Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.so.na.li.ti] | ڤرسوناليتي

Definisi : keperibadian, perwatakan: telah banyak benar diperkatakan tentang sasterawan ini, drpd hasil-hasil karyanya membawa kpd persoalan ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.so.na.li.ti] | ڤرسوناليتي

Definisi : sifat dan sikap seseorang yg membentuk perwatakannya; keperibadian: Beliau mempunyai ~ yg menarik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata personaliti


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sixteen personality factor (16 PF))personaliti enam belas faktor (16 PF)PsikologiPsikologi UmumUjian untuk mengukur tahap 16 trait dalam personaliti individu. Ujian ini telah dikenal pasti oleh Cattel (1965). Hasil ujian yang diperoleh boleh digunakan untuk membina profil personaliti individu atau kelompok individu berdasarkan beberapa kesamaan seperti pekerjaan dan etnik. Profil trait yang diperoleh akan menggambarkan personaliti individu berkenaan dan boleh dibandingkan dengan profil personaliti individu yang lain. Enam belas trait yang disenaraikan oleh Cattell ialah bersendiri, berfikiran konkrit, kerapuhan emosi, kepatuhan, keseriusan, ketelitian, malu, kekentalan, kebolehpercayaan, praktikal, terus terang, keyakinan diri, konservatif, sikap bergantung pada orang lain, tidak berdisiplin dan santai.
Minnesota multiphasic personality inventory (MMPI))inventori personaliti multifasa Minnesota (MMPI)PsikologiPsikologi UmumAlat pengukuran personaliti yang pada awalnya digunakan untuk mendiagnosis kecelaruan psikologi tetapi kemudiannya diperbaik untuk mengukur aspek personaliti ekstrem yang mempunyai simptom kecelaruan seperti paranoia, depresi dan histeria. Alat MMPI dibahagikan kepada 14 subskala. Empat yang pertama digunakan untuk mengukur kesahan, sementara sepuluh lagi digunakan untuk mengukur aspek personaliti yang berbeza. Walaupun terdapat beberapa kekurangan, MMPI masih popular dalam kalangan ahli psikologi klinikal yang menggunakannya untuk mendiagnosis kecelaruan tingkah laku.
legal personalitypersonaliti undang-undangUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPengiktirafan terhadap sesuatu entiti bahawa ia mempunyai hak, keupayaan dan obligasi di sisi undang-undang. Personaliti undang-undang merupakan status yang perlu dimiliki oleh sesuatu entiti (individu atau syarikat) untuk menggunakan hak, melaksanakan obligasi dan bertindak mengikut undang-undang. Tanpa personaliti undang-undang, sesuatu entiti itu tidak akan diiktiraf oleh undang-undang dan menyebabkannya tidak mempunyai keabsahan untuk bertindak. Contohnya, secara umumnya, individu, syarikat atau pertubuhan berdaftar mempunyai personaliti undangundang untuk membuat sebarang perjanjian atau kontrak, dan menyaman atau membuat tuntutan di mahkamah nasional, manakala entiti yang tidak mempunyai personaliti tersebut tidak boleh berbuat demikian. Dalam konteks undang-undang antarabangsa, hanya negara dan pertubuhan antarabangsa yang mempunyai personaliti undang-undang.
starbintangKomunikasiTiadaPersonaliti terkenal yang mempunyai nilai komersial yang terlibat dalam industri hiburan. Nilai yang ada pada personaliti tersebut menyebabkan dia kerap diundang untuk membintangi sesebuah filem atau persembahan lain yang berkaitan. Penglibatan personaliti yang terkenal juga akan memudahkan pihak penerbit mendapat bantuan kewangan dari penaja tertentu.
international legal personalitypersonaliti undang-undang antarabangsaUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPengiktirafan terhadap sesuatu entiti bahawa ia mempunyai hak, keupayaan dan obligasi di sisi undang-undang antarabangsa. Personaliti undang-undang antarabangsa merupakan status yang perlu dimiliki oleh sesuatu entiti di sisi undang-undang antarabangsa untuk menggunakan hak, melaksanakan obligasi dan bertindak mengikut undang-undang tersebut. Tanpa personaliti undang-undang antarabangsa, sesuatu entiti tidak akan diiktiraf oleh undangundang dan menyebabkannya tidak mempunyai keabsahan untuk bertindak. Dalam hal ini, hanya negara dan pertubuhan antarabangsa mempunyai personaliti undang-undang antarabangsa, yang membolehkannya menyertai perjanjian antarabangsa dan membuat tuntutan di mahkamah atau tribunal antarabangsa, manakala individu dan syarikat tidak mempunyai personaliti tersebut, menyebabkannya tidak boleh berbuat demikian. Sinonim keperibadian undangundang antarabangsa.
dissociative identitykecelaruan identiti disosiatifPsikologiPsikologi UmumKecelaruan disosiatif yang menyebabkan individu memperlihatkan lebih daripada satu personaliti yang berbeza tetapi lengkap. Menurut DSM-IV Codes 300.14, pesakit yang mengalami kecelaruan ini akan mempunyai dua personaliti yang berbeza. Proses diagnosis memerlukan sekurang-kurangnya dua personaliti yang jelas mengawal pesakit secara rutin. Setiap personaliti mempunyai nama, ingatan, trait dan fizikalnya tersendiri. Pesakit ini biasanya akan mengaku mempunyai lebih daripada satu identiti. Kecelaruan identiti disosiatif juga dikenali sebagai kecelaruan personaliti pelbagai.
antisocial personalitypersonaliti antisosialPerubatanTiadaPersonaliti seseorang yang tidak suka bergaul, atau tidak mematuhi susila masyarakat.
anancastic personalitypersonaliti anankastikPerubatanTiadaJenis personaliti yang obsesif dan kompulsif.
psychopathic personalitypersonaliti psikopatiPerubatanTiadaSejenis personaliti yang menonjolkan ciri-ciri yang bertentangan dengan norma masyarakat, seperti tidak suka bergaul, suka menimbulkan konflik, kurang tolerans, mementingkan diri sendiri, sukar belajar daripada pengalaman, denda, atau hukuman dan tidak bertanggungjawab.
conscientiousnesskehematanPengurusanPerancanganSuatu ciri personaliti yang menunjukkan seseorang yang sering menjalankan tugas dengan teliti dan bertanggungjawab kepada orang lain dan organisasi. Kehematan merupakan salah satu daripada Lima Sifat Utama Personaliti (Big Five Personality Traits) oleh Lewis R. Golberg (1981). Contoh personaliti yang mempunyai ciri kehematan yang tinggi ialah orang yang bertanggungjawab, boleh diharapkan, berdisiplin dan berorientasikan pencapaian.
12345678910...

Kembali ke atas