Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.su.ra.tan] | ڤرسورتن

Definisi : perihal tulis-menulis, kepus­takaan, kesusasteraan, perpustakaan: cerita Siti Zubaidah dan Perang China ini telah lama tersiar di dlm ~ Melayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.su.ra.tan] | ڤرسورتن

Definisi : hal-hal bersurat; hasil drpd tulis-menulis: Hamzah Fansuri dan Munsyi Abdullah pasti akan tercatat dlm sejarah ~ Melayu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
surat (kata nama)
Bersinonim dengan warkah, watikah;,
Kata Terbitan : tersurat, persuratan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PAKATAN BAHASA MELAYU PERSURATAN BUKU-BUKU DIRAJA JOHOR

Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku-Buku Diraja Johor (P.Bm.P.B.), badan  persuratan ditubuhkan pada tahun 1888 di Semenanjung Tanah Melayu.

BAHASAInstitusi/Organisasi
PAKATAN BAHASA MELAYU PERSURATAN BUKU DIRAJA JOHOR

PAKATAN BAHASA MELAYU PERSURATAN BUKU DIRAJA JOHOR, badan persuratan yang pertama ditubuhkan di Semenanjung Tanah Melayu bertujuan untuk menggalakkan kegiatan persuratan Melayu.  Nama asalnya ialah Pakatan Belajar-Mengajar Pengetahuan Bahasa (P.Bm.P.B.), dan ditubuhkan pada tahun 1888.   Pengasasnya ialah Dato' Abdul Rahman bin Andak (Dato' Seri Amar Diraja Johor).   Antara kegiatan utama P.Bm.P.B. ini ialah menganjurkan perbincangan dan penubuhan sebuah perpustakaan sebagai pusat sumber bahasa (Melayu dan Inggeris).

BAHASABahasa
JABATAN PERSURATAN MELAYU UKM,

JABATAN PERSURATAN MELAYU UKM, sebuah jabatan dalam Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Pada tahun 1970, semasa Universiti Kebangsaan Malaysia ditubuhkan, salah satu jabatan sulung yang diwujudkan ialah Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu untuk menyelenggarakan kursus – kursus dalam bidang bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan Melayu. Pada bulan Disember 1972, jabatan ini dinaikkan tarafnya sebagai satu fakulti dengan nama Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu (kini Institut Alam dan Tamadun Melayu), untuk meliputi tugas yang lebih luas.

BAHASAInstitusi/Organisasi
DEWAN PERSURATAN MELAYU PAHANG (DPMP)

Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP), persatuan penulis  yang ditubuhkan pada 17 Mei 1957 di Temerloh Pahang.

SASTERAKegiatan
KONGRES BAHASA DAN PERSURATAN MELAYU

KONGRES BAHASA DAN PERSURATAN MELAYU, perhimpunan penulis, peminat sastera, pencinta bahasa dan budaya serta para cendekiawan Melayu yang mewakili badan bahasa dan persuratan Melayu dari seluruh negara. Kongres ini telah diadakan sebanyak empat kali, iaitu tiga kali sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan dan kali terakhir pada penghujung tahun 1984.

BAHASABahasa
PEDOMAN EJAAN PAKATAN BAHASA MELAYU PERSURATAN BUKU DI RAJA JOHOR

PEDOMAN EJAAN PAKATAN BAHASA MELAYU PERSURATAN BUKU DI RAJA JOHOR, buku pedoman ejaan.  Pedoman ini dikenaI juga sebagai Pedoman Ejaan P.Bm.P.B.  Diraja Johor atau Pedaman Ejaan Pakatan.  Pedoman ini disusun oleh Mejar Dato' Haji Muhammad Said Haji Suleiman.  Tujuan diadakan pedoman ini adalah untuk menyeragamkan dan membakukan ejaan jawi yang digunakan dalam penerbitan bahasa Melayu, khususnya di Johor.  Semasa pedoman ini disusun, perbincangan telah dibuat oleh Haji Muhammad Said dengan Pendeta Za'ba yang bertugas di Tanjung Malim pada ketika itu.  Pada tahun 1937, pedoman ini diterbitkan oleh Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku-buku Diraja Johor dengan judul Panduan Bagi Hejaan P.Bm.P.B.  Diraja, iaitu sebagai pedoman rasmi bagi ejaan Jawi untuk kegunaan Pakatan dan ahli-ahlinya, serta juga penerbitan buku-buku bagi kerajaan Johor. Pedoman ini mengandungi 25 halaman.

BAHASABahasa
SHELLEY, PERCY BYSSHE

Shelley, Percy Bysshe (1792–1822) ialah salah

seorang pemuisi lirik Inggeris. Dia telah membuat

ujian terhadap banyak gaya persuratan dan

mempunyai pengaruh terhadap ramai penulis

terkemudian, khususnya Robert Browning,

Algernon Charles Swinburne, William Butler

Yeats, George Bernard Shaw, dan Thomas Hardy.

UMUM 
DPMPDPMP, persatuan penulis. Nama lengkapnya ialah Dewan Persuratan Melayu Pahang. Persatuan ini telah ditubuhkan pada 17 Mei 1957 di Temerloh, Pahang, dan ditaja oleh Saiyed Ahmad Saiyed Abdullah (Sahmad Malaya), Arman Sani (Armuhata) dan Hasan Haji Abu Bakar (Hasni).SASTERAInstitusi/Organisasi
SAINTE-BEUVE, CHARLES AUGUSTIN

Sainte-Beuve, Charles Augustin (1804–1869),

pengkritik Perancis yang menjadi pelopor

teragung kritikan sastera menurut kaedah biografi.

Menulis dalam gaya yang halus dan bijak, dia

melibatkan diri dalam keseluruhan bidang seni dan

persuratan. Esei yang sangat baik diterbitkan dalam

Literary Portraits (1829–1846), Contemporary

Portraits (1846), Monday Chats (1853–1862)

sebanyak 15 jilid, dan More Monday Chats (1863–

1872) sebanyak 10 jilid.

UMUM 
EJAAN KONGRES

EJAAN KONGRES, sistem ejaan yang dihasilkan daripada kertas kerja yang bertajuk “Ejaan Bahasa Melayu dengan Huruf Rumi’ yang ditulis oleh Asraf, salah seorang ahli Bahasa yang menganggotai Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50). Kertas kerja tersebut dibentangkan dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga yang telah diadakan di Singapura dan Johor Baru dari 16 hingga 21 September 1956.

BAHASABahasa
1234

Kembali ke atas