Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.si.da.ngan] | ڤرسيدڠن

Definisi : perjumpaan (utk membincangkan sesuatu), mesyuarat, rapat: masing-masing yg hadir dlm ~ tersebut mempunyai tafsir­annya tersendiri terhadap dasar itu; Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menangguhkan ~ yg sedang membahaskan krisis di Timur Tengah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.si.da.ngan] | ڤرسيدڠن

Definisi : perjumpaan utk membincangkan sesuatu: Dewan Rakyat telah menangguhkan ~nya se­hingga hari esok. 2 seluruh yg ada (dlm sesuatu majlis dll); para: ~ pendengar sekalian yg mendengar. ~ jemaah sekalian yg berjemaah. ~ kemuncak sidang yg diadakan pd peringkat tertinggi (dihadiri oleh ketua-ketua negara dsb). ~ video perbincangan di kalangan sekumpulan orang di tempat yg berlainan, yg dilengkapi alat komunikasi yg membolehkan mereka berbincang dan melihat wajah antara satu sama lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata persidangan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
preliminary conventionkonvensi awalSains PolitikPolitik PerbandinganPersidangan yang diadakan sebagai persediaan dan pengemasan kerja sebelum persidangan utama diadakan oleh sesebuah pertubuhan khususnya parti politik. Persidangan awal ini sering menampilkan perbincangan agenda dalam persidangan utama kelak, mesyuarat bagi lembaga pengarah atau ketua-ketua negeri atau Exco tertinggi dan perbincangan mengenai perbelanjaan persidangan serta jadual kerja untuk persidangan ulama nanti. Persidangan awal ini dihadiri oleh perwakilan atau ahli jawatankuasa yang terpilih sahaja dan tidak menjemput semua ahli biasa. Contohnya, Parti Demokratik Amerika Syarikat peringkat negeri akan mengadakan konvensi awal ini menjelang persidangan tahunan parti tersebut. Sinonim persediaan awal.
international conferencespersidangan antarabangsaSains PolitikHubungan AntarabangsaPersidangan yang melibatkan peserta, penceramah atau pembentang kertas kerja dari pelbagai negara. Persidangan ini bertujuan untuk membincangkan isu yang berkaitan dengan kepentingan bersama negara yang menyertai persidangan tersebut. Contohnya, Dialog Antarabangsa Langkawi (LID) yang membincangkan pelbagai isu yang berkaitan dengan negara Afrika dan Asia.
Asian-African ConferencePersidangan Asia AfrikaSains PolitikHubungan AntarabangsaPersidangan yang pertama kali diadakan di Bandung pada tahun 1955 dan dihadiri oleh para pemimpin 29 buah negara Asia dan Afrika. Negara yang terlibat ialah Indonesia, Burma (Myanmar), Ceylon (Sri Lanka), India, Pakistan, Afghanistan, Kemboja, Jepun, Ethiopia, Filipina, Goldcoast (Ghana), Iran, Iraq, Jordan, Laos, Lubnan, Liberia, Libya, Mesir, Thailand, Nepal, China, Arab Saudi, Sudan, Syria, Turki, Vietnam Selatan dan Vietnam Utara. Persidangan ini diadakan untuk membincangkan masalah negara Asia dan Afrika serta mencari jalan penyelesaiannya. Persidangan ini telah mencapai kata sepakat untuk menjalinkan kerjasama dalam bidang ekonomi, kebudayaan dan politik. Persidangan tersebut telah menetapkan lima resolusi, iaitu saling menghormati integriti dan kedaulatan setiap wilayah, mengambil sikap tidak menceroboh, tidak campur tangan dalam urusan dalaman negeri lain, kesamaan dan saling mendapat faedah, dan hidup secara aman dan bebas. Persidangan ini menjadi titik tolak kepada kebangkitan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM).
BolshevismBolshevismeSains PolitikHubungan AntarabangsaFahaman yang timbul hasil persidangan kaum sosialis Rusia yang diadakan di London pada bulan Julai 1903. Persidangan ini bertujuan untuk menentukan kedudukan dasar dan Parti Sosial Demokrat pimpinan Lenin. Persidangan ini dihadiri oleh perwakilan sayap kiri yang radikal pimpinan Lenin dan sayap kanan yang sederhana pimpinan Martoff. Penyokong Lenin menuntut agar pucuk pimpinan parti diberi kuasa yang luas, manakala pihak berhaluan sederhana menuntut agar pimpinan parti turut mengambil pertimbangan pandangan majoriti ahli parti. Dalam pungutan suara yang diadakan bagi menentukan pendirian parti, penyokong Lenin telah mengatasi puak haluan sederhana.
presidential primaryprimari presidenSains PolitikPolitik PerbandinganPersidangan peringkat bawahan dan atasan sesebuah parti yang diamalkan di Amerika Syarikat. Persidangan ini diadakan untuk memilih perwakilan yang akan mengundi calon presiden dari parti tersebut yang bertanding dalam pilihan raya presiden di peringkat pusat. Persidangan berlangsung di peringkat bahagian atau wilayah yang lebih kecil dengan anggota partinya berhimpun dan memilih wakil-wakil yang akan pergi mengundi nanti. Perwakilan ini bebas memilih sesiapa sahaja walaupun dari kawasan lain. Sistem primari ini memperlihatkan pemilihan calon parti dari bawah dan bukannya dari peringkat kepimpinan tertinggi parti.
audiographic conferencingpersidangan audiografikTeknologi MaklumatTiadaPeluasan persidangan audio yang membolehkan kesemua peserta melihat gambar atau bahan grafik pada masa yang sama.
General Council of WTOMajlis Umum WTOUndang-undangUndang-undang AntarabangsaBadan yang dianggotai oleh wakil semua negara anggota Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) yang biasanya bertaraf duta. Badan ini bertindak sebagai eksekutif kepada Persidangan Peringkat Menteri apabila Persidangan Peringkat Menteri tidak bersidang. Lihat juga Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), Persidangan Peringkat Menteri.
Islamic Conference of Foreign Ministers (ICFM)Persidangan Menteri-Menteri Luar Islam (ICFM)Undang-undangUndang-undang AntarabangsaBadan kedua tertinggi Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang dianggotai oleh menteri luar negara anggota. Persidangan ini mempertimbangkan cara bagi melaksanakan dasar umum dan resolusi, meluluskan resolusi baharu dan memeriksa laporan kewangan serta meluluskan belanjawan. Persidangan ini diadakan setahun sekali atau apabila timbul keperluan. Lihat juga Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
conferencepersidanganSejarahTiadaPerjumpaan yang diwakili oleh berbagai-bagai negara untuk membincangkan masalah antarabangsa dan menentukan dasar umum seperti Persidangan Bangsa-bangsa Bersatu.
multilateral treatytriti pelbagai pihakUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPersetujuan yang dibuat antara tiga atau lebih negara. Setiap pihak mempunyai hak atau tanggungjawab yang sama, tertakluk kepada reservasi yang dibuat. Triti pelbagai pihak biasanya didahului oleh persidangan yang membolehkan negara-negara berunding menyediakan draf perjanjian berkenaan. Contoh triti pelbagai pihak ialah Piagam PBB dan Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa. Piagam PBB didahului oleh Persidangan Dumbarton Oak, Persidangan Yalta dan Persidangan San Francisco, manakala Statut Rom pula didahului oleh Persidangan Rom. Sinonim perjanjian pelbagai pihak.
12345678910...

Kembali ke atas