Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.su.ra.tan] | ڤرسورتن

Definisi : perihal tulis-menulis, kepus­takaan, kesusasteraan, perpustakaan: cerita Siti Zubaidah dan Perang China ini telah lama tersiar di dlm ~ Melayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.su.ra.tan] | ڤرسورتن

Definisi : hal-hal bersurat; hasil drpd tulis-menulis: Hamzah Fansuri dan Munsyi Abdullah pasti akan tercatat dlm sejarah ~ Melayu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
surat (kata nama)
Bersinonim dengan warkah, watikah;,
Kata Terbitan : tersurat, persuratan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, frasa manakah yang baku antara "berasa puas dengan kemajuan persuratan Melayu" dengan "berasa puas akan / kepada kemajuan persuratan Melayu"? Saya berpendirian bahawa sendi yang betul "kepada" atau "akan" kerana "kemajuan persuratan Melayu" sasaran rasa "puas" itu walhal sendi nama yang menyatakan sasaran "akan" atau "kepada", maka frasa yang tepat "berasa puas akan / kepada kemajuan persuratan Melayu". Frasa sifat "berasa puas dengan kemajuan persuratan Melayu" salah kerana sendi nama "dengan" bermaksud "bersama", maka "berasa puas dengan kemajuan persuratan Melayu" bermaksud seseorang (pelaku FN benda ayat) berasa puas bersama orang "kemajuan persuratan Melayu" ini - ini tidak waras kerana "kemajuan persuratan Melayu" bukan orang, tidak berasa, maka tidak mungkinlah bersama dengan seseorang untuk berasa puas! Maka salahlah penggunaan sendi nama "dengan" dalam frasa ini. Frasa "berasa puas dengan kemajuan persuratan Melayu" ini bentuk bahasa kelumrahan masyarakat yang patut dibetulkan. Apakah pendapat tuan?Pneggunaan kata sendi yang paling tepat ialah akan. Kata sendi nama akan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia, dan penggunaannya mesti didahului oleh kata adjektif yang bersifat emotif. Contohnya: 
1. Wanita itu amat rindu akan anaknya.
2. Semua rakyat mesti sayang akan negara tempat tumpah darahnya. 

Pada pandangan kami, frasa berasa puas kurang sesuai. Frasa yang yang sesuai ialah berpuas hati.
Tatabahasa22.12.2016
Apakah maksud doktor persuratanDoktor persuratan bermaksud anugerah khas yang diberikan kepada pemimpin/tokoh/individu yang memberi sumbangan besar terhadap negara.Makna16.10.2010
apakah yang dimaksudkan dengan 'persuratan'?Persuratan: perihal tulis-menulis, kepustakaan, kesusasteraan, perpustakaan: cerita Siti Zubaidah dan Perang China ini telah lama tersiar di dlm ~ Melayu.Makna16.09.2009
Boleh Tuan jelaskan kepada saya definisi bahasa persuratan?Bahasa persuratan melibatkan perihal tulis-menulis, kepustakaan, kesusasteraan dan juga perpustakaan.Lain-lain23.09.2007
apakah perbezaan antara persuratan melayu dan kesusasteraan melayu? saya gak keliru antara dua istilah ini.Persuratan membawa maksud perihal tulis-menulis, kepus­takaan, kesusasteraan, perpustakaan. Manakala, kesusasteraan membawa maksud 1. seni yg meng­gambarkan keindahan dgn bahasa (novel, sajak, dll), karang-mengarang, persuratan, seni sastera; 2. hasil drpd mengarang (menyajak dll); 3. pengetahuan dlm hal sastera; 4. karya-karya yg tergolong dlm seni sastera.

Maknanya, persuratan lebih berfokus kepada tulis-menulis dan kesusasteraan lebih luas skopnya dan memfokus kepada sastera.
Makna27.05.2014
Dalam persuratan rasmi kerajaan apakah perkataan yang paling sesuai dan betul untuk meminta sesuatu "dipohon" atau "dimohon" dan sila jelaskan apakah maksud "dipohon" dan "dimohonBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, makna mohon ialah minta atau minta izin, manakala kata pohon bermaksud meminta dengan halus. Walau bagaimanapun bagi penggunaan dalam ayat kata yang lebih sesuai ialah dimohonTatabahasa23.10.2014
Dalam persuratan rasmi, masa bila kita menggunakan sesuatu jumlah atau bilangan yang ditulis dengan perkataan dan ditulis dengan angka, sebagai contoh "empat tajuk", "empat orang" dan "4 buah". Saya pernah dimaklumkan jumlah yang kurang dari 10 ditulis dengan perkataan dan lebih dari 10 ditulis dengan angka. Adakah ini benar. Terima kasih.Nombor yang kurang daripada 10 hendaklah dieja sepenuhnya.Tatabahasa22.07.2010
Soalan bagi persuratan : Adalah dengan segala hormatnya (atau) Dengan segala hormatnya Mohon pandangan. Terima kasihBinaan ayat boleh terdiri Frasa Nama +Frasa Nama/ Frasa Kerja/ Frasa Adjektif/ Frasa Sendi Nama. Ayat yang menggunakan kata hubung keterangan "dengan" sebagai permulaan ayat dinamakan sebagai "ayat hubung keterangan cara".  Oleh sebab itu, ayat yang betul ialah "Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara...".  Adalah ialah kata pemeri yang hanya boleh hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama dan tidak pada permulaan ayat.Tatabahasa29.01.2014
Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) ..bermakna kata tanya boleh berada di akhir ayat jika dalam bentuk tulisan? contoh : Ujian akan bermula bila? (dalam bentuk tulisan, boleh?)Betul, kata tanya boleh menduduki unsur predikat dalam ayat atanya seperti dalam ayat contoh yang tuan berikan. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga halaman 445.Tatabahasa11.03.2013
Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) ..Bilakah Perang Dunia Kedua berakhir? atau Perang Dunia Kedua berakhir bila? Di mana nak letak bila..awal atau akhir ayat?"Kata tanya boleh hadir di hadapan dan di akhir dalam ayat. Sekiranya kata tanya dikedepankan, maka kehadirannya dalam bentuk tulisan hendaklah disertai partikel -kah.Tatabahasa08.03.2013
12345678910...

Kembali ke atas