Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
first meridianmeridian pertamaMatematikTiadaMeridian utama yang menjadi tempat untuk menentukan longitud. Contohnya meridian Greenwich telah dipilih dengan persetujuan ramai.
public opinionpendapat umumKomunikasiKorporatPendapat yang dibentuk dan dipercayai oleh orang ramai tentang sesuatu isu atau perkara. Pendapat awam ini mengandungi unsur pernyataan yang diterima sebagai benar, berkaitan dengan khalayak umum dan berkepentingan kepada mereka pada sesuatu masa. Secara umumnya, pendapat yang terbentuk dalam kalangan individu sesuatu masyarakat tidak berbeza antara satu sama lain. Kecenderungan ini membentuk satu pendapat umum yang serupa. Pendapat umum biasanya terbentuk akibat pendedahan khalayak terhadap sesuatu isu atau keadaan yang disiarkan melalui media cetak atau media elektronik. Oleh itu, media kerap digunakan sebagai alat untuk mempengaruhi khalayak supaya berlakunya pemindaan dan perubahan sesuatu arah pendirian awam terhadap sesuatu isu. Kesan hebahan tersebut membolehkan individu dalam masyarakat membentuk pendapat masing-masing. Pendapat umum kerap digunakan oleh pihak tertentu untuk mendapatkan persetujuan bersama yang berkaitan dengan aspek politik, ekonomi, atau sosiobudaya. Dalam bidang perhubungan awam, kajian pendapat umum dilakukan dengan menggunakan kaedah tinjauan lapangan dalam bentuk kualitatif atau kuantitatif untuk mengetahui kedudukan pendapat umum mengenai sesuatu isu pada sesuatu masa atau keadaan. Hasil tinjauan ini digunakan untuk merancang strategi dan kempen perhubungan awam atau sebarang kempen lain yang memberikan keuntungan kepada organisasi. Sinonim pendapat awam.
actual powerkuasa hakikiSains PolitikPolitik PerbandinganKuasa yang dimiliki oleh individu, organisasi atau pemerintah yang sah dan diterima ramai. Kuasa ini mempunyai hak mutlak dalam membuat, meminda dan menggubal sesuatu dasar atau tindakan yang dipertanggungjawabkan ke atasnya. Contohnya, kuasa hakiki dalam menentukan sesuatu perubahan atau pemindaan ke atas hal ehwal agama Islam di Malaysia, terletak di bawah tanggungjawab Majlis Raja-raja. Justeru itu, sebarang pindaan atau perubahan yang dibuat oleh badan atau organisasi lain tanpa persetujuan Majlis Raja-raja berkaitan hal ehwal agama Islam di Malaysia dianggap tidak sah kerana tidak memiliki kuasa hakiki.
Independent Ethics Committee (IEC)Jawatankuasa Etika Bebas (IEC)HerbaPeraturan dan PemasaranBadan bebas pada peringkat institusi atau kebangsaan yang bertanggungjawab untuk memastikan perlindungan hak, keselamatan dan kesejahteraan subjek manusia yang terlibat dalam ujian klinikal dan memberi jaminan kepada orang ramai mengenai perlindungan ini. Jawatankuasa Etika Bebas terdiri daripada ahli profesional perubatan atau ahli sains sahaja. Jawatankuasa ini bertindak menilai dan mengesahkan protokol ujian klinikal, kesesuaian penyelidik, kemudahan, kaedah dan bahan yang digunakan untuk mendapatkan dan mendokumenkan persetujuan termaklum yang diperoleh daripada subjek ujian klinikal.

Kembali ke atas