Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.si.da.ngan] | ڤرسيدڠن

Definisi : perjumpaan (utk membincangkan sesuatu), mesyuarat, rapat: masing-masing yg hadir dlm ~ tersebut mempunyai tafsir­annya tersendiri terhadap dasar itu; Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menangguhkan ~ yg sedang membahaskan krisis di Timur Tengah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.si.da.ngan] | ڤرسيدڠن

Definisi : perjumpaan utk membincangkan sesuatu: Dewan Rakyat telah menangguhkan ~nya se­hingga hari esok. 2 seluruh yg ada (dlm sesuatu majlis dll); para: ~ pendengar sekalian yg mendengar. ~ jemaah sekalian yg berjemaah. ~ kemuncak sidang yg diadakan pd peringkat tertinggi (dihadiri oleh ketua-ketua negara dsb). ~ video perbincangan di kalangan sekumpulan orang di tempat yg berlainan, yg dilengkapi alat komunikasi yg membolehkan mereka berbincang dan melihat wajah antara satu sama lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata persidangan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah itu Persidangan Bahasa Dan Sastera ? Apakah tujuan dan matlamat persidangan tersebut ? Apakah objektif utama persidangan tersebut di adakan ?Persidangan bahasa dan sastera merupakan dua persidangan yang berbeza. Persidangan bahasa menjurus kepada bidang bahasa dan persidangan sastera membicarakan hal-hal sastera. Kebiasaannya persidangan ini tidak dianjurkan secara serentak. Kebiasaannya persidangan ini dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran atau Kementerian Pengajian Tinggi. Puan boleh mendapatkan maklumat melalui pihak yang terlibat atau boleh membuat rujukan di perpustakaan atau Pusat Dokumentasi Melayu, DBP.

Untuk makluman puan , DBP terlibat dengan Persidangan Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia diadakan pada bulan April, Persidangan Majlis Sastera Asia Tenggara diadakan pada bulan Oktober dan Persidangan Antarabangsa Bahasa Melayu pada bulan September.
Sastera05.11.2013
Salam sejathera saya ada beberapa soalan yang hendak diajukan ; 1) Adakah persidangan bahasa dan sastera merupakan dua persidangan yang berbeza? ataupun persidangan tersebut dianjurkan serentak? 2) Kementerian manakah yang biasanya menganjurkan persidangan tersebut? 3) Dimanakah saya boleh merujuk salah satu contoh karangan yang menggambarkan suasana dalam majlis persidangan tersebut? terima kasih.Persidangan bahasa dan sastera merupakan dua persidangan yang berbeza. Persidangan bahasa menjurus kepada bidang bahasa dan persidangan sastera membicarakan hal-hal sastera. Kebiasaannya persidangan ini tidak dianjurkan secara serentak. Kebiasaannya persidangan ini dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran atau Kementerian Pengajian Tinggi. Untuk mendapatkan contoh karangan, bolehlah merujuk buku panduan menulis karangan yang boleh didapati di kedai buku. Terima kasih.Lain-lain06.02.2013
Salam sejathera dan salam 1 Malaysia ..saya ingin bertanya, Bilakah persidangan bahasa dan sastera dianjurkan? dan bagaimanakah caranya saya boleh rujuk berkaitan persidangan tersbut?adakah contoh yang boleh dibaca berkaitan persidangan tersebut?DBP memang sentiasa mengadakan persidangan yang berkaitan dengan bahasa dan sastera, tetapi buat masa ini tarikh persidangan tersebut masih belum dapat ditetapkan, namun demikian, pihak kami sentiasa membuat siaran di akhbar-akhbar dan juga melalui laman sesawang DBP. Mohon saudara sentiasa membuka laman sesawang DBP untuk mendapatkan maklumat yang saudara kehendaki. Untuk makluman saudara juga, Persidangan Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia akan diadakan pada bulan April, Persidangan Majlis Sastera Asia Tenggara akan diadakan pada bulan Oktober dan Persidangan Antarabangsa Bahasa Melayu pada bulan September. Terima kasih.Lain-lain02.02.2013
1. Apakah maksud Integrity, Trustworthy & Sustainability? 2. Adakah Integrity, Trustworthy & Sustainability boleh dijadikan sebagai tema sesuatu persidangan? 3. Yang manakah lebih sesuai untuk dijadikan sebagai tema persidangan : - Integrity, Trustworthy & Sustainability; atau - Integrity...Sustainable...Trust...Kesesuaian menentukan tema persidangan terletak pada budi bicara pihak penganjur persidangan. Mohon tuan/puan memberikan terjemahan tema persidangan dalam bahasa Melayu untuk kami semak dari segi kesesuaian penggunaannya dalam bahasa Melayu.Penyemakan dan penterjemahan06.04.2017
Apakah penulisan yang betul, Persidangan Pengerusi-Pengerusi Hal Ehwal Islam Seluruh Malaysia atau Persidangan Pengerusi-pengerusi Hal Ehwal Islam Seluruh Malaysia? Terima kasih

Penulisan yang betul ialah Persidangan Pengerusi-pengerusi Hal Ehwal Islam Seluruh Malaysia.

Ejaan10.03.2023
Adakah terjemahan ini betul? "Conference Marketing" --> Pemasaran Persidangan Dalam pemasaran acara (event marketing), ada syarikat yang menyertai 'tradeshow', ada yang mengadakan persidangan (conference) sebagai satu strategi pemasaran yang ditujukan kepada pengguna atau sasaran populasi. Jadi model pemasaran yang menggunakan persidangan sebagai pengantara disebut "Conference marketing".Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk perkataan "conference marketing" iaitu pemasaran persidangan sesuai mengikut konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang yang dinyatakan. Makna30.09.2022
conferencepersidanganMakna08.05.2008
maksud 'persidangan'. secara abstrak.Perkataan persidangan bermaksud perjumpaan untuk membincangkan sesuatu, mesyuarat, rapat. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna17.07.2008
MOHON SEMAK STRUKTUR AYAT INI: PERSIDANGAN INI DIJANGKA AKAN DIADAKAN PADA 20 OGOS 2016 BERTEMPAT DI HOTEL...........Persidangan ini dijangka akan diadakan pada 20 Ogos 2016 di Hotel Merdeka.Tatabahasa01.08.2016
Saya berminat untuk menghadiri sebarang seminar/persidangan dsb yang berkaitan bahasa dan sastera. Diharap pihak tuan dapat memberitahu jadual bagi tahun 2008. Terima kasih.

DBP memang sentiasa mengadakan seminar atau persidangan yang berkaitan dengan sastera, tetapi buat masa ini kalendar untuk tahun 2008 masih belum dapat disediakan, namun demikian, pihak kami sentiasa membuat siaran di akhbar-akhbar dan juga melalui laman DBP.  Mohon saudara sentiasa membuka laman DBP untuk mendapatkan maklumat yang saudara kehendaki.  Ketika ini masih belum ada sebarang seminar atau persidangan dalam perancangan awal tahun ini.

Lain-lain08.01.2008
123456789

Kembali ke atas