Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.so.na.li.ti] | ڤرسوناليتي

Definisi : keperibadian, perwatakan: telah banyak benar diperkatakan tentang sasterawan ini, drpd hasil-hasil karyanya membawa kpd persoalan ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.so.na.li.ti] | ڤرسوناليتي

Definisi : sifat dan sikap seseorang yg membentuk perwatakannya; keperibadian: Beliau mempunyai ~ yg menarik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata personaliti


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
SPLIT PERSONALITY(i) PERSONALITI BAHAGI DUA (ii) PERSONALITI BERBELAH BAGI (iii) PERSONALITI BERPECAHIstilah07.04.2011
Big 5 Personality digunakan dalam bahasa malaysia adakah Personaliti Lima Besar atau Personaliti Lima Utama? Mohon penjelasanCadangan padanan jawapan bagi ayat "Big 5 Personality" ialah "Lima Sifat Utama Personaliti".Lain-lain25.07.2023
Apakah yang dimaksudkan dengan sudut pandangan personaliti waja diri? Berikan contoh-contoh personaliti waja diri
Sudut pandangan personaliti ialah bagaimana penilaian  terhadap  sifat dan sikap seseorang yang membentuk perwatakan dan keperibadiannya. Personaliti waja diri  mungkin boleh dirujuk perwatakan dan keperibadian  ungggul seseorang.
Sastera21.03.2012
Perbandaran yang bakal melakar personaliti yang tersendiri. Adakah bahasa melayu di atas betul?Perbandaran yang bakal melakar personaliti yang tersendiri. Ayat ini kurang tepat dari segi maknanya. Perbandaran perihal pentadbiran bandar, manakala personaliti bermaksud keperibadian seseorang.Tatabahasa26.01.2018
"memberdaya personaliti insan guru" satu tajuk yang disampaikan dalam satu ceremah motivasi. Sesuaikah perkataan "memberdaya" untuk menggantikan perkataan "memperkasa".

Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, perkataan memberdaya tiada dalam rujukan kami,  yang ada ialah perkataan mendayai atau kedayaan bagi maksud memberi tenaga atau kebolehan membuat sesuatu. Manakala memperkasakan pula bermaksud menjadikan hebat (unggul, kuat, terkenal, berdaulat, dominan dan sebagainya).  Daripada huraian di atas menunjukkan bahawa kedua-dua perkataan tersebut mempunyai maksud yang berbeza.

Makna11.02.2009
Huraikan contoh-contoh perwatakan personaliti waja diri yang terdapat dalam watak Jeha dan Lahuma dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnom AhmadContoh perwatakan personaliti waja diri yang terdapat dalam watak Jeha dan Lahuma dalam Ranjau Sepanjang Jalan.

Watak Lahuma dan Jeha merupakan gambaran perjuangann hidup dari sebuah keluarga petani miskin yang menjadi  proto-type dari petani miskin yang lain. sifat umum yang terdapat pada mereka ialah; 
- menyerah segala nasih kepada Allah SWT. Rintangan atau ranjau dalam kehidupan mereka sebagai petani adalah suatu yang wajar. Lahuma dan Jeha sebagai protagonis perlu menghadapi cabaran dari alam yang menimbulkan pelbagai konflik jiwa kepada mereka.
- Lahuma mencintai isteri dan anak-anaknya tanpa batas dan cinta itu dicurahkan melalui pekerjaannya.   Pengarang melukiskan Lahuma sebagai seorang petani miskin yang penuh tanggungjawab terhadap sawah yang menghidupkan keluargannya. Lahuma merupakan watak dinamis yang sanggup menghadapi maut dalam perjuangannya. Sungguhpun kesakitan ditikam duri nibung ia masih ingin menumpukan perhatiannya terhadap bendangnya yang belum selesai.

Watak Jeha pula lambang dari isteri petani yang setia, yang cintanya tak terbatas dan pengorbanannya tak bertepi.
walau bagaimanapun kualiti kewanitaannya masih tetap ada seperti di menjadi lemah semangat bola terkena geroh ular senduk, fikirannya terganggu oleh kematian Lahuma yang menyebabkan segala tanggungjawab terpikul di bahunya.
Fikirannya terganggu oleh perderitaan yang tidak terselesaikan dan akhirnya menjadi gila dan dikurung tetapi masih memperlihatkan cinta kasinya terhadap suami yang telah mati dan terhadap sawahnya.
Sastera21.03.2012
apakah maksud modal insan? apakah maksud personaliti unggul?Modal insan bermaksud sumber intelek yang ada pada diri setiap manuasia. Ia menunjukkan seseorang yang berkemahiran, berilmu, berpengetahuan dan mampu menyumbang kebaikan kepada dunia hari ini. Modal insan merupakan sumber yang penting dalam membangunkan sesebuah negara. Personaliti unggul pula bermaksud manusia yang berhemah tinggi, ilmu pengetahuan, pencapaian, ketokohan dan keintelektualan yang tinggi. Ciri-ciri orang yang mempunyai personaliti unggul ialah seperti yang berikut: 1.Mempunyai cita-cita, semangat dan wawasan yang jitu serta sentiasa berusaha ke arah mencapai kejayaan cemerlang, demi keagungan bangsa, agama dan negara. 2.Mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi, mampu memujuk, mengarah atau menggerakkan pasukan, selain berkemampuan mendengar pendapat (berlapang dada) dan membuat keputusan yang bijaksana. 3.Mahir berkomunikasi dan mempunyai pemikiran yang strategik. 4.Mempunyai daya tahan dan daya saing yang tinggi serta bersemangat waja.Makna02.10.2006
MOHON PENYEMAKAN ISTILAH TAJUK KAJIAN PHD SEPERTI BERIKUT : FAKTOR PERAMAL KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI OLEH KESELARASAN PERSONALITI-KERJAYA, KEPUASAN KERJA, KECENDERUNGAN AFEKTIF, KELESUAN EMOSI DAN DAYA TAHAN DALAM KALANGAN KAUNSELOR BERDAFTAR DI MALAYSIATajuk PHD puan kurang difahami. Cadangan kami ialah FAKTOR RAMALAN KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI TENTANG KESELARASAN PERSONALITI-KERJAYA, KEPUASAN KERJA, KECENDERUNGAN EFEKTIF, KELESUAN EMOSI DAN DAYA TAHAN DALAM KALANGAN KAUNSELOR BERDAFTAR DI MALAYSIA.Tatabahasa20.08.2019
Berikan huraian sudut pandangan personaliti waja diri yang terdapat dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnom Ahmad.Saudara yang bertanya,

Mohon maaf, kami tidak dapat memenuhi permintaan untuk menjawab soalan-soalan yang berbentuk tugasan dan esei.
Sastera14.03.2012
MULTIPLE PERSONALITY DISORDERKECELARUAN PERSONALITI BERGANDAIstilah07.04.2011
123

Kembali ke atas