individu dalam bidang ini biasanya cuba menjawab persoalan-persoalan yang berlegar di sekitar fenomena seperti klairvoyans, telepati, prakognisi dan sebagainya.
anagogic visionvisi anagogikKesusasteraanTiadaPersepsi berlapis yang digunakan oleh pengarang untuk menyatakan fikiran dan perasaannya pada paras yang pelbagai dan serentak. Persepsi atau pentafsiran mendedahkan makna yang tertinggi, iaitu makna rohaniah atau mistik di sebalik teks. Menurut Flannery O�Connor, visi anagogik merupakan suatu visi yang harus dimiliki atau dibina oleh pengarang untuk menambah makna teksnya. Menurut O. Connor, visi inilah yang dapat memperlihatkan pelbagai paras realiti dalam suatu imej atau situasi.
depth perceptionpersepsi dalamanPsikologiPsikologi UmumPengamatan yang melibatkan kesedaran individu terhadap jarak di antara dirinya dengan sesuatu objek. Pengamatan ini biasanya melibatkan penilaian tiga dimensi seperti melihat buku yang mempunyai tinggi, lebar dan panjang pada jarak tertentu. Pengamatan dalaman dikenali juga sebagai persepsi jarak.
illusionilusiPsikologiPsikologi UmumPersepsi salah yang mengherotkan maklumat yang dilaporkan. Bagi individu yang mengalami ilusi, ciri fizikal sesuatu benda seperti kepanjangan, kedudukan, gerakan, lengkukan atau arah selalunya disalahpersepsikan. Kemalaran saiz dan bentuk, gerakan mata kebiasaan, kesinambungan dan tabiat persepsi biasanya bergabung untuk menghasilkan ilusi. Contohnya, dalam kes ilusi Muller-Lyer, garisan mendatar berkepala anak panah akan kelihatan lebih pendek daripada garisan berekor anak panah atau huruf V sedangkan kedua-dua garis ini sama panjang.
hallucinationhalusinasiFarmasiFarmakologiSuatu persepsi deria (penglihatan, sentuhan, bunyi, bau atau rasa) yang kompleks, biasanya palsu atau terherot tentang sesuatu objek atau keadaan yang berlaku tanpa rangsangan luaran. Keadaan ini boleh berlaku dalam keadaan sedar atau terjaga, biasanya disusuli dengan perasaan yang sangat kuat bahawa persepsi kompleks tersebut adalah suatu yang benar­-benar berlaku. Halusinasi boleh melibatkan sebarang deria dan diklasifikasikan kepada auditori, gustatori, olfaktori, taktil atau visual. Keadaan ini merupakan simptom bagi kelakuan psikotik yang biasanya dilihat semasa skizofrenia serta gangguan lain atau gangguan mental organik. Halusinasi boleh mempunyai sebab-sebab psikologi seperti dalam penyakit-penyakit mental atau boleh disebabkan oleh drug, alkohol, penyakit organik (seperti barah otak, nyanyuk atau keletihan). Apabila halusinasi berpunca daripada masalah psikologi, ia selalunya mewakili konflik yang terpendam.
imageimejSains PolitikHubungan AntarabangsaTindakan terhadap sesuatu situasi dalam persekitaran perhubungan antarabangsa yang sebahagiannya dapat difahami berasaskan persepsi pembuat dasar. Manusia bertindak dan bertindak balas berasaskan cerminan persekitarannya. Dalam proses membuat dasar, parameter tersebut merujuk kepada persepsi individu terhadap objek, fakta atau keadaan dengan menilai aspek kebaikan dan keburukannya. Dalam konteks hubungan antarabangsa, seseorang pembuat dasar boleh berbeza dalam mentafsirkan sesuatu situasi. Keadaan ini disebabkan mereka tidak sama dalam pencirian sesuatu situasi yang menyebabkan kesimpulannya juga berbeza. Secara khusus, persoalan imej yang berbeza dalam perhubungan antarabangsa menjadi lebih kompleks bagi situasi konflik apabila melibatkan banyak faktor seperti kepelbagaian kepentingan, perbezaan dalam sejarah, ekonomi, sosial dan sistem nilai.
12345678910...

Kembali ke atas